Followers

Showing posts with label Meal Shake. Show all posts
Showing posts with label Meal Shake. Show all posts

01 June 2017

Pengalaman JELITA Tentang Set Ramadhan Shaklee

16:17 0 Comments

Antara dugaan berpuasa adalah cara kekal bertenaga sepanjang menahan lapar dan dahaga daripada waktu Subuh sehinggalah ke senja.


Apatah lagi, Ramadan 2017 jatuh pada Jun yang kebiasaannya ekstra panas dan lembap, membuatkan anda cepat rasa lesu terutama jika perlu melakukan rutin harian seperti biasa.


Oleh sebab mereka yang berpuasa hanya makan pada waktu berbuka dan sekali lagi sewaktu bersahur pada awal pagi dan mungkin menjamah ringan di antaranya, maka fokus utama pemakanan perlu tertumpu kepada pengambilan air dan makanan yang kaya dengan nutrien.


Menurut Datuk Dr Rajbans Singh, presiden Malaysian Wellness Society, mengekalkan bekalan air yang cukup dalam tubuh amat penting kerana penyahhidratan atau kekkurangan air biasa biasa berlaku di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia.


Datuk Dr Rajbans Singh


Tanda penyahhidratan sederhana:
Pening kepala
Keletihan
Sukar beri tumpuan


Manakala penyahhidratan yang serius akan buat anda rasa bingung dan kemungkinan boleh pengsan.


Ketahui cara kekalkan tenaga sepanjang siang pada Ramadan ini:
Minum air lapan gelas sehari dari waktu berbuka hingga bersahur. Pilihan ideal sudah tentu air tetapi sup, buahan dan sayuran yang kaya air seperti tomato, timun, salad, tembikai dan oren juga boleh diambil kira.

Elakkan meminum air soda dan jus buah kerana kandungan gulanya tinggi dan akan merangsang paras insluin anda terutamanya pada waktu Subuh. Ini akan menyebabkan hipoglisemia dan menambah rasa lapar.

Air teh dan kopi bertindak sebagai deuretik, penyebab kehilangan lebih banyak air dan meningkatkan penyahhidratan.

Elakkan makanan masin kerana ia menambah rasa haus anda.



MAKANAN WAKTU BERBUKA

“Semasa berbuka, pilih minuman, buah, sup dan bubur dan elak memakan makanan berlemak atau yang ada kandungan gula yang tinggi. Buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun adalah pilihan paling sesuai kerana ia mengandungi gula semula jadi untuk tenaga, air dan vitamin serta ada mineral terpilih,” kata Dr Singh.

Tambahnya lagi, sup tradisional berasaskan daging atau mengandungi kekacang seperti lentil dan kacang serta makanan berkanji seperti pasta atau bijirin turut membekalkan nutrien dan tenaga.

Selepas berbuka, pastikan makanan anda seimbang dan mengandungi karbohidrat kompleks, buah dan sayuran, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam serta telur.



MAKANAN WAKTU SAHUR

Elakkan makanan tinggi kandungan gula dan garam kerana gula mencanak insulin, membuatkan anda rasa lapar manakala garam buat anda terasa lebih haus.

Minum air yang banyak, pilih makanan dengan kandungan serat tinggi serta berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan buat anda berasa lebih lama kenyang.

Contoh; oat, rai dan milet dijadikan bubur dengan kekacang dan buah beri. Bijirin sarapan berserat tinggi diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh. Telur juga sumber baik tetapi elakkan mengambil dengan keju dan daging yang diproses kerana ia ada kandungan garam yang tinggi.



KEKAL AKTIF

“Saya turut mengesyorkan senaman atau aktiviti aktif seperti berjalan kaki pada Ramadan terutama selepas berbuka puasa. Contohnya, anda boleh berjalan kaki ke masjid kerana ia membantu penghadaman dan boleh menurunkan berat badan,” kata Dr Singh.

Jika ada undangan berbuka, anda perlu memilih dan elak makanan secara keterlaluan. Jika anda mengambil ubat untuk diabetes, berbincang dengan doktor cara menyesuaikan dos dan masa pengambilan ubat anda.



TIDUR KENA CUKUP

Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam ke tujuh jam tidur kerana kekurangan tidur akan menyebabkan tekanan dan meningkatkan kortisol yang boleh mencetus masalah kesihatan lain.

Sekiranya anda berasa tidak mendapat pemakanan dengan nutrien yang diperlukan seperti digariskan di atas, terutama dalam tempoh singkat ketika berbuka, anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan bagi melengkapkan nutrien anda.


JELITA TELAH CUBA…

Ini hanya sebagai saranan tetapi Jelita telah mencuba set Ramadan Shaklee yang terbukti mampu membantu anda kekal bertenaga dan berasa kenyang lebih lama pada masa sama, tidak cepat dahaga.

Pek Ramadan Shaklee



ESP Mix Soy Protein Isolate Powder: Kaya dengan kalsium dan protein malah protein soya dikatakan mampu mengurangkan kolesterol.

Padankan dengan Meal Shakes menjadikannya minuman yang lazat. Meal Shakes enak berkrim, kaya sumber kalsium, serat makanan dan protein. Hendak lebih lazat? Tambah sedikit Milo.

Untuk kurangkan rasa haus di siang hari di kala berpuasa, cuba Performance. Rasanya seperti glukos oren dan lebih sedap dibancuh dengan air sejuk.

Pada masa sama, ambil suplemen Lecithin kerana ia adalah pengemulsi semula jadi yang bertindak memecahkan lemak menjadi molekul kecil untuk penghadaman.


Sumber asal: Jelita

27 May 2017

Kisah Anak Autisme yang Semakin BIJAK

15:14 0 Comments


Kisah ini adalah perkongsian daripada Puan Rozalina Md Taib.

DI SEBALIK KISAH IBU DAN FIKRI

Kenapa saya buat shaklee??

Pertama sekali kerana anak saya, anak saya autisme, umur 5 tahun baru pandai cakap, fikri anak yang sulong dari 2 adik beradik.


Related image


Sebagai seorang ibu, lama saya menunggu fikri memanggil saya ibu, saya yakin ramai ibu-ibu yang mempunyai anak-anak autisme yang berkeinginan seperti saya.
tapi apa daya, kita terima akan kekurangan mereka.


Fikri tak boleh duduk diam, sentiasa berjalan, kalau duduk pun tak sampai 5 minit,pasti akan bangun dan berjalan ke mana saja tanpa arah tujuan.


eye contact fikri dengan saya sangat lemah, bila saya panggil langsung takde respon,pintu rumah tak boleh buka, kalau buka pasti fikri akan keluar dan berlari tanpa arah tujuan, dan pernah hampir-hampir di langgar oleh kereta.suka menjerit dan emosi yang sentiasa tidak stabil.


tahun 2011, kawan saya memperkenalkan shaklee pada saya, memang saya mencari suplemen untuk anak saya,kerana anak saya terlalu cerewet dalam bab makan, obses dengan makanan ringan,tak gemar makan nasi, sentiasa mahu makan fast food.
sebelum menggunakan shaklee, bermacam2 produk telah saya cuba beri fikri, tapi gagal, kerana dia tidak suka dengan rasa suplemen tersebut. Malah kira demam pun sangat sukar untuk beri dia ubat. Fikri mudah demam, mudah di jangkiti batuk dan selsema, bila dah di jangkiti pasti berbulan-bulan untuk baik.


kawan saya memperkenalkan mealshake, b complex dan vitalea for children.
fikri cuma boleh terima mealshake dan vitalea for children sahaja,kerana rasanya yang manis seperti aiskrim.


Saya ajar fikri lepas pampers semasa fikri umur 4 tahun, memang agak mencabar dari kanak-kanak biasa, tapi saya nekad. Alhamduliah, berjaya.waktu tu fikri belum pandai cakap pun.
Selalunya, bila fikri buang air besar atau kecil, dia akan duduk berjam-jam dalam bilik air sehingga ada sesiapa saja jumpa dia dalam bilik untuk cucikan dia.
bila di kenang balik, saya sedih dengan keadaan fikri.


Satu hari dibilik air, saya duduk didalam bilik bersama adik fikri sambil ber fesbuk, tiba-tiba, saya terdengar satu suara panggil IBU!!.tercengang, sape pulak yang panggil ibu?!, terdengar lagi ibu, ibu, ibu, panggilan itu datang dari bilik air didalam billik saya, saya mendapatkan suara itu, dan...


Dengan rasa tergamam, hati berkata, benarkah fikri yang memanggil aku ibu?.
lama saya berdiri tanpa berkata apa-apa, bila fikri melihat aku berdiam, sekali lagi fikri panggil aku ibu, YA ALLAH!!!, sebak!! terharu!!bersyukur yang tak terhingga, airmata dengan secara tiba-tiba berjurai-jurai membasahi pipi.


YA ALLAH!! syukur YA ALLAH, kerana KAU telah mendengar doa aku selama ini.
Sejak saya beri fikri mealshake, banyak perubahan yang berlaku pada fikri, terutama dari bab makan, kalau dulu, memang tak gemar nasi, tapi sejak bagi mealshake semua makanan fikri makan.


bila buka pintu rumah, fikri dah tak meluru keluar dan berlari, fikri hanya melihatnya saja.Eye contact semakin baik, bila saya panggi, fikri dah bagi respon. Fikri jarang demam, batuk dan selsema. Sekiranya batuk dan selsema hanya sekejap saja, tidak seperti dulu.


Alhamdulilah, segalanya dari izinNYA, saya tidak pernah mengatakan mealshake boleh merawat autisme, mealshake adalah suplemen yang bisa membantu kana-kanak autisme dari segi kesihatan


Apa yang berlaku pada kisah saya, ia adalah satu bonus. Pada mulanya saya beri fikri mealshake bukan kerana untuk fikri boleh bercakap, tetapi adalah untuk kesihatan dia.


Saya tidak pernah bimbang beri anak saya suplemen kerana saya yakin suplemen akan mambantu meningkatkan tahap kesihatan dia, dan saya bimbang mengikut saja kegemaran dia terhadap fast food kerana saya tahu ia akan hanya menghapuskan sistem imun dalam badan dia.


kenapa saya berkongsi di dalam fesbuk??, sekadar membantu ibu bapa di luar sana yang memerlukan suplemen untuk anak mereka.


Tidak peduli apa pun tanggapan orang, yang penting, apa yang saya lakukan, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.


Alhamdulilah, fikri sekarang semakin bijak, semakin banyak perkataan yang di sebut, dan terbaru fikri dah pandai bina ayat, tidakkah itu membahagiakan hati seorang ibu??.


kini saya rasa bahagia, kerana banyak perubahan yang berlaku pada fikri, semakin hari semakin meningkat.


Kedua ialah kerana kestabilan ekonomi saya yang semakin kukuh, ketig kerana saya bebas menjaga anak-anak saya tanpa terikat dengan masa dan melancong ke mana saja bersama anak-anak saya.


# Shaklee adalah medium, Allah yang mengizin segalanya#

Image may contain: 2 people, people sitting, selfie and closeup
Semoga Puan Rozita terus diberi kekuatan untuk menjaga anak syurga ini






04 July 2014

Set Berpuasa Terbaik dan Paling Larisss!!

23:11 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Salam 6 Ramadan! Memang betul la kan kata pepatah..tak kenal maka tak cinta. Sekali dah kenal memang bercinta!!hehehe..terus tak nak lepas dah..hihii

Biasa la kan...masa belum cuba memang rasa macam tak yakin je...bila dah cuba baru tau terbaik dan tak menyesal!

Apa kata customer yang baru cuba set Tripple Gem nie?


Memang terbaik lah! Tak menyesal! Sesuai untuk seisi keluarga.

Jom order sekarang!



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit. 


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

09 July 2013

Anak Semakin Cemerlang Akibat Kesan Pengambilan Meal Shakes

14:00 0 Comments
Saya pasti semua ibu bapa nak kan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kan? Sudah tentu ia juga menjadi kebanggaan buat ibu bapa. Selain menghantar anak-anak ke tuisyen, kita sebagai ibu bapa juga haruslah memenuhi keperluan tubuh dan minda mereka dengan memberikan makanan yang berkhasiat. Pemakanan amat memainkan peranan dalam memberikan nutrisi yang terbaik untuk tubuh dan juga tenaga.
Jadi hari nie saya nak kongsikan salah satu supplement yang dapat membantu anak-anak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh supaya mereka dapat menumpukan pembelajaran dan seterusnya lebih fokus dalam pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

Meal Shakes dapat membantu anak lebih fokus.
Kenapa dan bagaimana Meal Shakes membantu anak lebih fokus?
 
Meal Shakes mengandungi 12 vitamin penting di mana setiap satu hidangan menyediakan 25% Vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30% daripada thiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asid pantotenat.

Di samping itu, Meal Shakes juga mengandungi 11 mineral penting. Untuk setiap satu hidangan, ia menyediakan  20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%s daripada magnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35% manganese dan 35% molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.

Anak-anak yang sedang membesar dan juga remaja sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap supaya minda mereka dapat berkembang dengan baik.


Testimoni: Kesihatan anak bertambah baik, stamina & kecerdasan mental serta fizikal meningkat, cemerlang dalam pelajaran, tidak mengantuk & lebih fokus

Kredit: Surijunior

Anda juga boleh baca lebih lanjut tentang Meal Shakes dalam entry saya yang lepas.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris 

08 July 2013

Nutrien Penting Untuk Lahirkan Anak Pintar

15:24 0 Comments

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual kanak-kanak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah dikalangan kank-kanak yang sedang membesar.

Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Sumber: Shaklee Today


**********************************************************************************

Dalam Shaklee, kami mempunyai rangkain nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk menyokong tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

 Rangkain Nutrisi Terbaik Untuk Lahirkan Anak Pintar

Meal Shakes
Sumber protein yang hebat. Menyediakan 19 vitamin dan mineral perlu (nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat). 

Chewable Vita-C Plus 100mg
Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.

OmegaGuard
Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal.

Lecithin
Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

25 June 2013

Menu Sahur Istimewa Untuk Kita Semua

16:26 0 Comments
Diam tak diam hari nie dah pun 16 Syaaban kan? InsyaAllah, dalam masa kurang dari 2 minggu kita bakal menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga Allah panjangkan usia kita bertemu dengan bulan Ramadhan tak lama lagi.

Nak tak kalau saya kongsikan 1 menu istimewa untuk anda bersahur semasa berpuasa di bulan Ramadhan nanti?

Sebelum tu apa kata kita lihat dulu testimoni bagi mereka yang telah mencuba menu sahur istimewa nie.. :)



Testimoni: Berkat pengambilan Performance Drink (PD) terasa cergas & tak terasa sangat dahaga

Testimoni: Perfromace Drink & ESP - tak rasa letih & kurang dahaga
 

Testimoni: Hanya bersahur dengan ESP + Performance Drink - rasa segar & hasil pumping masih maintain

Testimoni: ESP + Performance + Meal Shakes - tak penat & tak lapar


Seronok kan baca pengalaman mereka? Bak kata orang belum cuba belum tau. Dah cuba baru tau!hehhe..

Apa sebenarnya menu istimewa nie?
 


Ya, Set Tripple Gem istimewa untuk kita semua sempena bulan puasa nie.

Sangat sesuai untuk:
1. mereka yang inginkan menu sahur yang simple
2. tiada selera untuk makan ketika waktu sahur
3. ibu hamil
4. ibu menyusu
5. memerlukan tenaga sepanjang hari
6. mereka yang ingin berdiet
7. kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa
8. mereka yang terlewat bangun nak masak sahur :) 


Kebaikan untuk setiap vitamin:

===================
Energizing Soy Protein
===================
• Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
• Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
• Membekalkan tenaga,
• Memberikan rasa kenyang
• Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
• Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
• Membantu banyakkan susu badan (milkbooster)
• Membantu mengekalkan kepejalan otot
• Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
• Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

==========
Mealshakes
==========
• Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
• Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
• Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
• Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
• Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
• Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
• Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

================
Performance Drink
================
• Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
• Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
• Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
• Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
• Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
• Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Kanak-kanak demam pun elok ambil nie. Biasanya kanak-kanak demam nie kan tak selera makan dan minum. Jadi ia dapat bantu cegah dehydration.

Kredit

* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

20 June 2013

Sarapan Berkhasiat untuk Otak Cerdas dan Ligat

16:22 0 Comments
Menurut Pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40% kanak-kanak perempuan dan 32% kanak-kanak lelaki tidak bersarapan secara teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibu bapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengah hari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Pencapaian Persekolahan

Kajian bagi kolerasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan kanak-kanak yang sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan.

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara menyeluruh?
  • memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
  • membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat
  • meningkatkan pencapaian berfikir
  • menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah
  • membantu mereka untuk tidak berkhayal semasa di dalam kelas
  • membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah

Pilihan Sarapan Pagi Berkhasiat
Makanan segera, tanpa was-was

Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak mempunyai waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan Shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain.

Meal Shakes menyediakan 24 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan-soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubalah rasai bancuhan shake Shaklee di pagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa ataupun susu rendah lemak berserta buah-buahan.

sumber: Shaklee Today

**********************************************************************************
 
Jadi sebagai ibu bapa, sekarang anda tentu sudah tahu bagaimana untuk melahirkan anak yang pandai dalam pelajaran bukan? 
Jadi, pilihlah sarapan berkhasiat daripada Shaklee, Meal Shakes!
Terbaik untuk anak anda, kepuasan untuk anda! 

Sekarang adalah waktu yang tepat untuk anda dapatkan Meal Shakes pada harga runtuh!!!
Beli 6 dan dapatkan 1 PERCUMA.
Tak nak beli banyak2 pun takpe, beli 1 anda masih berpeluang mendapatkan harga ISTIMEWA. Beli 2 saya bagi lagi harga istimewa. Hanya bulan Jun 2013 saja ya!


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

19 June 2013

Ekzema sejak lahir, kini berkurangan dengan Meal Shakes

17:47 0 Comments
Selamat petang buat semua pembaca blog saya.
Cuaca sekarang tengah jerebu kan? Saya harap semua dapat jaga kesihatan dengan lebih baik terutamanya dalam keadaan cuaca yang kurang baik macam sekarang.

Ok lah, hari nie saya nak share tentang Meal Shakes sempena promosi Meal Shakes yang masih lagi tengah hangat berlangsung sekarang nie. Sebelum nie kita selalu dengar Meal Shakes telah banyak membantu ibu-ibu dalam menyelesaikan masalah anak tiada selera makan, kerap demam dan selesema dan juga masalah sembelit. 

Hari nie plak saya nak share pengalaman customer kami yang anaknya menghidap ekzema sejak lahir. Beliau telah pergi macam2 klinik pakar untuk merawat penyakit anaknya, namun penyakitnya tidak menampakkan apa2 perubahan. Sekarang anaknya dah pun berusia 6 tahun. 

Namun, setelah 2 minggu beliau berikan anaknya Meal Shakes..alhamdulillah nampak ada perubahan yang positif.


Testimoni: Ekzema berkurangan setelah 2 minggu amalkan Meal Shakes

 

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang pada sesuatu masa. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi dengan sebaiknya. Ini boleh membuatkan kulit anak anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.



Bagaimana Meal Shakes membantu merawat ekzema?

Meal Shakes kaya dengan protein.
Protein merupakan makanan terpenting untuk badan. Kulit kita juga terdiri daripada protein. Sel dalam tubuh badan bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu badan yang lama atau rosak dengan tisu yang baru. Oleh itu, protein sangat penting dalam memastikan sel-sel kita dalam keadaan yang sihat. Selain itu, protein juga digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi pertahanan badan.

Selain protien, Meal Shakes juga mengandungi B-Complex, iron dan copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus meningkatkan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih bertenaga.

Meal Shakes turut mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat. 

Keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada Meal Shakes di mana terdapatnya vitamin A, C, E dan selenium. Badan amat memerlukan vitamin-vitamin ini untuk menentang radikel bebas.




* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

12 June 2013

Meal Shakes Memberi Kelegaan Kepada Ramai Ibu

17:42 0 Comments
Memang berselera dah Faris bila makan sekarang. Sangat berbeza dengan sebelum nie...makan sekadar 2 3 suap je. Alhamdulillah, Meal Shakes sangat membantu.

Bukan saya saja, malah ramai ibu-ibu yang telah mencuba bersetuju dengan saya. Meal Shakes bukan saja dapat membantu menambah selera makan anak-anak, malah ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun anak. Sangat bagus diamalkan jika anak-anak anda kerap demam dan selesema. Jika anak anda selalu sembelit atau kerap buang najis keras bantulah mereka dengan Meal Shakes. Meal Shakes sangat kaya dengan serat larut yang dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lanjar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral.

Sejak Faris berselera makan nie, barulah tau makanan kegemaran dia. Faris suka makan nasi dengan sayur kacang. Tak kisahlah kacang panjang ke, kacang bende ke, kacang buncis ke janji kacang. Campur dengan ayam atau ikan dia tak kisah. Asalkan ada sayur kegemaran dia, memang selera dia makan. Senang hati bila dia dah berselera nak makan.


6 Fakta Tentang Meal Shakes
  1. Nutrisi lengkap: Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  2. Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh: Kaya dengan protein (tidakmengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dll
  3. Membantu tumbesaran: Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  4. Anti-Oksida: Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  5. Mengembalikan seri wajah: mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, dan memberikan wajah atau kulit yang lebih cantik
  6. Detoksifikasi: Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisi buangan dari perut dan usus
  7. Rasanya yang lazat: Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Rasa yang seakan-akan ice-cream vanilla

Apa pula kata ibu-ibu yang lain?

Testimoni: Anak 5 tahun tiada lagi sembelit & selera makan membuak-buak


Testimoni: Anak bermasalah kerap buang air besar najis keras dapat diatasi


Testimoni: Anak 1 tahun 10 bulan sehari 3 kali makan & rajin minum susu


Testimoni: Masalah anak kerap demam dan selesema berjaya diatasi & mula makan banyak



Alhamdulillah, Meal Shakes membantu ramai ibu-ibu dalam mengatasi masalah kesihatan anak mereka. Memang tak syak lagi, bila anak sihat dan ceria, kegembiraan tentu terpancar di wajah si ibu.

Meal Shakes adalah antara supplement yang boleh diberikan kepada anak yang berumur setahun dan ke atas. Namun, ia bukanlah diberikan setiap hari.

Jom para ibu, kita grab Meal Shakes sempena promo Beli 6 PERCUMA 1 bulan nie. Anda juga boleh berkongsi bersama anak anda. Tak rugi!
Jika anda pertama kali ingin mencuba dan tak mahu beli banyak, beli 1 masih ada HARGA ISTIMEWA. Tapi kalau beli 2 LAGI ISTIMEWA!


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Ubat VS Supplement

12:30 0 Comments
Saya bukanlah doktor. Cuma berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidup saya.

Sebenarnya, sejak kecil lagi saya ada alahan yang sangat teruk. Selain ada alahan di kaki, saya juga ada resdung. Tak boleh kene habuk sikit confirm bersin memanjang tak henti-henti. Memandangkan alahan di kaki sangat teruk sampai bernanah-nanah jadi saya dari kecik memang kerap makan ubat. Sebulan sekali pasti ke klinik. Kesian taw saya masa tu, tak boleh nak makan sea food..huhuu.. Terliur je bila tengok. Tapi peliknya kalau pantang makan pun tetap akan jadi teruk juga. 

Tiap kali pergi klinik pasti saya akan diberi antibiotik. Tapi macam tak beri kesan, habis je antibiotik alahan saya akan jadi balik. Sampai satu tahap saya dah bosan nak makan ubat. Sebab kesannya tetap sama. Kerap juga dulu doktor bagi saya injection bila dah terlalu teruk. Bila ke klinik lain, doktor cakap injection tu bahaya. Boleh sebabkan kerosakan buah pinggang. Mujur ayah cuba bawa saya ke klinik lain. Nak pergi jumpa pakar masa tu kami bukanlah golongan keluarga berada. Jadi cuma mampu ke klinik biasa. Tu pun tiap-tiap bulan. 

Sebenarnya ubat nie ada pelbagai peringkat. Bila badan dah immune dengan ubat, doktor akan mula naikkan dos untuk kesan yang lebih cepat. Tanpa disedari, ia juga beri kesan jangka panjang seperti:
  1. kita akan mudah dapat sakit
  2. buah pinggang mudah rosak
  3. otak jadi lembab dan lambat terima arahan atau penerimaan maklumat nudah terjejas
Berdasarkan pengalaman saya, kesan 1 dan 3 memang saya alami. Alhamdulillah, saya cepat berhenti dari terus makan ubat-ubatan. Kalau tidak mungkin saya juga berisiko untuk dapat kesan no 2. 

Sekarang bila dah ada anak, anak saya pulak memang tak suka makan ubat. Dari kecik kalau bagi makan ubat confirm muntah balik. Kalau pergi klinik, macam membazir je beli ubat. Sebab memang tak makan. Cuma kadang kalau dia demam, terpaksa juga saya bawa pergi klinik nak tau suhu badan dia. Masa kecik pun dia selalu kene ruam. Puas dah sapu macam-macam tak berkurang pun. Bila dah batuk, lagi lah saya susah hati sebab dia memang tak boleh nak telan ubat.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Shaklee. Saya mula amalkan vitamin-vitamin Shaklee pertama kali masa lepas habis berpantang. Syukur pada Allah, kesihatan saya bertambah baik. Resdung saya pun dah berkurangan. Tak la asyik bersin tak henti-henti bila kene habuk. Ruam Faris pun hilang, kulit dia pun cantik. Sebab masa dia susu badan saya amik ESP. Bila Faris dah umur setahun, saya bagi dia Meal Shakes. Sampai sekarang dia takde dah ruam. Selera makan pun makin bertambah daripada sebelum tu taknak makan langsung. Masa Faris batuk berkahak sampai muntah-muntah saya bagi Omega.  Sampai sekarang pun saya masih bagi Omega. Bukan je bagus untuk perkembangan otak, malah ia juga bagus untuk tingkatkan imunisasi anak saya.

Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Malah kesihatan adalah lambang kekayaan kita. Jadi, hargailah kesihatan anda.




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita