Popular Posts

Thursday, 31 January 2013

Tiada Lagi Masalah Kulit

Alhamdulillah, gembira rasa bila dapat feedback yang positif daripada pengamal-pengamal vitamin Shaklee. Alhamdulillah, mereka juga mendapat manfaat daripada kebaikan produk Shaklee tu sendiri. 

Seperti yang kita tahu, produk Shaklee dah berada di pasaran lebih 50 tahun. Satu jangka masa yang panjang kan? Pada saya, inilah sebab utama saya sangat yakin dengan produk Shaklee. Bagi pengamal vitamin Shaklee mesti setuju dengan pendapat saya.

Lumrah bagi kita kaum wanita sentiasa nak tampil cantik bergaya kan? Namun, kita sebagai pengguna dan pembeli haruslah berhati-hati dalam memilih produk agar keselamatan dan kesihatan kita terjamin.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk kecantikan, boleh lah mencuba Set D atau Set Skin Care Shaklee nie. Ramai yang dah mencuba dan mengalami kesan yang positif. Jika ada mengalami masalah jerawat, jeragat atau kulit tak sekata, cubalah Set D kami. Mana tahu masalah anda juga dapat di atasi seperti sahabat kita nie.




Apa kebaikan setiap vitamin dalam set nie?

Vitamin B
  • dapat membantu mengatasi kulit kering, mengawal jerawat, menaikkan seri muka (muka pun ala-ala glowing gitu)
Vitamin C
  • dapat membantu meningkatkan pembentukan kolagen, menghalang kedutan, mencerahkan kulit & mencegah pigmen terbentuk
Vitamin E
  • amat terkenal sebagai anti penuaan, mencerahkan kulit dan membantu menghilangkan parut

Bagi anda yang mengalami masalah jerawat yang teruk, boleh tambah alfalfa dalam set anda untuk proses detoks.


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

DARI MANA ANAK KECIL BELAJAR MERAMPAS DAN MEMUKUL?


Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.


Kredit : Prof. Dr. Rozieta Shaary & https://www.facebook.com/farahalias



Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Thursday, 24 January 2013

Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

 Kredit: https://www.facebook.com/PosterMuslim


Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari nie. 
Kawan2 semua dah berselawat ke atas Nabi hari nie? Bagi yang belum, jom kita berselawat dulu.

Imam al-Nasa'i merekodkan riwayat daripada 'Umair al-Ansari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa daripada umatku yang berselawat ke atasku dengan hati yang tulus ikhlas, maka Allah akan menurunkan 10 rahmat kepadanya, ditinggikan 10 darjat, dituliskan 10 pahala untuknya dan dihapuskan 10 dosa"



Sebenarnya hubungan kita sebagai umat Baginda amat rapat sekali. Kawan2 perasan tak dalam solat pun kita masih dituntut untuk berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda. Sedangkan kita tahu solat merupakan ibadah yang begitu tinggi kedudukannya di sisi ALLAH SWT. Seolah-olah ALLAH nak kita perkukuhkan ingatan, hubungan dan ikatan hati kita kepada Baginda. Tiap-tiap hari kita solat 5 waktu kan? Bermakna tiap2 hari dalam solat kita, kita membina hubungan, ingatan dan ikatan hati kepada Baginda sehinggalah hari kita mencari dan bertemu dengan Baginda di padang Mahsyar nanti.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)


Mulai hari nie, marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, kita amat memerlukan syafaat daripada Baginda.

Semoga bermanfaat untuk semua.


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Wednesday, 23 January 2013

Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

Masa tengah menge'check' facebook tadi, terjumpa satu perkongsian cara-cara menggalakkan anak-anak bercakap oleh rakan dalam facebook saya. 

Faris pun dah dekat setahun setengah tapi masih belum pandai bercakap. Cuma tau cakap mamma, amma je..huhu.. Boleh la lepas nie gunakan kaedah nie untuk menggalakkan dia bercakap.

So, kalau anda pun masih ada anak kecil yang belum pandai bercakap..boleh la aplikasi kan kaedah nie pada anak-anak anda. :)


Cara-cara menggalakkan anak-anak bercakap


• Bercakap dan banyakkan masa berkomunikasi dengan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.

• Anak anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.

• Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.

• Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi’.

• Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

• Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

• Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.

• Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.

• Jangan paksa anak bercakap.




Selamat mencuba.


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Tuesday, 22 January 2013

ESP membantu saya kekal langsing dan kulit jadi semakin lembut!

Masa lepas bersalin dulu memang risau sangat badan naik dan jadi gemuk. Sebab kawan sendiri lepas bersalin dan menyusukan anak dia badan macam di pam-pam sedangkan masa sekolah menengah dulu alahai kurusnya. Kalau ditiup angin pun mungkin boleh melayang-layang..hehe. Masa dalam pantang selera makan saya memang kuat. Lagi-lagi menyusukan Faris, memang asyik lapar je lah. Masa tu nak kawal makan pun tak boleh sebab memang kerap lapar. Jadi waktu tu redha je lah..huhu

Habis cuti berpantang, mula naik kerja susu mula merundum. Mungkin sebab penat, stress masa bekerja kan. Emosi ibu memang mempengaruhi production susu. So masa tu searching2 lah produk yang boleh banyakkan susu. Lepas tu jumpalah satu blog nie cerita pasal produk Shaklee. Dari situ lah saya kenal produk-produk Shaklee termasuk lah ESP!

Bila dah consume ESP memang terus jatuh hati. Badan pun tak cepat letih macam sebelum ambil ESP. Susu pekat, Faris minum pun cepat kenyang. Puas hati bila tengok Faris kekenyangan susu ibu. Ruam Faris pun makin hilang. Sebelum tu memang susah hati sangat tengok Faris..bila berpeluh je mula lah naik ruam kat leher. Puas dah letak macam-macam, tapi tak hilang jugak. Tapi alhamdulillah lepas amalkan ESP, ruam Faris pun makin hilang.

Selera makan pun dapat di kawal. Tak la asyik nak mengunyah je. ESP dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sebab tu dapat kawal nafsu makan. Lagi pun ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik yang rendah nie penting sebab ia dapat membantu mengekalkan paras gula yang stabil dalam darah, mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya, membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, dan dapat kawal selera makan dengan lebih mudah.

Secara jujurnya, saya memang tak pernah skip makan. Pagi, tengah hari, malam pun saya makan. Semua wajib bagi saya. Waktu makan malam memang terlebih wajib sebab masa tu lah waktu makan bersama suami. Kadang-kadang suami pulak tu yang masak, lagi lah selera makan besar..hehee..

Alhamdulillah, sebelum kenal ESP pun berat badan saya masih dalam kategori berat badan yang ideal. Cuma kalau lebih lagi 2 3 kilo memang out lah!hehehe..
Alhamdulillah, sejak amalkan ESP memang berat makin turun. Masa masih bekerja dulu, ada yang dok puji-puji saya makin kurus. Dalam hati berbunga-bunga riang!
Dan untuk pengetahuan anda, protein adalah umpama kilang untuk proses lemak-lemak dalam badan. Sebab tu ESP dapat membantu menurunkan berat badan. 

Bonusnya setelah berbulan amalkan ESP, suami kata kulit saya makin lembut. Aduhaiii, sape lah yang tak suka di puji suamikan. Sejak dari hari tu dah memang tak pandang dah losyen-losyen..hehe..
Lepas nie siapa nak kulit lembut bak sutera boleh la amalkan ESP. Sebab protein memang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel-sel baru dan gantikan tisu badan yang lama atau tua atau rosak dengan tisu yang baru.

Jom tengok apa kata pengguna lain tentang ESP.


Testimoni 1:

Testimoni 2:


Testimoni 3:


Apa pula kata anda?

Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Alahai anakku..Faris Azham!

Faris bersama penyapunya     

Nie lah aktiviti Faris di pagi hari bersama nenek. Menyapu halaman rumah!huhuhu..
Tapi waktu snap pic nie Faris menyapu sendiri sambil diperhatikan mama. Dah beberapa hari hujan pagi sampai ke petang, semalam petang cuaca dah tak hujan mama pun bawa dia keluar. Suka betul dia dapat pegang penyapu dia tu! Rindu agaknya..hihi

Tengoklah pemandangan yang tak berapa nak indah belakang Faris tu. Daun pokok durian tengah musim gugur. Baru sapu dah semak balik dah..

Menyapu dengan penuh gaya

Gigih menyapu daun pokok sukun

 
Penat yea sayang?

 
Yeay! Bersih dah jalan Faris sapu :)


Suka betul anak mama nie bila dapat keluar.
Kadang kala memang telatahnya mencuit hati. Dah besar dah anak mama nie! Sekejap je rasa.
Moga mama dan ayah dapat didik Faris jadi ahli syurga..amin~

Monday, 21 January 2013

Solat Sunat Witr - sunnah Nabi sebelum tidur

Tepat jam 11.00 malam dah..masih ada lagi yang berjaga?

Pada yang masih berjaga, boleh la buat Solat Witr sebelum tidur. Lagi pun Solat Witr nie sunnah Nabi sebelum tidur.

Kalau ada yang terlupa macam mana nak buat Solat Witr, kat bawah nie saya ada kongsikan tatacara mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. 

Tatacara perlaksanaannya ada dua :-
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.


Terima kasih pada saudara Sham Kamikaze yang tak jemu mengingatkan. 

Sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur, ayat 3 Qul dan ayat kursi. Moga kita dilindungi oleh ALLAH SWT daripada gangguan syaitan.

Selamat malam semua. :)
Assalamualaikum

Risau dengan Payudara yang Lembik & Kendur?

Beberepa hari lepas saya jumpa kawan lama di sebuah kedai berhampiran rumah saya. Kerana terlampau excited masuk kedai tu nak cari yogurt untuk buat masker dengan ESP, tak terperasan lalu depan kawan saya yang tengah pilih susu formula untuk anak dia.

Lama juga kami berborak sambil meneman dia pilih susu yang sesuai. Dalam kami borak2 tu, ada juga dia melahirkan rasa kerisauan yang payudara dia alami kekenduran. Mana tak risau kan, payudara kan aset penting untuk wanita. Bagi yang dah bersuami, dah tentu nak terus kekal cantik dan menawan di mata suami kan? Namun, apakah cara untuk atasi masalah payudara lembik dan kendur ini?

Seiring dengan peningkatan usia, payudara juga mengalami kesan penuaan, kekenduran dan kurang pejal tak macam masa zaman anak dara dulu. Bagi ibu-ibu yang menyusu juga turut alami perubahan yang sama atau mungkin lebih ketara.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan.
Pengambilan protein perlu ditingkatkan kerana protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal serta menyediakan kolagen yang diperlukan.

Makanan tambahan yang boleh membantu atasi masalah ini saya syorkan Energizing Soy Protein atau pun ESP. Seperti yang kita ketahui, ESP merupakan makanan tambahan berasaskan protein. Memang benar kita boleh dapati sumber protein dalam menu seharian kita seperti ikan, daging, ayam dan telur. Namun tidak ramai di antara kita yang sedar, cara masakan kita yang menggunakan suhu yang tinggi boleh mengubah rantaian asid amino dari sumber makanan tersebut. Tambahan pula, kita tak dapat nak pastikan adakah pengambilan makanan tersebut memenuhi keperluan 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita.


Testimoni:

Alhamdulillah, memang seronok bila dapat tau ESP dapat membantu menganjalkan semula payudara dan memperbaiki taraf kesihatan ibu-ibu kat luar sana. Jadi anda bila lagi?

Dengan pengambilan ESP yang konsisten ia bukan sahaja dapat membantu menganjalkan semula dan mencantikkan payudara, ia juga dapat membantu mencatikkan kulit, menghilangkan kesan parut dan jerawat, milk booster bagi ibu-ibu yang menyusu, malah kulit muka cantik, halus dan gebu. 

Cubalah..dah cuba pasti tertambat! :)


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Sunday, 20 January 2013

Uniknya ESP Shaklee!

ESP atau Energizing Soy Protein memang favorite lah! Saya memang suka minum ESP ni, susu pekat, badan bertenaga (sebab saya mudah letih) dan dapat kawal nafsu makan. 



Apa uniknya tentang ESP Shaklee ni?
Jom saya kongsikan pada anda.

Memberikan tenaga berjam-jam lamanya & rasa kenyang lebih lama
ESP telah diformulasikan dengan indeks glisemik yang rendah bagi mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya dan mengelakkan kelaparan. Makanan yang tinggi indeks glisemik akan meningkatkan paras gula dalam darah. Tetapi Indeks glisemik yang rendah akan membantu mengekalkan paras gula yang stabil. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu mengurangkan pengambilan karbohidrat , memberikan rasa kenyang lebih lama, dan membantu mengawal selera makan dengan lebih mudah.
Rata-rata daripada kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat untuk mendapatkan tenaga. Tetapi tahukah anda, karbohidrat bukanlah nutrien yang penting kepada tubuh manusia. Carbohydrates are not necessary building blocks of other molecules. Tubuh manusia boleh mendapatkan tenaga daripada protein dan lemak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, risiko penyakit jantung dan obesity adalah daripada pemakanan karbohidrat.
Oleh sebab itu, Dr Shaklee telah menemukan makanan tambahan berasaskan protein daripada kacang soya untuk penjagaan kesihatan yang unggul.

Sumber protein terbaik
Dr. Shaklee merupakan orang yang pertama membuat pengasingan protein pada awal 70-an. Ujian klinikal juga telah membuktikan bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Sumber protein di dalam ESP juga telah diiktiraf seluruh dunia mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism), yang bermaksud genetik tidak diubah dan disahkan melalui Identify Preservation Program (IPP). Ia memastikan kacang soya adalah bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
Cara pemprosesannya juga menggunakan air dan tidak seperti sesetangah protein soya yang lain yang di cuci menggunakan alkohol. Ini penting kerana, protein soya yang dicuci menggunakan alkohol bukan sahaja menghilangkan isoflavones yang bermanfaat, malah akan mengubah kandungan genetik soya tersebut. Ianya boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan kita sebab rantaian asal sudah berubah. ESP diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein untuk membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Selain mengandungi soy isoflavones, ESP juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin B dan kalsium. Tidak seperti sumber protein yang lain seperti daging, telur dan sebagainya, ESP adalah rendah lemak, tiada kolestrol dan 100% vegetarian formula.

ESP juga merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.


Setiap hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, dan 12 kali ganda susu. Best kan?

Keunikannya bukan sahaja pada produk. ESP Shaklee bertambah unik apabila pengasasnya sendiri iaitu Dr. Forest C. Shaklee, Sr. telah membuktikan bahawa usaha beliau lebih 5 dekad yang lalu dalam menghasilkan barangan dan produk kesihatan secara semulajadi telah menjadi barangan dan produk yang terulung di dunia. Lebih 5 dekad produk Shaklee berada dalam pasaran, bukan satu jangka masa yang singkat bukan?

Apa pula kebaikan ESP Shaklee?
  • dapat membantu membina otot, kulit & hormon
  • menjadikan kulit muka cantik, halus dan gebu
  • membantu menghilangkan parut jerawat
  • menganjalkan kulit & payudara
  • memberikan anda rasa kenyang lebih lama & lebih bertenaga
  • menyokong kesihatan sistem imun
  • membantu mengawal kolestrol
  • mengandungi soy isoflavones yang dapat membantu mengawal ketidakseimbangan hormon semasa tempoh peralihan menopous
  • menyokong kesihatan payudara 
  • menyokong kesihatan prostat
  • membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

Jika anda teruja dan ingin mencuba keunikan dan kebaikan ESP Shaklee, hubungi saya seperti yang tertera di bawah ya. :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!