Followers

Showing posts with label Keistimewaan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Keistimewaan Shaklee. Show all posts

29 November 2017

Kisah Pesakit TB dan KANSER yang telah Mengilhamkan "Shaklee"

15:28 0 Comments



SINAR HARIAN
28 NOVEMBER 2017




dr forrest c shaklee pengasas shaklee

PENGASAS Shaklee, Dr Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa dan disahkan menghidap tuberculosis (TB) sehingga doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berusia 8 tahun. 








Berkat kesungguhan ibunya, beliau membesar dengan sihat walaupun tidak secergas remaja lain seusianya.





Berikutan masalah kesihatannya, Forrest banyak meluangkan masa membaca dan menulis sehingga mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare.




Beliau kemudian mendaftar ke Palmer School of Chiropractic, sekali gus menjadi kejayaan pertamanya dalam mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dikenali sebagai Vitalized Mineral pada 1915.


vitalized-mineral-vitamin-pertama-didunia



Pada 1917, Forrest berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan, yang mana kesemua pesakit diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan itu mendapat sambutan dan semakin maju.




Dalam mengecapi kejayaan, beliau menerima kejutan apabila disahkan menghidap kanser dan terpaksa menjual pusat rawatannya.




Namun, beliau percaya boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semula jadi dengan hanya makan buah dan sayur segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.




Pada mulanya, kanser tidak menunjukkan tanda-tanda positif sehingga pada penghujung 1922, kansernya semakin sembuh.




Malah, kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Hasil kejayaan itu, beliau semakin yakin bahawa sel-sel sihat dalam badan berjaya mengalahkan sel kanser.




Pada 1924, Forrest sekali lagi membuka pusat rawatan menggunakan formulasi makanan tambahan, tetapi terbakar pada 1929.




Forrest menubuhkan syarikatnya pada penghujung 1955 pada usia 62 tahun dengan menjual produk suplemen.






Enam bulan kemudian, pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan dengan menggunakan konsep jualan langsung yang telah menjadi satu fenomena sehingga hari ini.




Forrest mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.


shaklee-for-everyone








Nak beli produk Shaklee?
Nak JOIN Ahli Shaklee?
Nak tambah duit poket dengan Shaklee?
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

15 November 2017

Shaklee Top 10 Best Seller

09:29 0 Comments


shaklee-top-10-best-seller

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Nak tau produk yang menjadi pilihan dan kegilaan ramai boleh tengok senarai produk yang ada dalam Shaklee Top 10 Best Seller.



Shaklee Top 10 Best Seller.
  1. Vivix
  2. ESP
  3. Omega Guard
  4. Sustained Release Vita-C Plus
  5. Ostematrix
  6. Alfalfa Complex
  7. Vitamin E Complex
  8. Vitalea
  9. Collagen Powder
  10. Lecithin




Oleh sebab jadi pilihan ramai, ada antara produk yang dalam senarai tu selalu aje kehabisan stok. 


Bagus sangat ke??


Jawapannya senang aje.
Shaklee adalah vitamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.


3 elemen nie memang sangat penting untuk perolehi kesihatan dalam jangka masa panjang.


Dan bukan 3 tu aje tau. Ia dikuatkan lagi dengan satu kajian unggul pemakanan supplement Shaklee atau pun Landmark Study.


Mulakan asas kepada kehidupan yang sihat dan berpanjangan bersama Shaklee.

Di Shaklee, kami menyokong gaya hidup sihat termasuk pemilihan makanan sihat, cara pengambilan supplement yang betul dan senaman secara teratur lebih daripada 100 tahun. Kini, kami berbangga kerana telah menerbitkan Kajian Pemakanan Supplement Shaklee, sebuah kajian unggul, pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat pengambilan supplement untuk jangka masa panjang dalm populasi pengguna yang unik.

Kajian Pemakanan Supplement Shaklee merupakan kajian yang dijalankan secara bebas oleg University Berkeley di California, terhadap cirak pengambilan, status kesihatan, status pemakanan nutrisi dan tahap kesihatan pengguna yang menggunakan pelbagai jenis supplement untuk jangka masa panjang. Kajian data-silang ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi, sebuah jurnal saintifik penilaian sejawat secara atas talian pada 24 Oktober 2007.(http://www.nutritionj.com/content/6/1/30)




Nak beli produk Shaklee?
Nak JOIN Ahli Shaklee?
Nak tambah duit poket dengan Shaklee?
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

03 June 2017

Kenali Saintis TERHEBAT di Shaklee

17:48 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari nie ada beberapa saintis terkenal dan hebat saya nak kongsikan.


1. Dr Forrest Shaklee 


Pada yang belum kenal lagi, nie lah dia pengasas Shaklee. Tengok nama je pun dah tau kan ^__^


Beliau mendapati, banyak pesakit yang terlebih makan (overfed) tapi masih kekurangan nutrisi (undernourished). Dari situ beliau percaya, kekurangan nutrisi adalah punca kepada macam-macam penyakit. Mulai dari itu, beliau sangat menekankan kepentingan pemakanan untuk kekal sihat. Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “Vitalized Minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini. 




2. Dr Yasuhiko Kojima 


Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang discover Interferon. Kemudian, baru saintis barat meneruskan kajiannya tentangnya. Beliau berjaya discover Interferon semasa membuat kajian tentang vaksin smallpox. 

Terinspirasi dengan konsep “harmoni with nature” oleh Dr Forrest Shaklee; setelah 40 tahun mengkaji, beliau akhirnya berjaya menemui sumber semulajadi yang mampu membantu badan kita menghasilkan Interferon sekaligus menguatkan immuniti tubuh. Itulah produk yang kami gunakan sampai hari ini, Nutriferon Shaklee.



3. Dr Elizabeth Blackburn


PhD dari University Cambridge, ialah Nobel Prize Winner of Medicine pada tahun 2009. Beliau banyak mengkaji tentang Telomeres, pangkal Kromosom yang bertanggungjawab memelihara Kromosom kita daripada rosak. Dr Elizabeth Blackburn berjaya menemui Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres. 

Tak faham? Cukup lah orang umum macam kita ni tahu, penemuan ini sangat penting di bidang Medicine sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam Shaklee punya Scientific Board Advisor.





4. Dr Gladys Block

Ialah Professor Emerita di Berkeley University California. Professor Emerita ni macam title Professor Emeritus yang Dr Khoo Kay Kim; sejarahwan negara yang terlibat dalam menubuhkan Rukunegara, ni dapat. 

Suatu ketika dahulu, Dr Gladys Block nak buat research “betul ke vitamin ni beri kesan pada kesihatan?” dengan membandingkan orang yang makan vitamin dengan yang tak makan. Namun, semua syarikat vitamin reject mentah-mentah proposal beliau. Mungkin takut “kalau terbukti tak berkesan, habis lah bisnes aku”. 

Sebab, apa pun keputusan, berkesan atau tidak, Dr Gladys tetap akan publish. 

Hingga satu hari, berita tentang kajian beliau ini sampai ke pihak Shaklee, dan Shaklee bersetuju untuk sponsor & beri kerjasama. Hasilnya? High impact research dalam dunia Nutrisi hingga dinamakan “Landmark Study”. 




5. Dr Bruce Daggy 


Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk GlaxoSmithKline; syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Namun, selepas membaca jurnal Landmark Study Dr Gladys Block tadi, beliau jadi sangat impressed. Impressed dengan keberkesanan produk Shaklee sampai begitu sekali. 

Ya lah, tidak pernah ada mana-mana syarikat yang berani membuktikan produk mereka begitu lama; hingga 40 tahun menggunakan Shaklee. Beliau juga sangat tertarik dengan motto yang diperjuangkan Shaklee; dijamin berkesan, dijamin selamat & dijamin semulajadi. Teruja nak jadi sebahagian daripada revolusi industri kesihatan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee, hingga sekarang.



Apa point terpenting yang anda patut tahu di sini?

(1) Shaklee bukan produk picisan yang dibancuh belakang rumah. Juga bukan produk yang cuma ada marketing department tanpa sebarang saintis langsung. Tapi Shaklee dibangunkan oleh saintis terhebat dunia. Syarikat vitamin mana yang ada Pemenang Nobel Prize di dalamnya, selain Shaklee?


(2) Saintis-saintis yang terlibat di Shaklee bukan graduate daripada University bogus entah mana-mana. Tapi, university top 10 di dunia. Jangan hanya sebab belajar dalam negara dan tak pernah dengar nama University Berkeley, Cambridge & Tokyo, senang-senang je cop “tu PhD beli je tu”. Memalukan kaum tau. Kalau betul boleh dibeli sebegitu sekali, tak payah PhD lah, cuba dapatkan Master di sana dulu.


(3) Hanya dengan produk terbaik; hasil falsafah syarikat yang jelas, dapat menarik top talent macam ni. Top talent tak pernah bekerja hanya sebab duit macam kebanyakan kita-kita ni. Tapi orang bijak pandai tahap dunia ni hanya ingin usahanya memberi impak kepada manusia. Lagi hebat impak yang syarikat itu mampu lakukan, lagi hebat kualiti talent yang mereka bakal tarik.


Sumber asal:iReach





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
whatsapp: 013-7073943 (Deanna)


24 May 2017

Kenapa Insentif Percutian Shaklee Best Sangat?

17:24 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru-baru nie Shaklee buat trip ke Jepun. Ini adalah salah satu insentif percutian buat pengedar Shaklee yang aktif dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh company.


Image result for trip percutian shaklee

Jom kita layan cerita Kenapa Insentif Percutian Shaklee nie best gila!! Sampaikan ramai yang naik cemburu tengok mereka nie. Termasuklah saya! 


Kisah ini diambil dari fan page iReach


Image may contain: 7 people, text

Ini ialah kisah kenapa admin rasa Trip Shaklee ni best sangat-sangat. Yang buat admin rasa lagi best bila tahu tentang incentive trip MLM lain. Memang lah buat rasa “kenapa lah aku tak daftar ahli dari dulu lagi oi!”. 

Anyway,

Ada beberapa pengajaran utama yang kita boleh ambil:

(1) Kalau dah buat bisnes Shaklee, buat lah betul-betul sampai sekurang-kurangnya dapat join trip oversea Shaklee macam #iReachJapan ni. Kalau tengok betul-betul, memang tak susah mana pun kalau setakat nak dapat 1 tiket tu.

(2) Kalau tengah buat MLM selain Shaklee sekarang ni, All The Best! Dan gunakan lah ketujuh-tujuh point yang admin kongsikan di sini untuk paksa company MLM masing-masing improve. Kalau Shaklee boleh, kenapa MLM korg tak boleh?

(3) Kalau masih belum daftar sebagai ahli Shaklee, apa tunggu lagi? Cepat-cepat lah daftar. Jangan jadi macam admin. Menyesal tak join sejak baby 27 tahun lepas. Selain jadi lebih sihat, kita boleh jalan-jalan percuma dengan Shaklee.

Selamat membaca!



Image may contain: 4 people, people smiling, text and outdoor

#1 Betul-Betul Travel, Bukan Cop Passport Saja

Masa borak-borak, ada seorang kawan ni cerita. Dia buat MLM ABC (bukan nama sebenar). Dan dia baru balik daripada incentive trip MLM dia di London waktu tu. Katanya, dia ke sana 4-hari.

Bila dengar dia sebut 4-hari, admin terus tanya “apa je yg ko sempat buat 4-hari pergi London?”.

Ceritanya lebih kurang begini:

(1) Hari pertama bertolak dengan Malaysia Airlines (MAS). Naik pesawat jam 11.15pm dan tiba di London jam 5.55am keesokan harinya (hari kedua).

(2) Hari kedua, setibanya mereka di kota London, terus jalan-jalan Free & Easy. Sama ada masuk museum yg percuma ataupun shopping (banyak yg pilih untuk shopping di Oxford Street). Malam, check in hotel.

(3) Hari ketiga, masih Free & Easy lagi. Lepas check out hotel, kebanyakannya sambung shopping sekitar Oxford Street. Malam tu, pulang ke tanah air. Guna pesawat MAS & bertolak jam 11.35pm.

(4) Hari keempat, tiba di KLIA jam 5.50pm.

Daripada 4-hari semuanya, 2-hari tu cuma perjalanan pergi balik saja. Datang jauh-jauh pun, cuma menginap satu malam saja? Lenguh badan duduk dalam kapal terbang tak hilang lagi, dah kena balik dengan 13-jam perjalanan lagi.

Adui, betul-betul sekadar nak cop passport saja nampaknya. Rasa nak je cakap "trip kau ni melawat London ke transit je kat sana?". Sebab, semasa transit di Dubai on the way pulang dari Orlando tahun lepas pun, Shaklee bawa jalan-jalan lunch sebelum melawat Burj Khalifa & Dubai Mall.

Mungkin sekadar boleh cerita ke prospek “Syarikat ABC dah belanja aku sampai ke London tahu!”.

International Trip Shaklee yang admin tahu, sekurang-kurangnya seminggu. Kalau jauh (macam Amerika atau Eropah), hampir 10 hari mereka di sana. Baru lah sempat hilang lenguh-lenguh badan, sebelum pulang.

Apa yang mereka buat sepanjang 7-10 hari di sana? Baca cerita seterusnya...

#ShakleeRewards


No automatic alt text available.

#2 Jujur Nak Bagi Reward, Bukan Acah-Acah Tapi Kedekut Sebenarnya

Satu masalah Incentive Trip Shaklee ni; kalau tak 5-star, tak sah. Daripada hotel, sampai lah ke makan, semuanya Shaklee nak bagi kita yang The Best.

Macam baru-baru ni ke Jepun, mereka duduk 3-malam di Imperial Hotel Tokyo; antara hotel tertua & mewah ni Jepun. Dibina sekitar 1880-an, Imperial Hotel Tokyo ni tempat Maharaja Jepun bawa tetamu untuk bermalam. Juga tempat artis & delegasi diplomatik kehormat duduk. Tak ke dahsyat tu?

Lagi best, hotel ini terletak di Ginza (ala-ala macam Bukit Bintang - KLCC kita). Senang jalan-jalan shopping bila ada masa lapang.

Berapa harga satu malam? RM2,000 semalam (screenshot harga di http://bit.ly/2qTdSRU). Dan perlu booking 6-bulan lebih awal kalau nak duduk ramai-ramai macam mereka ni. 6-bulan tau, bukan 6-hari. Punya lah hot hotel ni.

Masa ke Orlando USA untuk Global Conference tahun lepas, mereka bermalam di Gaylord Palm Resort. Resort ni punya lah best, siap ada water park & indoor jogging track. Siap ada buaya (alligator) lagi di taman mini mereka. Malaysia atau Singapura pun belum ada hotel sebegini. Sangat unik, kan?

Kalau setakat 5-star rangkaian antarabangsa macam Hilton, Pullman, Mariott & Conrad tu memang biasa sangat dah. Contohnya Hilton Park Lane di London, Pullman Montparnasse di Paris, Mariott Long Beach di California & Conrad Bophorus di Istanbul.

Tu baru hotel, kita tengok bab makanan pula.

Shaklee memang sediakan makanan sepanjang perjalanan. Siap diberikan snek lagi kalau perjalanan tu lama sangat. Contohnya semasa mereka ke Snow Wall di Tateyama tempoh hari. Sampai saja di bas, mereka diberikan snek sebelum sampai ke hotel untuk makan malam. Punya lah Shaklee taknak kita lapar.

Eh kejap. Memang tak sempat nak lapar pun!

Dan makanan yang mereka sediakan, bukan calang-calang. Bagi yang dah biasa travel, menu makanan mereka bukan juga asyik kebab, falafel atau shawarma saja tau. Semestinya bukan setakat €5 punya hidangan.

Macam trip Shaklee Jepun ni, mereka dihidangkan dengan Kaiseki Dinner atau fine-dining Japan. Bagi yang belum tahu, Kaiseki adalah hidangan paling top di restoren tradisional Jepun. Ianya sangat mahal, ¥15,000 hingga ¥40,000 satu kepala. Bersamaan RM575 hingga RM1,535 setiap orang.

Boleh bayang berblanja RM1,000 sekali makan?

Dan bukan sekali, tapi beberapa kali mereka dijamu menu Kaiseki ni. Sewaktu mereka di Tokyo pula, Shaklee belanja multi-course crab menu. Daripada ketam sushi, ketam rebus, ketam masak sampai lah ke ketam goreng. Fuh, punya lah banyak jenis masakan ketam orang Jepun ni. ¥7,000 hingga ¥10,000 seorang kalau lepas 4pm.

Oh ya, admin ada beritahu belum?

Salah satu desert yang mereka makan ada ditabur emas. Ya, emas tulen! Kita di sini sibuk guna emas sebagai pelaburan, mereka di sana setakat makan untuk desert saja. Adui. Nak tahu macam mana rupa desert yang ditabur emas? Klikhttp://bit.ly/2rRo8Ho

Terakhir, kalau Shaklee tak sempat nak belanja makan; contohnya waktu mereka shopping di Premium Outlet atau tengah enjoy dalam Disneyland, Shaklee bagi duit poket buat belanja makan. Nampak tak, betapa Shaklee jujur nak reward pengedar mereka?

Jangan tak tahu, duit makan yang Shaklee bagi biasanya banyak sangat sampai boleh buat shopping tau. Dah habis belanja pun ada yang bawa balik lebihan duit tu ke Malaysia. Tak pasal-pasal dapat free CASH. Oh My Shaklee...



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

#3 Penuh Itinerary Setiap Hari, Bukan Takat “Free & Easy”

Selalu kan kita tengok penggiat MLM lain ramai-ramai tayang paper bag Louis Vuitton lah, Gucci lah, etc kalau ikut trip. Lagi-lagi kalau mereka ke Eropah. Kadang tu, admin tengok, hari-hari sepanjang mereka berada di sana pun asyik tunjuk gambar shopping. Musykil betul. Jadi, admin korek lah daripada mereka.

“Apa yang korg buat kalau trip Syarikat?”

Hampir semua pun jawab “syarikat bagi tiket flight & hotel. Sampai sana suka hati nak buat apa”. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu shopping jadi pilihan utama. Kalau 3 hari mereka di sana, memang 3-hari tu lah keluar masuk outlet saja kerjanya.

Sebab tu ramai antara mereka yang jadi personal shopper semasa di sana. Cepat2 ambil gambar, cepat2 send ke Whatsapp & cepat2 ambil order. Zass, tu yang keluar dengan paper bag berkepuk-kepuk tu. Tapi tayang macam lah mereka yang punya. Oops

Tapi trip Shaklee memang Jam Packed.
Hari-Hari pun ada benda nak buat.

Contohnya masa ke Jepun Baru-baru ni. Hari pertama jejak kaki di tanah Matahari Terbit pagi-pagi tu terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Biasalah kita ni, shopping tu macam Spa & Massage. Sakit badan & Jetlag segala hilang bila tengah shopping. Lagi-lagi kalau shopping di luar negara kan? Kemudian, mereka bermalam di Gero; tempat Onsen paling best di Jepun.

Hari kedua, mereka dibawa ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu, mereka dibawa sejam perjalanan ke Shirakawa-Go; perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Hari ketiga, mereka ke satu-satunya Snow Wall di dunia; Tateyama Kurobe Alpine Route.

4-jam tau perjalanan dari hotel mereka di Gero.

Hari keempat, mereka dijemput makan Strawberry sepuas-puasnya di ladang berdekatan Yamanashi; Ishihara Nojo. Lepas makan tengah hari di restoren Ninja, mereka ke Pink Moss atau Fuji Motosu pula. Lepas check in di Imperial Hotel Tokyo, mereka ada special dinner bersama Dr Yasuhiko Kojima pula; Immunologist pertama yang discover tentang Interferon sebelum Saintis barat sambung kajiannya.

Hari kelima, mereka ke Tokyo Metropolitan Government Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo, sebelum dibawa melawat pejabat Shaklee Jepun kemudiannya. Lepas lunch, mereka ke Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

Hari keenam, ada Shaklee Walk atau jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo). Lepas tu mereka ke Disneyland seharian. Hari kelapan, check out hotel & pulang.

Fuh, habis juga tulis semua itinerary ni. Kita yang baca pun macam semput. Apetah lagi mereka yang join, sure enjoy!



Image may contain: 10 people, text

#4 Didik Kita Jadi Pengembara, Bukan Sekadar Pelancong Biasa

Bagi yang dah biasa travel, pasti dah pernah dengar kata-kata “be a traveller, not a tourist”. Inilah yang mentor kami tekankan di #iReachTravelselama ini. Mereka nak kami-kami ni cuba at least backpack sekali. Cuba rancang perjalanan & susun itinerary sendiri. Ia buat kita keluar comfort zone sehari-hari.

Sekali, Presiden Shaklee Malaysia; Helen Lam, pun cakap benda ni. Dalam opening speech dalam majlis makan malam pertama di Jepun.

Sebab tu, Shaklee sanggup berbelanja banyak untuk kaiseki dinner. Supaya setiap pengedarnya berpeluang rasai sendiri makanan tradisional orang tempatan. Macam kalau orang putih datang ke Malaysia, rugi kalau tak cuba nasi lemak kita.

Bezanya, kaiseki dinner ni sangat exclusive & mahal harganya.

Mereka juga diberi sepasang pakaian tradisional Jepun juga. Yukata namanya. Lengkap sepersalinan dengan terompah & bunga dibelakangnya. Semua ni kalau nak kira, ¥15,000 juga harganya.

Admin biasa tengok orang Malaysia yang pakai Yukata di sana hanya untuk sesi foto sendiri-sendiri atau se-family saja. Tapi mereka ni siap jalan-jalan di old town Takayama & ke Shirakawa-Go dengan Yukata ni juga! Travel agent pun cakap “ini pertama kali mereka bawa bas yang penuh dengan Yukata”. Tiada MLM lain yang buat agaknya.

Admin agak touching bila tengok Presiden Shaklee Jepun; Mr Shoji Doyama, dan Saintis Jepun; Dr Yasuhiko Kojima, pakai baju batik masa Family Dinner mereka. Bila kita hormat orang dengan berpakaian tradisi mereka, mereka juga akan balas hormat dengan pakaian tradisi kita.

What a feel…

Not to mention, mereka ni jadi artis sepanjang di Sannomachi & Shirakawa-Go. Manakan tidak, mereka satu-satunya group yang berpakaian Yukata. Banyak orang local senyum-senyum especially bila tengak 3 anak #iReachFoundersjalan-jalan dalam Yukata.

“Kawaiii” (comelnyaaa) antara sebutan mereka.

Yang pelancong asing pula, siap ada yang minta ambil gambar mereka bersama. Paling best, bila mereka (orang Malaysia yang muka langsung tak sama macam orang Jepun) berpakaian Yukata, ia jadi satu “conversation starter”.

“Where are you from?” antara soalan pemula yg diakhiri dengan gambar selfie bersama & bertukar contact kemudiannya.

Best kan trip Shaklee?



Image may contain: 5 people, people smiling, child and text

#5 Boleh Bawa Anak-Anak, Mak/Ayah & Mertua

Kalau bukan satu-satunya, Shaklee adalah MLM terawal yang membenarkan pengedar membawa ahli keluarga bersama. MLM lain, paling-paling pun cuma boleh bawa pasangan saja.

Tapi trip Shaklee, boleh bawa pasangan, anak-anak, mak/ayah & mertua. Travel dengan orang tersayang, itu paling utama kan?

Percuma pula tu! Adui…

Macam #iReachFouders ni, sepanjang 5-tahun bersama trip Shaklee, memang mereka bawa anak-anak, mak/ayah & mertua. Tiket yang mereka dapat tu banyak sangat (macam yang paling banyak je admin tengok), sampai terpaksa bawa anak-anak, mak/ayah atau mertua sebenarnya.

Kalau tak bawa, rugi.

Kalau kos Shaklee nak bawa seorang pengedar ke Incentive trip luar negara pun sekitar RM15,000-RM20,000, bayangkan mereka ni angkut sampai 5-6 orang setiap kali trip. Siap dah dapat bilik Suite & penerbangan kelas perniagaan lagi (tambah lagi RM10,000/org). Bestnya lah hai...

Kenapa Shaklee benarkan?

Sebab bisnes Shaklee bukan sekadar transaksi jual-beli, tapi tentang membina legasi. Legasi yang sangat family friendly.



Image may contain: text

#6 Hormat Keperluan Muslim

Banyak orang malaysia yang bawa Maggy atau makan makanan Arab setiap kali ke luar negara. Selain jimat, memang itu je lah pun yang boleh makan. Dengan trip Shaklee, tak perlu bawa Maggy pun boleh survive. InsyaAllah. Bukan takat survive, silap hari bulan makin bulat sebab terlebih makan lagi ada.

Ya, Shaklee sangat menjaga sensitiviti pengedar Muslim. Lagipun, 60% market di Malaysia adalah Melayu/Muslim.

Kita tak perlu fikir “mana nak cari makanan Halal”. Sebab Shaklee dah survey, check & tempah siap-siap makanan Halal. Tu yang mereka sampai naik bas ke hotel lain semata-mata nak dapatkan Sarapan Halal di Holiday Villa Hotel, London. Padahal, boleh je breakfast roti ke apa ke yang muslim boleh makan di Hotel Hilton Park Lane tu.

Begitu juga ruang solat.

Yang pernah travel mungkin dah biasa solat di parking lot, taman-taman, playground atau celah-celah museum. Ya lah, tempat minority muslim mana ada Masjid atau surau bersepah macam kita di Malaysia ni. Tapi dengan trip Shaklee, kita tak perlu runsing fikir cari ruang solat.

Pertama kali sampai di Toki Outlet di Jepun, mereka terus dibawa ke ruang solat khas di sana. Hanya dibuka untuk mereka hingga jam 12.30pm.

Semasa berada di Snow Wall pula, mereka dibawa terus ke ruang solat yang hotel di sana dah sediakan. Ala-ala bilik Onsen gitu. Padahal, mereka tidak menetap di sana. Cuma makan tengah hari saja.

Semasa makan tengah hari di Kanituraku Restoren, mereka dijamu di satu bilik khas. Dalam tu ada pentas kecil yang agak lapang. Sambil makan crab, mereka gunakan ruang pentas tu untuk gilir-gilir solat. Seronok kan?

Paling best, admin dengar, masa Global Conference Shaklee di Long Beach & Orlando 1-3 tahun lepas, Shaklee siap sewa bilik khas (perlukan duit ok nak sewa ni) semata-mata nak beri ruang kepada pengedar muslim menunaikan solat.

Memang touching betul.

Sebab tu, pengedar Shaklee begitu setia & sayangkan Shaklee.



Image may contain: 4 people, people smiling, sunglasses and text

#7 Semua Pengedar Memiliki Peluang Yg Sama

Ada MLM yang cuma reward bila dah sampai rank tertentu saja. Bila sekali dah capai, dia akan dapat join trip tu selama-lamanya. Walaupun business performance mereka untuk tahun itu, tidak sebagus atau sebaik pengedar yang lain. Pendek kata, tiket mereka “at at the expense” of good performance pengedar lain tapi belum capai rank yang sama seperti mereka.

Ada juga MLM yang ambil jalan pintas. Mungkin sebab mereka inginkan gambar peserta yang lebih ramai, mereka sanggup tawarkan join trip incentive mereka kepada pengedar yang tidak layak; dengan syarat mereka bayar beberapa ribu sebagai kos transport & penginapan.

Apa yang terjadi ialah, pengedar yang kaya-raya saja yang memenuhkan kerusi; walaupun sebenarnya mereka bukan business leader yang selayaknya. Dengar cerita, sampai ada yang sanggup buat personal loan semata-mata nak bayar kos transport & hotel ke company mereka.

Hmm, rasanya lagi elok kalau pergi sendiri.
Tiada lah terikat dengan itinerary company.

Tapi Shaklee ni ada lain sikit.

Pertama, hanya yang betul-betul layak saja yang boleh ikuti trip mereka. Yang sipi-sipi atau lagi sikit pun mentah-mentah saja Shaklee reject. Sebabnya, trip Shaklee ni 100% exclusive. Kalau dah ada si “non-performer” dalam tu, dah tak jadi exclusive lah kan?

Kedua, Shaklee tak reward berdasarkan seniority. Tapi, business performance semata-mata. “Hang dah rank tinggi2 atau dah lama join tapi tak deliver, SORRY”. “You belum rank tertinggi tapi Business Performance superb, COME”. Dengan kata mudah, sesiapa pun, “anda buat, anda dapat”. Dan tak semestinya upline boleh dapat lagi banyak tiket daripada downline. Kalau downline tu skor, memang dia lagi banyak dapat berbanding upline-nya sendiri. Adil kan?

Ketiga, tiada had berapa banyak point yang kita boleh skor. Tak macam MLM lain yang “paling-paling pun boleh dpt 2 tiket atau bawa pasangan saja”. Di Shaklee, lagi banyak skor, lagi banyak tiket boleh dapat. Tu yang #iReachFounders boleh dapat sampai 5-6 tiket. Ada juga pengedar lain yang skor sampai 3 tiket untuk trip Jepun baru-baru ni.

Apa pun, memang semua pengedar memiliki peluang yang sama. Yang tak sama, mungkin usaha masing-masing saja. Sebab itu satu-satunya yang membezakan antara pengedar Shaklee A dengan pengedar Shaklee B. Yang penting, adil & saksama...


******************************************************************************************************************************************************************************************

Memang best sangat baca kisah mereka yang dah merasa insentif percutian Shaklee nie. Saya sendiri pun teruja tau! Sangat sangat sangat teruja!!!

Memang terlalu berbaloi sangat kerja kuat dengan Shaklee. Company betul-betul reward kita! Sebab tu la ramai yang sayang dan setia dengan Shaklee!


Jom usaha sehabis baik untuk next trip Shaklee!



Image result for trip percutian shaklee

15 February 2014

Pengakuan Pengamal Supplement Shaklee Lebih 10 tahun!

16:48 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kalau ada yang kata supplement Shaklee tak selamat, dah tentu beliau juga dah lama tak selamat kan...hehee..
Kalau kata supplement Shaklee tak bagus, tak kan beliau boleh amalkan lebih dari 10 tahun? kan?kan?kan?

Lagi banyak cerita pasal ESP klik DI SINI.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

22 January 2014

MLM SHAKLEE TAK PATUH SYARIAH??

16:27 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Di harap entry kali nie dapat memberi pencerahan tentang MLM Shaklee. Terima kasih pada Cikgu Mat atas pencerahan beliau.

Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).

Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah. 

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.

Sijil Produk Halal dari Islamic Services of America
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.


Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita