Tuesday, 26 February 2013

Kulitku Lembut TANPA Lotion



Alhamdulillah, inilah hasilnya bila saya konsisten amalkan ESP dalam diet harian saya.

Sebenarnya saya ada jugak buat eksperimen dekat diri sendiri tentang ESP nie. Seingat saya, 2-3 bulan memang saya amalkan ESP je sebab nak tengok kebaikan ESP tu sendiri. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan hasilnya! :)

Saya kongsi minum dengan ibu saya waktu tu. Selepas sebulan konsisten minum ESP, kami mula perasan sesama sendiri, kulit kami jadi makin lembut! Nak lagi confirm kan kesahihan tu, saya mula tanya dekat husband saya. Dia juga akui kulit saya makin lembut, dan makin buat dia tak tahan...oopsssssssssss! Hanya untuk yang sudah berkahwain saja ya..hehe..

Dulu memang saya selalu bergantung dengan lotion. Kononnya nak kulit lembut la kan..sebab saya nie memang ada masalah kulit kering. Bila kulit kering nie rasa pun kasar kan? Bertahun-tahun juga amalkan lotion, kulit macam tue juga. Tetap kering. Kulit pulak makin nampak berkilat mungkin sebab kesan lotion tue kan..

Pernah juga saya amalkan lotion J******'s B**y Milk Lotion & Milk Bath..hurmm sama juga. Hasil yang diharap-harap kan tak juga jadi kenyataan. Last saya beli lotion V******e. Kawan saya kata lotion tue bagus. Saya pun mula la beli macam-macam jenis. Seingat saya ada 4 jenis dan mula test. Tapi sama juga. Kejap je rasa lembut. Bila tangan kena air, sibuk dah cari lotion  lagi!huhu...

Alhamdulillah sekarang nie, saya dah tak perlukan lagi  lotion. Tak payah dah susah hati bila time pergi kenduri kahwin. Yela, biasa kalau kita pergi kenduri kahwin tentu makan pakai tangan kan, bila dah basuh tangan lotion pun hilang bersama-sama kelembutan yang palsu!huhu... Nak salam pun jadi segan..

Bila dah berkahwin nie tentulah nak bagi yang terbaik buat suami kan? Rasa bersyukur sangat sebab Allah temukan saya dengan ESP Shaklee dan berikan saya kulit yang di idam-idamkan selama nie. Bila suami kita pegang kita seronok, kita pun akan rasa seronok juga kan?

Dalam pada masa yang sama, saya juga rasa lebih bertenaga, susu saya jadi lebih pekat dan lebih berkrim serta dapat kawal nafsu makan. Bila dapat kawal nafsu makan, badan pun jadi slim balik..hehe..


Nak tau bagaimana ESP membantu kulit saya jadi lembut?

ESP adalah makanan tambahan berasaskan protein.
Protein merupakan makanan terpenting untuk badan kita. Ini kerana tubuh badan kita terdiri adalah daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ dan plasma. Sel dalam tubuh badan kita juga bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu badan yang lama atau tua atau rosak dengan tisu yang baru.

Secara ringkasnya, protein adalah binaan asas sel dan tisu.


Protein -> Gabungan Sel -> Membentuk Tisu -> Organ -> Sistem


Nak tau lebih lagi Keunikan ESP Shaklee, klik DI SINI.


Pada saya, pelaburan memiliki ESP adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi. Manakan tidak, bukan kulit tangan je yang lembut, malah satu badan. Badan pun cergas, susu banyak dan pekat dan dapat slimkan balik badan saya.


Nak kurus, gebu, anjal, kulit cun muda remaja, sihat, rasa kenyang yang lebih lama, bertenaga carilah ESP SHAKLEE! Anda pasti puas hati. :)


  
* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
 email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum & selamat pagi!

Alhamdulillah, kita masih bernyawa hari nie. Selagi masih bernyawa, selagi itulah kita masih diberi peluang oleh Allah untuk beribadah kepadaNYA  sebagai bekalan di akhirat kelak.

Hari nie saya nak kongsikan kelebihan Solat Sunat Rawatib dan cara mengerjakannya.
Semoga kita sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.
Semoga bermanfaat.  



Kredit: shafiqolbu.wordpress.com


Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.
Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas
.
.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.



 


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Monday, 25 February 2013

Kebaikan ESP untuk Ibu Hamil

Seperti yang kita tahu ESP adalah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Ujian klinikal juga telah mendapati protein soya merupakan sumber protein yang unggul.

Selain sebagai sumber protein yang utama, ESP juga mengandungi 5 vitamin B, kalsium dan isoflavon di mana semua sumber ini sangat di perlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan dapat membantu mengekalkan kesihatan si ibu.


Pengambilan protein yang mencukupi dan seimbang sangat penting untuk membantu membentuk pelbagai sel baru. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil tidak boleh mengabaikan pengambilan protein yang secukupnya kerana protein penting kepada pembetukan sel baru pada janin di mana ia merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya.

Tumbesaran janin juga memerlukan sumber vitamin B, terutamanya vitamin B6 untuk membentuk saluran penghantar isyarat atau pesanan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi si ibu pula, vitamin B ini dapat membantu mengurangkan dan mencegah mual dan muntah semasa di awal kehamilan.

Selain itu, kumpulan vitamin B yang lain seperti B1, B2 dan B3 dapat membantu proses pembetukan tenaga untuk janin dan juga si ibu. Sementara asid folik pula dapat mencegah berlaku kecacatan dalam kandungan.

Sumber zat gizi yang terdapat dalam ESP juga dapat memberi kesihatan tubuh si ibu sepanjang proses kehamilan.

ESP tidak mengandungi laktosa. Ia juga tidak mengandungi hormon seperti yang terdapat di dalam susu lembu jadi ia tidak berisiko mengganggu kerja sistem hormon si ibu atau janin.

Istimewanya ESP, pemprosesan protein soya di cuci dengan air bagi mengekalkan isoflavon demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya. Isoflavon merupakan fitoestrogen yang membantu menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Isoflavon juga bertindak sebagai antioksidan dan juga menguatkan sistem imun tubuh.

Ada yang mendakwa minum susu soya penyebab kanser otak. Pada pembacaan saya, ia memang tak mustahil jika pemprosesan protein soya menggunakan alkohol atau soya di masak pada suhu yang tinggi. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat malah ia mengubah kandungan genetik dan boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan di sebabkan rantaian asalnya sudah berubah.

ESP diperkaya dengan kalsium dan menjadi sumber keperluan kalsium semasa hamil. Kalsium amat diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembetukan otot, jantung, sistem saraf, pembetukan darah dan pelbagai aktiviti enzim.


ESP turut menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia juga sesuai untuk semua golongan memandangkan ia mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

ESP juga dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Ibu hamil pasti cepat letih kan? Jadi pengambilan ESP dapat membantu membekalkan tenaga dengan segara.

Tempoh tindak balas pembebasan glukosa ke dalam tubuh (G.I) bagi ESP adalah perlahan berbanding makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi. Kadar pembebasan yang perlahan ini akan diserap oleh tubuh lebih lambat dan membuat kita rasa kenyang lebih lama. Oleh itu, ia juga dapat membantu ibu hamil untuk mengawal berat badan mereka.



Klik DI SINI untuk ketahui lebih lagi tentang Keunikan dan Kelebihan ESP untuk anda.


Jom ikuti pengalaman ibu-ibu bersama ESP:

 

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan konsultasi dengan pengedar anda untuk maklumat lebih lanjut. 
 
* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 
 
 
Ingin mencuba produk Shaklee? 
 
Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Saturday, 23 February 2013

SHAKLEE: PENEMU MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA

Dipetik daripada majalan iSihat Feb 2013

Untuk pengetahuan anda, perkataan "vitamin" itu sendiri asalnya daripada "Vitalize-Mineral" (yang sekarang dikenali sebagai Vitalea Shaklee) yang disingkatkan menjadi "Vita-min".

Perkataan "vitamin" yang selalu disebut-sebut kini adalah berasal daripada Shaklee.
Haaa...sekarang dalam hati anda mesti sedang berkata-kata, "Oh, baru saya tahu!"
Kan?kan?hehehe...

Sebab itulah saya sangat yakin dengan produk-produk Shaklee. Bukan sahaja kerana setiap penghasilan produknya mementingkan keaslian dan ketulenan, malah ia juga produk yang berasaskan 100% semulajadi kerana bagi Dr. Shaklee " Follow the law of the nature and you'll never go wrong "



Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Tak Perlu Lagi Make-Up Tebal-tebal Sebab Nak Tutup Cela




Wah, best kan?
Dah tak perlu lagi dah sibuk nak ber make-up tebal-tebal sampai 3 inci sebab semata-mata nak tutup jerawat, jeragat, parut dan lain-lain lagi. Nak keluar pun cuma sapu compact powder dan celak. Simple kan? Tue pun dah nampak cantik berseri-seri bak bidadari..hehe..

Rahsianya beliau amalkan ESP, Set D ( Vitamin B,C & E) dan juga GLA.

Peranan setiap vitamin:

ESP
Merupakan sumber protein terbaik yang pernah dihasilkan. Protein merupakan makanan terpenting untuk badan. Tubuh badan terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ dan plasma. Sel dalam tubuh bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi seperti membina sel-sel baru dan sihat serta menggantikan sel tisu yang lama atau mati ataupun rosak dengan sel tisu yang baru.
Perasan tak kalau kita ada parut jerawat atau jeragat susah sangat nak hilang?
Sebabnya badan kekurangan protein untuk membentuk sel-sel yang baru dan menyingkirkan sel yang mati. Ini kerana protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel yang sihat.
Sel yang sihat juga amat penting kerana sel yang sihat yang mampu untuk menyerap semua nutrien dan zat vitamin dengan baik dan optimum.


Set D (Vitamin B, C dan E)

Vitamin B
Sesuai dengan namanya B for Beauty.
Dapat mengatasi kulit kering, mengawal jerawat, menaikkan seri muka (muka ala-ala glowing gitu..hehe), membantu menukar makanan kepada tenaga dan membantu mengawal tekanan.

Vitamin C
Meningkatkan pembetukan kolagen, menghalang kedutan, mencerahkan kulit, mencegah pigmen terbentuk dan melambatkan penuaan. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun badan.

Vitamin E
Sangat terkenal sebagai vitamin anti penuaan, mencerahkan kulit dan membantu menghilangkan parut. Juga bagus untuk jantung. Vitamin E juga terkenal sebagai "Vitamin Cinta".


GLA
Sumber terbaik Omega 6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E. Dapat membantu memperbaiki masalah kulit kering dan bintik penuaan. Ia juga dapat membantu memperbaiki simptom PMS.


Jika anda juga mengimpikan wajah cantik berseri seperti beliau, anda boleh mengamalkan Set D kerana ia nya WAJIB ada untuk kecantikan daripada dalam. Tambahan bersama ESP dapat membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik dan pada tahap yang optimum.



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan konsultasi dengan pengedar anda untuk maklumat lebih lanjut. 

* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

BERHENTI BERFIKIRAN NEGATIF!

KESAN KETARA AKIBAT BERFIKIRAN NEGATIF

Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak yang rugi!

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapapun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Maka kepada sesiapa yang selalu berfikiran negatif, Let’s be POSITIVE NOWADAYS & ALWAYS!!





Kredit: Datuk Dr. Maznah Hamid & Dr. Tengku Asmadi


Semoga kita sama-sama dapat ubah diri kita untuk sentiasa positif!
Selamat berhujung minggu semua :)


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Friday, 22 February 2013

Menyentuh hati!

Assalamualaikum & Salam Pagi Jumaat semua. 
Alhamdulillah ALLAH masih izinkan kita bernafas di bumiNYA. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan penghulu segala hari dengan memperbanyakkan selawat, membaca surah al-Kahfi dan beristighfar.

Pagi nie saya jumpa satu puisi yang buat saya sangat tersentuh bila membacanya. Macam dah nak nangis pun ada..huhu..
Jom saya kongsikan satu puisi yang bakal menyentuh hati dengan anda. :)



Anakku.....
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA IBU AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...

Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut ibu...
Engkau ikut kemanapun ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan mengurai air mata...

Anakku....

Bila ibu harus memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahirkanmu
MAKA IBU MEMILIH MELAHIRKANMU...

Karena menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan...

Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....,Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah boleh ibu ceritakan kepada siapa pun...

Dan ketika engkau hadir,tangismu memecah dunia...,saat itulah...saat paling membahagiakan...
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah....

Mendengar Ayahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Ayahmu membacakan Doa...
Mendengar Ayahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku.....

Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA IBU MEMILIH MENYUSUIMU...

Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan titisan dan tegukan tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

Anakku....

Bila ibu boleh memilih duduk berehat di waktu terluang...atau duduk dilantai menemanimu bermain puzzle
MAKA IBU MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU...

Tetapi Anakku....

Hidup memang pilihan...jika dengan pilihan ibu,engkau merasa sepi dan merana......
MAKA MAAFKANLAH NAK...
maafkan ibu...maafkan ibu...Percayalah nak...,ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...Agar tidak ada satu kepingan bagian puzzle kehidupan kita yang hilang.

Percayalah Nak.....
Sepi dan derita mu adalah sebagian duka ibu...
Percayalah Nak.....
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu....


Memang besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu kan? Apetah lagi jika kita juga seorang ibu, kita juga sama-sama pernah merasai kesakitan semasa melahirkan anak kita. Begitu juga dengan ibu kita. Maka hargailah mereka, sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.



Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Thursday, 21 February 2013

Supplement Shaklee Tiada Silika Gel

Tiada silika gel dalam supplement Shaklee.

Inilah salah satu keunikan supplement Shaklee berbanding jenama lain yang berada di pasaran. Rata-rata supplement yang berada di pasaran kebanyakannya mengandungi silika gel. Kita sedia maklum bahawa jika terdapat kehadiran silika gel, ia menandakan bahawa supplement tersebut tergolong dalam golongan vitamin sintetik dan tidak asli.

Kenapa supplement Shaklee tiada silika gel?
Ini membuktikan bahawa supplement Shaklee merupakan supplement yang asli, tulen dan 100% semulajadi, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan bukan vitamin sintetik.


Macam mana rupa silika gel?

Inilah antara bentuk atau rupa silika gel yang biasa kita nampak dalam kotak kasut baru, beg tangan baru dan dalam botol vitamin sintetik.

Gambar dari google

Gambar dari google



Kenapa vitamin sintetik perlukan silika gel?

Kerana apabila vitamin-vitamin sintetik ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain. Sebagai bukti, cuba anda letakkan sebiji vitamin yang anda beli di farmasi yang mengandungi silika gel dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja. Biarkan selama beberapa hari. Kemudian anda boleh perhatikan perubahan kepada kedua2 vitamin tersebut. Sudah tentu vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal kerana vitamin Shaklee adalah 100% asli.


Silica gel is a granular, vitreous, highly porous form of silica made synthetically from sodium silicate. Despite its name, silica gel is a solid. It is a naturally occurring mineral that is purified and processed into either granular or beaded form. As a desiccant, it has an average pore size of 24 angstroms and has a strong affinity for water molecules.Silica gel is most commonly encountered in everyday life as beads packed in a vapor-permeable plastic. In this form, it is used as a desiccant to control local humidity in order to avoid spoilage or degradation of some goods. Because of poisonous dopants and their very high absorption of moisture, silica gel packets usually bear warnings for the user not to eat the contents. If consumed, the pure silica gel is unlikely to cause acute or chronic illness. Food-grade desiccant should not include any poisons which would cause long-term harm to humans if consumed in the quantities normally included with the items of food.


Namun, saya agak sedikit terkejut bila ada customer yang bertanyakan kenapa dalam vitamin Chewable Vita-C 100mg Shaklee mempunyai silika gel?

Kredit: www.genkimomma.net

Kredit: www.genkimomma.net

Memandangkan anak saya belum capai umur lagi nak makan vitamin C ini, jadi saya tidak pernah tau yang dalam botol vitamin C untuk kanak-kanak nie ada silika gel.

Saya terus bertanya pada Kak N sebagai pengamal vitamin Shaklee yang sudah mengamalkan supplement Shaklee selama berbelas tahun dan juga Pakar Pemakanan Shaklee. Kak N jawab;

" Vitamin anak-anak dikuatiri mereka buka botol dengan tangan basah...nanti rosak semua vitamin. So dia letak water absorber. "
Nie pula saya amik dari blog genkimomma.net yang turut adukan soalan yang sama pada Kak N:


Uniknya silika gel yang terdapat dalam botol supplement Shaklee, ia diletakkan dalam bekas keras bujur yang kecil berbanding silika gel yang biasa kita temui manik-manik kecil di dalam packing beg kecil. Oleh itu, kebarangkalian kanak-kanak akan menyentuh terus dengan silika gel adalah sangat-sangat tipis. 

Jadi anda tak perlu risau lagi ya jika terjumpa silika gel ini di dalam supplement anak-anak anda.
 

Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua


Zaman sekarang nie banyak kita dengar golongan muda meninggal dunia akibat serangan sakit jantung bukan? Ternyata sekarang penyakit jantung bukan lagi penyakit yang selalu kita kaitkan dengan orang tua atau mereka yang sudah berumur. Golongan muda juga terdedah kepada serangan penyakit ini. Malah atlet yang dianggap individu yang mengamalkan gaya hidup sihat juga mungkin mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).


DEFINISI
Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adalah memudaratkan dan boleh meragut nyawa mangsa.

Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda.


PUNCA

Gambar daripada google

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalka darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.

Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.

Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.

Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.


Faktor Risiko Sakit Jantung 
  1. Faktor Genetik: Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa yang menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan yang sama pada masa akan datang.
  2. Merokok
  3. Penghidap diabetes
  4. Mereka yang mempunyai kolestrol tinggi
  5. Penghidap penyakit darah tinggi
  6. Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung
  7. Emosi: tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung
Oleh itu, apa yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ini ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan. 
Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol. 

Sumber: Harian Metro &  http://www.sakitjantung.org



Sempena promosi Omega Guard pada bulan ini, anda boleh dapatkan Omega Guard sebagai salah satu alternatif dalam menjaga kesihatan jantung anda. 

Kajian telah membuktikan bahawa kandungan EPA dan DHA yang terkandung dalam Omega Guard mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental. Ia juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol, mengawal masalah obesiti dan dapat membantu mengurangkan sakit jantung. 

Anda juga boleh dapatkan gabungan ESP atau Protein Shaklee bersama Omega Guard. ESP dapat membekalkan protein perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia nya sangat penting untuk menghasilkan sel-sel yang sihat dan juga membantu merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Gabungan kedua-duanya sangat membantu dalam penjagaan jantung.

Promosi Omega Guard akan berakhir beberapa hari lagi. Jadi jangan ketinggalan untuk merebut peluang keemasan ini. Setahun hanya sekali tau!
 

* Ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada pengedar anda. 

* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Tuesday, 19 February 2013

Keunikan & Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada makanan. Akan tetapi, Omega 3 yang berasaskan tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah daripada haiwan seperti ikan.


Keunikan Omega Guard Shaklee:
  1. Minyak ikan TERBAIK di dunia 
  2. Diekstrak daripada ikan laut air sejuk ( sardin, mackerel, herring, anchovies ) di perairan Jepun.
  3. Bukan dari hati minyak ikan.
  4. 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  5. Minyak ikan PALING TULEN di dunia. Mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  6. 1 sajian membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.
  7. Berbeza dengan jenama Omega 3 yang lain, Shaklee menggunakan keadah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk mengestrak minyak ikan.
  8. Dihasilkan melaui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen & paling semulajadi sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB ( polychlorinated biphenyl - bahan kimia industri yang sangat toksik ).

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat 
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok 
  5. Mengekalkan tekanan normal darah 
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
  7. Mengurangkan sakit kepala 
  8. Merendahkan kolestrol 
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 
  11. Mengawal masalah obesiti 
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan  otak janin 
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 
  16. Membantu menyihatkan paru-paru 
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll 
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik  
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 
  24. Mencegah penyakit gout
 
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
  1. Mencegah insomnia 
  2. Mengurangkan tekanan emosi 
  3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
  4. Membantu memperbaiki masalah autism 
  5. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
  6. Mengurangkan masalah schizophrenia 
  7. Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
 
Siapa Perlukan Omega 3 ?
  1. Warga Emas 
  2. Pesakit Jantung 
  3. Wanita 
  4. Wanita yang telah melahirkan anak 
  5. Pesakit darah tinggi 
  6. Orang yang selalu lupa 
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 
  8. Pelajar 
  9. Ibu menyusu 
  10. Ibu Hamil 
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang optimum



Promosi Omega Guard hanya tinggal 9 HARI SAHAJA lagi!
Jom dapatkan Omega Guard hari ini.
Jangan lepaskan peluang hebat ini kerana dengan setiap pembelian 6 botol Omega Guard anda layak menerima:
  • PERCUMA 1 botol yang bernilai RM136 
  • KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM75
  • penjimatan sehingga RM363 
  • BONUS tunai pada bulan Mac'13 nanti

* Anda akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi