Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

16 July 2020

Ubah 5 Perkara Ini

21:12 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari nie rasa macam tak ada la buat kerja sangat, tapi kenapa eh rasa penat macam buat kerja tak berhenti pulak 😅


Korang selalu macam nie tak? 

Kalau korang selalu penat tak tentu pasal, boleh jadi korang kena ubah 5 perkara nie.


Boleh jadi;

1. Otak penat kerana terlalu fikir benda tak perlu.

2. Tidur tak cukup.

3. Makan makanan tak berkhasiat. 

4. Terlalu resah gelisah dan kecewa hal yang lepas.

5. Dikelilingi orang yang negatif. 


Tabiat bazirkan tenaga



Jom ubah! 
Supaya kita jadi lebih sihat dan cergas! 😊✌️


Salam sayang 💓 Deanna Ja'afar 💓

13 February 2018

5 Cara Untuk Tampil Cantik dan Awet Muda

16:17 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jom ketahui 5 Cara untuk Tampil Cantik dan Awet Muda.


5 ways to look beautiful and be youthful



Korang berminat nak dapatkan set kombo Kolagen + Vitamin C yang jimat 10% istimewa untuk bulan Februari 2018?


Boleh aje terus klik SAYA NAK CANTIK untuk dapatkan set nie pada harga diskaun.


Atau boleh hubungi saya seperti di bawah.






* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah
email: mommyfarisazham@gmail.com  
whatsapp: 013-7073943 (Deanna)
 Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
 FB: Deanna Aris


08 November 2017

4 Petua untuk Berjaya yang Diamalkan Pelajar Terbaik STPM Terengganu

16:46 0 Comments

Assalamualaikum.

Minggu peperiksaan bagi pelajar SPM dah pun bermula kan.. Semoga semua pelajar yang menduduki peeriksaan SPM tahun nie dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mudah.



Hari nie saya terjumpa satu artikel tentang 4 Petua untuk Berjaya yang Diamalkan Pelajar Terbaik STPM Terengganu. Artikel nie memang artikel lama, tahun 2012. Namun, ada sesuatu yang penting dalam artikel nie yang mungkin kita dapat ambil contoh dan pengajaran daripadanya.



Semoga ianya dapat memberi manfaat.



Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.


Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.



"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.



Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.



Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.


Sumber:kosmo


petua-untuk-berjaya




Salam sayang  ❤Deanna Aris

05 October 2017

5 Tips Untuk Bantu Anda Pilih Sumber Protein yang Betul

05:20 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


5 Tips Untuk Bantu Anda Pilih Sumber Protein yang Betul

cara pilih soya yang betul


1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah dan ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah hadam, terutamanya dikalangan warga tua.



2. Kandungan Kolestrol Tinggi vs Kolestrol Rendah
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolestrol.



3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripada lemak tepu dan transfat. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.



4. GMO vs bukan-GMO
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.



5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang Diproses
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan nutrien. Apabila anda tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh mimilih serbukprotein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.



Pilihlah sumber protein daripada ESP yang dapat memberikan tenaga berpanjangan, dan berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi.




* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease.  

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
 whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

03 June 2017

Amalan Agar Sentiasa Berduit

20:30 0 Comments

Petikan dari buku Amalan Menjemput Rezeki



Amalan Agar Sentiasa Berduit


Pertama : Tetapkan Jumlah Tabungan Impian (Mahu berada di tangga berapa?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Kedua : Hitung Dan Ketahui Jumlah Hutang ( Berapakah sebenarnya jumlah hutang?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Ketiga : Mula merancang strategi untuk:

1) Menambah tabungan dan


2) Mengurangkan hutang.


Contoh:


2015: Hutang di tangga 7

Tabungan di tangga 1


2016: Hutang di tangga 6

Tabungan di tangga 2


2017: Hutang di tangga 5

Tabungan di tangga 3


2018: Hutang di tangga 4

Tabungan di tangga 4


2019 : Hutang di tangga 3

Tabungan di tangga 5


2020: Hutang di tangga 2

Tabungan di tangga 6


2021 : Hutang di tangga 1

Tabungan di tangga 7



Bergantung kepada kesunguhan dan amalan masing-masing.


Dalam tempoh 3 hingga 7 tahun , kita ada peluang bebas hutang dan mempunyai tabungan yang banyak.


Sudah tentu ia menjadi lebih nikmat berbanding keadaan ini:


Jumlah Tabungan: RM1Juta

Jumlah Hutang : RM1 Juta


Duit banyak, hutang pun banyak....( tidak senikmat ) punya duit banyak dan tiada hutang.



Keempat: Mulakan amalan agar sentiasa berduit.


Boleh mula hafal dan wiridkan ayat di bawah sebabyak 33 kali selepas setiap waktu solat.


Juga boleh dibaca sekali setiap kali keluarkan duit dari dompet.


" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )



Semoga bermanfaat.


13 May 2017

Bagaimana Mengekalkan Kemesraan dalam Perkahwinan?

15:00 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Petang nie saya nak share tips untuk kekalkan KEMESRAAN suami isteri. Terima kasih pada Dr. Zubaidi atas tips hebat nie. ^__~


Seorang suami bertanya saya, bagaimana mengekalkan kemesraan dalam perkahwinan?
 "Ucapkan banyak terima kasih dan pujian atas kebaikan mereka. Mereka telah banyak membantu kita menguruskan rumahtangga, melahirkan dan membesarkan anak, dan menguruskan nafsu kita ke arah yang halal."


"Jika tidak mampu memberikan hadiah material, berikan hadiah yang membahagiakan emosi"



Related image



Bagi wanita yang bertanyakan perkara yang sama, pesan saya ialah 
"Jagalah makan/minum suami dan layanan bilik tidur. Berikan kepuasan keduanya sampai tak daya"


Suami selalunya akan bahagia bila dilayan dua keperluan ini.


Belajar memasak dan bersolek wajib bagi isteri.



Selamat beramal! ^__~

26 April 2017

Tips Untuk Dapatkan Tidur yang Cukup dan Berkualiti

16:22 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Image result for tidur yang cukup


Bila naik kerja hari Isnin je, mula la rasa badan macam tak cukup tidur.
Asyik-asyik menguap saja!
Rasa letih macam tak cukup rehat.
Padahal cuti asyik membuta!huhuhu...

Saya yakin ramai yang ada masalah macam tu kan.. kan..kan... 

Tapi betul ke tak cukup tidur? Seharian tidur pun masih juga mengantuk?


Ish-ish...


Haa meh sini saya nak bagi satu tips mudah untuk dapatkan tidur yang cukup. Tips nie saya dapat daripada Dr Zubaidi.

Ramai orang yang mengeluh kerana tidak cukup mendapat masa tidur yang cukup. Padahal mereka tidak mengamalkan waktu tidur dan bangun pagi yang tetap ( pada masa yang akan melatih diri.

Jika mampu mengekalkan jadual tidur yang tetap untuk beberapa minggu, diri kita akan dilatih untuk tidur dengan cepat dan rasa segar bila bangun tidur.

Jangan tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Tubuh kita terpaksa mengubah jadual tidur pada perbezaan satu atau dua jam sehari.

Sebagai contoh, jika kita biasa bangun 6.00 pagi setiap hari, tetapi hujung minggu kita bangun 8.30 pagi. Tubuh kita akan memerlukan beberapa hari untuk menukar semula 'waktu bangun dan tidur'.

Maka kita akan merasakan kekurangan tidur sehingga hari Rabu dan Khamis.
Ok sekarang dah tau tips, boleh la amalkan ya.

Semoga membantu!


08 April 2017

Tips Agar Masa Panjang

18:32 1 Comments
Assalamualaikum.


Alhamdulillah.
Saya jumpa solusi yang selama nie saya cari!


Allahuakbar!
Saya pasti Allah sangat sayangkan saya sebab tu dia tegur saya dari post SA Insyirah nie.


Dan saya pasti korang yang baca post saya nie juga adalah rezeki dari Allah dan juga sebab Allah sangat sayangkan korang (^__^). Dia mahu kita sama-sama kembali padaNya. Kita sama-sama muhasabah diri dan memperbaiki diri.


Copy paste dari fb SA Insyirah:


Tuan Guru personal pesan,
// Jika rasa tak cukup masa, banyakkan spend time membaca Al Quran dengan bacaan yang telinga dapat dengar. Minima 40 minit. //
.
.
Semakin rasa tak cukup masa, tambahkan masa untuk baca Al Quran lebih lama

.
.
40 60 80 100 120 minit
.
.
p/s: Saya tambah:
.
.
Lazimi baca doa 'ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepada diriku walau dalam sekelip mata'

.
.
Insya-Allah akan sentiasa dibimbing Allah.



Semoga bermanfaat!


demi masa, keberkatan masa

23 March 2017

Macam Mana Nak Pilih Produk Nutrisi Yang Baik & Selamat?

09:00 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Hari nie saya nak kongsi 1 tips untuk pilih supplement atau pun makanan tambahan yang baik dan selamat untuk di makan.

tips pilih supplement yang baik dan selamat


Macam mana caranya?

Mudah aje.

Ambil pil sampel daripada produk supplement yang korang makan dan letakkan dalam segelas air. Pil tu mestilah benar2 larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit. 

Kalau pil tu nak larut ambil masa yang lebih dari 20 minit, ada kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan korang tak dapat nak memecahkan produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah korang.

Ok, apa kaitannya ujian air nie?

Ujian air nie penting tau untuk pastikan penyerapan produk nutrisi tu. Banyak produk kat pasaran sekarang nie banyak guna bahan pengikat tiruan, bahan pengisi dan bahan pewarna yang bila kita makan, sistem pencernaan kita tak dapat nak memecahkan pil tu untuk penyerapan.

Dan semua produk nutrisi mesti LULUS ujian air nie.

Jadi kalau makan produk nutrisi tapi tak boleh nak dicerna, agak2 nya korang makan untuk apa? Fikir2 kan.....





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris

22 March 2017

15 March 2017

LET GO OF YOUR SELF LIMITATION!

09:00 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera

peluang untuk majukan diri, peluang untuk berjaya

Saya memang follow tiap hari tulisan sis Insyirah nie. Tulisan dia semua terkesan kat hati. Tambahan banyak ilmu yang beliau sampaikan. Doa saya semoga Allah terus limpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat sis Insyirah atas perkongsian ilmunya..amin...

Harap korang juga dapat manfaat daripada perkongsian beliau.


// Let go of your self limitation. // bebaskan - Frozen.
.
.
Ku ukirkan akhir kalam sebelum tidur untuk bacaanmu esok pagi.
.
.
Self Limitation - another term adalah sabotaj diri, kita yang hadkan diri sendiri = kita sedang mendoakan yang negatif untuk diri.
.
.
Pada suatu hari, saya diberikan task sebuah projek yang baru untuk saya. Kapasiti saya untuk 1 projek ketika itu adalah 6 hari.
.
.
Tetapi setelah seminggu test drive performence saya, leader bagi task siapkan 5 projek dalam masa 2 minggu. Tak kabut pula rasa hati masa tu.
.
.
Kiraannya adalah:
1 projek = 6 hari
5 projek = 30 hari
.
.
Kapasiti sebenar saya adalah 5 projek siap 30 hari.
.
.
Tetapi ada satu ayat yang saya terkesan, katanya,
"Semua tu self limitation je. Buang Dah pergi IMKK kan?" dia mention IMKK kepada member yang dah pergi
.
.
Saya tak pergi tapi saya hadam ayat dia yang satu tu - semua tu self limitation je. Kita yang hadkan diri sendiri sedangkan boleh pergi lebih jauh, lebih baik daripada sebelumnya.
.
.
Jadi apa yang saya selalu zikirkan masa tu tiap kali rasa macam tak boleh atau tak mampu nak capai KPI tu, saya akan sebut,
"Semua tu self limitation je. Jangan bertanya kepada otak yang terbatas."
.
.
So saya zikir perkataan-perkataan yang positif > buat projek tu > ulang. Bila kita cakap sesuatu secara berulang, itu juga salah satu doa.
.
.
Alhamdulillah dalam masa 2 minggu plus plus sket, saya berjaya siapkan 5 projek tu yang pada saya, ia melangkau kapasiti saya.
.
.
For my personal performance, im proud of myself. Sebab performance meningkat almost 30%.
.
.
So apa yang saya belajar,
"Let go your self limitation. Bebaskan."
.
.
The sooner you let go, the sooner you can heal.
.
.
Post ini adalah episod ke-2. Baca episode pertama di sini,
https://www.facebook.com/insyirahazhar769/posts/1051117425031980?pnref=story
.
.
#SiriInspiringLeader



peluang untuk berjaya maju

12 March 2017

10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH

21:00 0 Comments
Related image

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.

2. Istighfar banyak-banyak. Reset diri sendiri ke zero point. 

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing 

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat.. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe , believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat, buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja! 

Boleh boleh ?

Semoga membantu.

BERJUANG SAMPAI JADI! 

Image result for bangun dari kegagalan

*AnwarSiddiqAbdJalil* 

BERAPA BANYAK AIR KENA MINUM SEHARI?

16:19 0 Comments

kepentingan air, berapa banyak air masak nak kena minum

Orang kata nak kurus kena minum air banyak untuk mudahkan proses pembuangan toksin dalam badan. Berapa banyak air nak kena minum?

Saya dah minum air banyak dah tapi tak kurus pun? Yela awak minum air ape?

Saya minum air milo, sirap dengan air kosong total 4liter minum sehari.

Air yang dimaksudkan air kosong bukan air manis. Air manis mempunyai kalori dan kadang2 kalorinya lebih tinggi daripada makanan. Sebab tu laa orang tak makan apa2 tapi hanya minum air manis saja pun turut naik berat badan. Kalori bukan ada dalam makanan je, malah ia turut ada dalam air manis.

kepentingan air masak, berapa liter sehari kena minum

Nak kurus kena banyak minum air kosong. Air kosong tak bermaksud hanya boleh minum suam atau panas je. Boringnya diet asyik minum air suam je kan.. Sebenarnya kalau minum kosong ais pun ia tetap membantu menurunkan berat badan. Ais tak bersalah dalam proses turun berat badan malah ia mampu meningkatkan kadar metabolism badan.

Jadi berapa liter yang diperlukan untuk minum air kosong nie? Ada yang berpendapat minum 4 liter. Ada yang kata asalkan dah pembuangan air kecil kita sudah jernih itu dah memadai. Tapi pada pendapat saya korang boleh latih diri korang untuk minum mengikut berat badan anda seperti ini:
25kg = 1liter
50kg = 2liter
75kg = 3liter
100kg = 4liter
Setiap 25kg = 1liter


Korang latih seperti ini pasti korang berjaya melengkapkan air masak korang 1 hari. 
Cuba lah!




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 

02 March 2017

Tips Keberkatan Masa

16:09 0 Comments

Image result for keberkatan masa


// Bilamana kau berhenti memberi alasan, bermula itulah kau akan semakin dekat dan rangkul kejayaan dan kekayaan --- infiniti! //
.
.
Maturity comes when you stop making excuses and start making changes.
.
.
Ada 2 rules simple apabila bekerjasama dengan leader Mak Bedah,
.
.
1. Jika ada masalah, beri solusi
2. Jangan beri alasan --- ini berbalik kepada no.1
.
.
Hidup ini sebenarnya mudah. Ramai orang nak berjaya, ramai orang nak kaya tapi mereka tak nak beri komitmen, mereka tak nak luangkan masa menempah tiket kejayaan.
.
.
Dalam tak sedar, mereka sendiri menempah tiket kegagalan.
.
.
Yang kerja, nak buat bisnes tapi kata takde masa. Tak sempat.
Yang buat bisnes, terkadang miss spend time dengan keluarga, dikata sibuk.
.
.
// The rule is simple --- If you really care, you will make time. Else you should know, where you put it in your life. //
.
.
Sama juga dengan pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
.
.
Ramai orang boleh beri 1001 alasan. Siap boleh tulis esei. PENUH! 1000++ patah perkataan. 2 mukasurat A4.
.
.
Tapi berapa ramai yang boleh memenuhkan esei alasan kejayaan --- kenapa kau perlu tetap bertindak untuk laksanakan plan pencapaian impian.
.
.
Tiap orang diberikan durasi masa yang sama --- 24 jam. Tiada orang diberikan 25 jam 8 hari seminggu 366 setahun. Jadi tiada alasan sebenarnya untuk kau katakan tiada masa.
.
.
Mak Bedah percaya bilamana kau menggunakan 24 jam, every second dengan sangat produktif, banyak perkara boleh dicapai dengan sangat mudah dan cepat.
.
.
Itulah dinamakan KEBERKATAN MASA.
.
.
Nak kaya dan berjaya tapi hari-hari scroll FB, scroll IG tengok kereta mewah orang, komen kata,
- Untunglah ada kereta mewah
- Kayanya dia
- Untungnya ada pakwe / suami kaya yang pandai buat bisnes
.
.
Berjam-jam pulak tu! Lepas tu kau expect kaya esok??
.
.
Haa scroll-scroll sampai esok, tulat, tahun depan, 10 tahun lagi. Jangan buat apa-apa! Jangan cari bisnes baru. Jangan bertindak sekarang! =.=
.
.
Haa kalau yang dalam ktm tu, daripada kau scroll status FB ni bawa-bawalah baca Al Quran ke. Ambil tasbih digital tu istighfar 1000x, selawat 1000x kali.
.
.
Konpem sampai destinasi siap keje sekolah --- 1k istighfar, 1k selawat setiap hari.
.
.
Sebab tu penting baca doa. Pagi-pagi niat kerja kerana Allah ke, buat bisnes kerana Allah ke. Biar tiap hari ada keberkatan masa. 
.
.
Insya-Allah 24 jam tu akan sentiasa terisi dengan perkara yang positif dan produktif. Dapat buat dan siapkan banyak perkara. Dapat capai banyak kejayaan kecil.
.
.
Dah dapat kejayaan kecil, kau buat lagi tindakan lain. Ulang. Gunung-ganang tu terdiri daripada kerikil-kerikil kecil. 
.
.
Doa mohon keberkatan masa---
Ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan diriku kepadaku walau dalam sekelip mata.
Aamiin.
.
.
"Bedah sket hati tu biar terbuka biar rasa sentapan berbisa!"



Copy paste dari fb SA Insyirah

11 January 2014

Amalan Mendapat Keberkatan Masa

22:58 0 Comments
Terima kasih pada Kak Cery yang share amalan nie.

Amalan Mendapat Keberkatan Masa



Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Antara tips2 mendapat keberkatan masa.

1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal boleh,contohnya 30 minit sebelum Subuh. Antara kelebihan bangun pagi murah rezeki

2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi 
Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Kalau tak silap saya, ada seorang ustaz pernah bgtau saya, ianya bagus utk mencerahkan hati dan muka kita gak.. maksud saya kita akan mudah utk mengetahui hati budi org

3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Pastikan anda tulis pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga 
Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” 

5. Sentiasa bawa buku bersama
Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah. Saya suka tips ni, jadi makanya selain dari bukunota kecik dan calculator yg ada dlm handbeg saya, kene tambah satu lagi iaitu BUKU untuk dibaca. 


Semoga bermanfaat untuk semua. :)


Salam sayang,
Deanna Aris

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita