Followers

Showing posts with label MLM Shaklee. Show all posts
Showing posts with label MLM Shaklee. Show all posts

03 June 2017

Kenali Saintis TERHEBAT di Shaklee

17:48 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari nie ada beberapa saintis terkenal dan hebat saya nak kongsikan.


1. Dr Forrest Shaklee 


Pada yang belum kenal lagi, nie lah dia pengasas Shaklee. Tengok nama je pun dah tau kan ^__^


Beliau mendapati, banyak pesakit yang terlebih makan (overfed) tapi masih kekurangan nutrisi (undernourished). Dari situ beliau percaya, kekurangan nutrisi adalah punca kepada macam-macam penyakit. Mulai dari itu, beliau sangat menekankan kepentingan pemakanan untuk kekal sihat. Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “Vitalized Minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini. 




2. Dr Yasuhiko Kojima 


Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang discover Interferon. Kemudian, baru saintis barat meneruskan kajiannya tentangnya. Beliau berjaya discover Interferon semasa membuat kajian tentang vaksin smallpox. 

Terinspirasi dengan konsep “harmoni with nature” oleh Dr Forrest Shaklee; setelah 40 tahun mengkaji, beliau akhirnya berjaya menemui sumber semulajadi yang mampu membantu badan kita menghasilkan Interferon sekaligus menguatkan immuniti tubuh. Itulah produk yang kami gunakan sampai hari ini, Nutriferon Shaklee.



3. Dr Elizabeth Blackburn


PhD dari University Cambridge, ialah Nobel Prize Winner of Medicine pada tahun 2009. Beliau banyak mengkaji tentang Telomeres, pangkal Kromosom yang bertanggungjawab memelihara Kromosom kita daripada rosak. Dr Elizabeth Blackburn berjaya menemui Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres. 

Tak faham? Cukup lah orang umum macam kita ni tahu, penemuan ini sangat penting di bidang Medicine sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam Shaklee punya Scientific Board Advisor.





4. Dr Gladys Block

Ialah Professor Emerita di Berkeley University California. Professor Emerita ni macam title Professor Emeritus yang Dr Khoo Kay Kim; sejarahwan negara yang terlibat dalam menubuhkan Rukunegara, ni dapat. 

Suatu ketika dahulu, Dr Gladys Block nak buat research “betul ke vitamin ni beri kesan pada kesihatan?” dengan membandingkan orang yang makan vitamin dengan yang tak makan. Namun, semua syarikat vitamin reject mentah-mentah proposal beliau. Mungkin takut “kalau terbukti tak berkesan, habis lah bisnes aku”. 

Sebab, apa pun keputusan, berkesan atau tidak, Dr Gladys tetap akan publish. 

Hingga satu hari, berita tentang kajian beliau ini sampai ke pihak Shaklee, dan Shaklee bersetuju untuk sponsor & beri kerjasama. Hasilnya? High impact research dalam dunia Nutrisi hingga dinamakan “Landmark Study”. 




5. Dr Bruce Daggy 


Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk GlaxoSmithKline; syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Namun, selepas membaca jurnal Landmark Study Dr Gladys Block tadi, beliau jadi sangat impressed. Impressed dengan keberkesanan produk Shaklee sampai begitu sekali. 

Ya lah, tidak pernah ada mana-mana syarikat yang berani membuktikan produk mereka begitu lama; hingga 40 tahun menggunakan Shaklee. Beliau juga sangat tertarik dengan motto yang diperjuangkan Shaklee; dijamin berkesan, dijamin selamat & dijamin semulajadi. Teruja nak jadi sebahagian daripada revolusi industri kesihatan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee, hingga sekarang.



Apa point terpenting yang anda patut tahu di sini?

(1) Shaklee bukan produk picisan yang dibancuh belakang rumah. Juga bukan produk yang cuma ada marketing department tanpa sebarang saintis langsung. Tapi Shaklee dibangunkan oleh saintis terhebat dunia. Syarikat vitamin mana yang ada Pemenang Nobel Prize di dalamnya, selain Shaklee?


(2) Saintis-saintis yang terlibat di Shaklee bukan graduate daripada University bogus entah mana-mana. Tapi, university top 10 di dunia. Jangan hanya sebab belajar dalam negara dan tak pernah dengar nama University Berkeley, Cambridge & Tokyo, senang-senang je cop “tu PhD beli je tu”. Memalukan kaum tau. Kalau betul boleh dibeli sebegitu sekali, tak payah PhD lah, cuba dapatkan Master di sana dulu.


(3) Hanya dengan produk terbaik; hasil falsafah syarikat yang jelas, dapat menarik top talent macam ni. Top talent tak pernah bekerja hanya sebab duit macam kebanyakan kita-kita ni. Tapi orang bijak pandai tahap dunia ni hanya ingin usahanya memberi impak kepada manusia. Lagi hebat impak yang syarikat itu mampu lakukan, lagi hebat kualiti talent yang mereka bakal tarik.


Sumber asal:iReach





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
whatsapp: 013-7073943 (Deanna)


22 May 2017

Why i Shaklee?

17:00 0 Comments




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Zaman sekarang nie memang terlalu banyak pilihan biz yang boleh jadi pilihan kita kan? 

Ada yang ber biz secara online dan tak kurang juga yang ber biz cara offline. Biz online memang jadi pilihan ramai sebab ia memudahkan orang untuk membeli. 


Walau apa pun biz yang kita sedang usahakan sekarang nie, pernah tak kita tanya diri kita kenapa kita pilih biz tu?


Jom kita kongsi kenapa kita pilih biz kita sekarang nie.



Saya pilih biz Shaklee kerana;



Syarikat Shaklee dah lama ditubuhkan sejak 1956  lagi. Dan ia ditubuhkan oleh seorang doktor perubatan iaitu Dr. Forest C Shaklee.

Saya pilih produk Shaklee nie sebab ia antara produk yang paling selamat untuk saya amalkan bersama keluarga. Kenapa saya kata selamat? Padahal produk lain pun akan kata produk mereka selamat. Jadi apa bezanya?


Bezanya Shaklee ada Landmark Study. Satu-satunya company yang ada Landmark Studay tau!
Landmark study nie kajian yang dilakukan terhadap individu yang dah amalkan pengambilan produk Shaklee lebih dari 20 tahun.

Ini penting tau! Sebab kebanyakan penyakit kronik tak dapat dikenalpasti dalam jangkamasa yang pendek selepas ambil sesuatu produk. Kebanyakan penyakit akan tunjukkan simptom setelah 10-30 tahun.

So kat sini la pentingnya Landmark Study untuk nak kenalpasti sesuatu produk tu berkualiti tinggi atau tidak. Selamat atau tidak. 


Dengan kajian nie lah telah membuktikan moto company SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.


Oh ya, korang tau tak asal perkataan VITAMIN tu sendiri?

Asal perkataan vitamin nie adalah daripada Vitalize Mineral (1915). Yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Dah lebih 100 tahun tau multivitamin Shaklee nie. Hebat multivitamin Shaklee!


Bila kita buat biz nie dah tentu lah nak untung kan?

Tau tak Shaklee mempunyai bonus yang tertinggi di bayar dalam Malaysia. Untung bukan sekadar untung runcit, malah ada bonus prestasi, bonus kepimpinan, bonus kereta, penghargaan, insentif percutian dalam dan luar negara!


Ya, Shaklee adalah MLM. Tapi Shaklee tak sama dengan MLM yang lain. MLM Shaklee adalah MLM yang sangat adil. Salah satu cirinya, bonus dibayar mengikut hasil usaha kita. Bukan daripada hasil usaha downline kita ya!


Sebagai contoh, kita boleh dapat bonus lebih tinggi daripada upline. Sama juga dengan rank. Kita boleh naik rank lebih tinggi daripada upline. Kau upline pun jangan harap boleh goyang kaki duit masuk kepuk-kepuk! 



Bestnya Shaklee boleh run biz anywhere! Yang penting ada line internet. Penghantaran boleh dibuat oleh company siap dengan insurance covered dan jaminan berapa hari sampai.



Macam saya bagi tau tadi Shaklee ada tawarkan insentif percutian dalam dan luar negara. Percutian nie bukan untuk kita aje tau. Kita boleh hantar pasangan kita, anak-anak, atau mak ayah dengan syarat cukup kelayakan yang ditetapkan company.


Jadi bagi saya, saya nak ambil peluang nie untuk bawa ibu ayah ayah pergi umrah secara PERCUMA dengan tajaan 5 stars oleh company.



Biz Shaklee juga boleh diwariskan.



Kesimpulannya, saya memilih biz Shaklee kerana produk yang berkualiti tinggi dan terlalu banyak tawaran dan peluang yang sangat mengujakan! Biz ini juga dapat membantu mencapai impain saya!



Korang macam mana pulak? Jom la share!




Bes


22 January 2014

MLM SHAKLEE TAK PATUH SYARIAH??

16:27 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Di harap entry kali nie dapat memberi pencerahan tentang MLM Shaklee. Terima kasih pada Cikgu Mat atas pencerahan beliau.

Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).

Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah. 

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.

Sijil Produk Halal dari Islamic Services of America
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.


Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita