Followers

12 May 2017

5 PERKARA SEBELUM TIDUR


Assalamualaikum.


Cerita ini sangat menarik, jom kita luangkan masa untuk membacanya.


Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :


Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur.


◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah.


◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah.


◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.


◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.


◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.




Ali ( R.A.) pun menjawab, 
"Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?




Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :


◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.


◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.


◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.


◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.


◆4 kali membaca "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.




Lalu Ali (R.A.) pun berkata, 
"Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur."



Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,

namun lihatlah semua kebaikan amalan yang kita akan perolehi.


★Untuk mengingatkan kita akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tersebut dalam sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur dan sesuai juga untuk ditampalkan dekat tempat tidur supaya kita tak lupa untuk membacanya

Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT.




🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi kita dari kemurkaan Allah


🌻 Surah Yaasin utk melindungi kita dari kehausan pada hari pengadilan.


🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi kita dari kefakiran dan kelaparan.


🌻Surah Al-Mulk utk melindungi kita dari azab kubur.


🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi kita dari kejahatan musuh.


🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi kita dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.


🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi kita dari kemunafikan.


🌻Surat Al-Falaq utk melindungi kita dari merbahaya.


🌻Surat An-Naas utk melindungi kita dari fikiran jahat.



Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal. ^_^


Waalhu'alam

1 comment:

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita