Followers

13 September 2020

Nak Tahu Macam Mana Rezeki Bergegar?

16:01 0 Comments
Assalamualaikum semua.


Nak tahu tak macam mana rezeki bergegar?




Tips rezeki nie saya dapat dari saudara Farihan Yahya. Semoga bermanfaat untuk semua.



Satu hari adalah sahabat saya seorang ini, kita panggil beliau Mr. M telah datang berjumpa dengan seorang orang soleh. Bertanya tentang dua pilihan yang dia ada.


Dia sekarang baru sahaja menerima amanah dan tanggungjawabnya lebih kurang beberapa bulan untuk tadbir dan urus anak-anak tahfiz harian dan masjid mingguannya. 


Kemudian dia dapat tawaran pula untuk bekerja sebagai projek manager kat sebuah syarikat ribuan bayarannya ni. 


Dia pun tak tahu nak buat pilihan mana satu sampai taklena tidur dibuatnya.


Pandang orang soleh Ini sangat istimewa, 


"Tuan teruskanlah dengan amanah dan tanggungjawab tu. Memberi makan kepada orang Ini besar sangat besar ganjarannya. Bergegarlah Arasy Allah ketika seseorang memberi orang lain makan (dek kerana kelebihan Nya)" 


"Tapi saya bukan mahukan gaji yang mahal tu? Kan saya juga berniaga sambilan sebagai usahawan kewangan"


Orang soleh tadi tersenyum


"Niat Tuan, niat yang akan mengubah segala2nya. Niatlah yang akan membezakan antara kita dengan orang lain,"


"Tuan niatkan sahaja memegang amanah dan tanggungjawab ni untuk beri makan kepada Umat Nabi,"


Allahu.. sentap saya dengar2 kisah ni Dari sahabat saya nie, sedemikian impaknya.


Terus saya teringat apa yang pernah dikongsikan oleh seorang hartawan dari Indonesia.


Amalan yang beliau tak pernah miss adalah mengedarkan makanan pada setiap Hari terutamanya hari Jumaat.


Apabila ditanya kenapa Nasi Dan makanan? 


Hartawan Ini cuma sebut panjang perbahasannya. Buat saja dulu dan lihat sendiri perubahan rezeki yang berlaku selepas tu. Hanya yang sudah minum air laut sahaja yang akan tahu sejauh mana masinnya RASA air laut itu.


Dan hari ni saya tahu kenapa mesti makanan.


Amalan yang simple dan sederhana. 
Yakni memberi makan kepada orang lain tapi masyaAllah sampai bergegar Arasy Allah kerananya.


Kerana amalan memberi makan Ini terkumpul padanya dua benda:

+ Memasukkan kegembiraan dalam Hati orang muslim

+ Salah satu bentuk sedekah. Tiada marketing Yang lebih hebat Dari sedekah


Memberi makan kepada orang lain tak perlu mendirikan khemah dan panggil sekampung.


Mulakan dengan yang sedikit dan yang terdekat.


Mulakan dengan beri makan kepada jiran sebelah rumah.


Cuma jadikan rutin kita. Boleh jadi dengannya bergegar pintu2 Rezeki Kita di langit Sana.


Begitulah aktiviti rutin #ProjekBahtera di mana kita memberi makan harian untuk anak-anak tahfiz, mingguan untuk para jemaah masjid 


Sometimes one Community Needs to come forward and support a common goal


"HARTA yang kamu makan akan jadi KOTORAN.

HARTA yang kamu simpan akan jadi REBUTAN dan WARISAN.


Tetapi,

HARTA yang kamu SEDEKAHkan, InsyaAllah akan jadi TABUNGAN SEPANJANG MASA, yang KEKAL ABADI di AKHIRAT nanti."


ps: 
Sebarkan post ini tanda anda mengajak orang untuk turut sama bersedekah.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa mengajak (manusia) kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.”

Dapat sesuatu?

#SebarkanKebaikan


Kredit: Farihan Yahya


01 September 2020

KESAN MAKANAN SEKARANG

15:57 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


⚡Kesan  Makanan Sekarang⚡


Makanan yang sedap-sedap



Zaman sekarang nie, memang terlalu banyak makanan yang buat kita...bila pandang aje terliur. 


Terlalu banyak makanan yang sedap-sedap sampai kita makan pun ikut sedap aje 😁


Tapi tahu tak kita, kesan makanan sekarang kepada tubuh badan kita?


Gejala seperti imun yang lemah, berat badan kurang / berlebihan, letih, kulit kusam dan nafsu makan yang berlebihan adalah antara kesan daripada makanan sekarang.

Kesan makanan sekarang



Pengedar Aktif Shaklee Ayer Hitam,
#deannashaklee

25 July 2020

Vitamin untuk Kulit Cantik dan Awet Muda

14:51 0 Comments

Vitamin untuk cantik dan awet muda
Vitamin untuk Kulit Cantik dan Awet Muda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Korang tau tak,


Semua jenis vitamin yang berwarna merah sangat bagus untuk antioksidan dan bagus untuk kulit dan awet muda.



Antara produk Shaklee;

Vivix, ResV, CoQ-Trol Plus, Caratomax dan Vitamin E.



Setiap satu vitamin nie punya kelebihan masing-masing.


Contoh bila korang consume CoQ-Trol Plus, korang akan dapat juga untuk kesihatan jantung.



Bila consume Caratomax, korang akan dapat juga untuk kesihatan mata.



Bila consume Vitamin E pulak, vitamin E nie memang terkenal sebagai vitamin antioksidan, vitamin cinta dan juga anti-penuaan.

Bestnya vitamin E nie, korang boleh buat masker jugak tau. Bangun pagi muka lembut aje macam baby..hehee.. Mesti cuba tau!



Apatah lagi Vivix dan ResV
Keduanya mengandungi banyak khasiat kerana kandungan resveratrol yang tinggi. Resveratrol ini dikatakan dapat melambatkan proses penuaan.



So korang boleh lah pilih nak cantik dan awet muda pakai vitamin yang mana.


Nasihat saya, ikutlah kemampuan masing-masing. 
Yang penting, konsisten! 
Baru dapat hasil berbaloi dengan pelaburan (^_^)




*These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: email: mommyfarisazham@gmail.com SMS: 013-7073943 (Deanna) Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi FB: Deanna Aris

23 July 2020

Doa Ini Pendek tapi Sangat POWER!

17:41 0 Comments



Do'a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!

Jom amalkan setiap hari

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ

Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah.



Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ

*Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'aafiyah).



Sekarang apa yang *'Aafiyah* ???

" *Aafiyah* bermaksud :
*Untuk* menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam *'Aafiyah*.



Jadi, pada asasnya *'Aafiyah* itu bermaksud : 
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.



Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-

"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."



Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk *'Aafiyah*, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada *'Aafiyah*. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."



Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.



"Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah *ENGKAU* menguji aku dan lain-lain yang berat."



Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " *Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.*"

Semoga bermanfaat.

Salam sayang 💓 Deanna Shaklee 

17 July 2020

Manfaat Kesihatan dengan Polifenol

22:24 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Manfaat Kesihatan dengan Polifenol

HIDUP PENUH BERSEMANGAT DAN BERTENAGA DENGAN POLIFENOL


Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.


  • Kulit Sihat
Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.


  • Peredaran Darah Yang Sihat
Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).


  • Tahap Gula Darah Yang Sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.


  • Menyokong Detoks Yang Berkesan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.


  • Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.


  • Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot
Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.


  • Perkembangan Sel Yang Sihat
Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.


  • Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.






Berminat untuk membuat pesanan?
Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?
Jom klik DI SINI





* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: email: mommyfarisazham@gmail.com SMS: 013-7073943 (Deanna) Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi FB: Deanna Aris

16 July 2020

Ubah 5 Perkara Ini

21:12 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari nie rasa macam tak ada la buat kerja sangat, tapi kenapa eh rasa penat macam buat kerja tak berhenti pulak 😅


Korang selalu macam nie tak? 

Kalau korang selalu penat tak tentu pasal, boleh jadi korang kena ubah 5 perkara nie.


Boleh jadi;

1. Otak penat kerana terlalu fikir benda tak perlu.

2. Tidur tak cukup.

3. Makan makanan tak berkhasiat. 

4. Terlalu resah gelisah dan kecewa hal yang lepas.

5. Dikelilingi orang yang negatif. 


Tabiat bazirkan tenaga



Jom ubah! 
Supaya kita jadi lebih sihat dan cergas! 😊✌️


Salam sayang 💓 Deanna Ja'afar 💓

GARLIC: Khasiat, Kebaikan dan Manfaat

18:06 1 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari nie nak share tentang Khasiat, kebaikan dan Manfaat Garlic Complex Shaklee.

Kandungan Garlic Complex




ANTARA KHASIAT, KEBAIKAN DAN MANFAAT GARLIC COMPLEX SHAKLEE IALAH:


✔️Merupakan Antibiotik Semulajadi
Selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


✔️Membantu Atasi Masalah Alahan/Alergi
Meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis


✔️Meningkatkan Sistem Penghadaman
Membantu dalam masalah seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.


✔️Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
Pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan baik untuk mengawal tekanan darah.


✔️Mengeluarkan Logam Toksik


✔️Membantu menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seperti raksa, plumbum, kadmium dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.


✔️Melindungi Sel-Sel Darah
Mengelakkan kemusnahan sel darah yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.


✔️Mengawal Paras Kolestrol
Membantu menurunkan paras kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.


✔️*Bersifat Anti Kanser*
Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. 


✔️Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.


✔️Mengelakkan Odema
Mengelakkan air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.


✔️Memperbaiki Sistem Pernafasan
Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).


✔️Mampu Melawan Bakteria dan Jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut memulas (stomach upset)
  • Cirit-birit (Diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka-luka (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing


Berminat untuk membuat pesanan?
Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?
Jom klik DI SINI



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: email: mommyfarisazham@gmail.com SMS: 013-7073943 (Deanna) Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi FB: Deanna Ja'afar

30 June 2020

Bila Anak Mengadu Sakit Apa Kita Nak Buat?

22:48 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama tinggalkan blog nie..hehee..

Terima kasih pada yang masih  sudi singgah blog Dee. 💓

Malam nie nak share satu ilmu yang Ustazah Isfadiah share dalam channel Istagram beliau.


Anak Mengadu Sakit, apa kita yang perlu lakukan sebagai ibu bapa?


Ustazah Isfadiah pesan, bila anak Mengadu sakit kita kena segera layan!


Tapi macam mana?

Macam nie caranya...

Bacakan Surah Muawwizat. 
Iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Annas. Hembuskan di tangan dan sapukan pada tempat yang sakit.


Apa yang anak akan rasa?
1. Anak akan tenang dan lebih percaya pada kita.
2. Anak mengkagumi kedekatan kita dengan Allah.
3. Hati Anak mudah ditambat kerana perhatian kita.


Semoga bermanfaat.


With love, Deanna 🌹💓





Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita