Followers

Showing posts with label Kepentingan Air Masak. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Air Masak. Show all posts

12 March 2017

BERAPA BANYAK AIR KENA MINUM SEHARI?

16:19 0 Comments

kepentingan air, berapa banyak air masak nak kena minum

Orang kata nak kurus kena minum air banyak untuk mudahkan proses pembuangan toksin dalam badan. Berapa banyak air nak kena minum?

Saya dah minum air banyak dah tapi tak kurus pun? Yela awak minum air ape?

Saya minum air milo, sirap dengan air kosong total 4liter minum sehari.

Air yang dimaksudkan air kosong bukan air manis. Air manis mempunyai kalori dan kadang2 kalorinya lebih tinggi daripada makanan. Sebab tu laa orang tak makan apa2 tapi hanya minum air manis saja pun turut naik berat badan. Kalori bukan ada dalam makanan je, malah ia turut ada dalam air manis.

kepentingan air masak, berapa liter sehari kena minum

Nak kurus kena banyak minum air kosong. Air kosong tak bermaksud hanya boleh minum suam atau panas je. Boringnya diet asyik minum air suam je kan.. Sebenarnya kalau minum kosong ais pun ia tetap membantu menurunkan berat badan. Ais tak bersalah dalam proses turun berat badan malah ia mampu meningkatkan kadar metabolism badan.

Jadi berapa liter yang diperlukan untuk minum air kosong nie? Ada yang berpendapat minum 4 liter. Ada yang kata asalkan dah pembuangan air kecil kita sudah jernih itu dah memadai. Tapi pada pendapat saya korang boleh latih diri korang untuk minum mengikut berat badan anda seperti ini:
25kg = 1liter
50kg = 2liter
75kg = 3liter
100kg = 4liter
Setiap 25kg = 1liter


Korang latih seperti ini pasti korang berjaya melengkapkan air masak korang 1 hari. 
Cuba lah!




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 

10 July 2013

Tips Mudah Minum 2-4 Liter Air Di Bulan Ramadhan

18:00 0 Comments
Hari nie dah pun masuk 1 Ramadhan. Kalau masa berpuasa nie memang susah kan nak capai minum 2-4 liter air masak sehari? Terutamnya bagi ibu menyusu yang memerlukan air yang mencukupi agar tidak menjejaskan penghasilan susu.


Jadi hari nie saya nak kongsikan beberapa tips dan panduan macam mana anda boleh minum dan habiskan air di antara 2-4 liter sehari dengan mudah sepanjang bulan Ramadhan nie.
  1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
  2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat. 
  3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktuk, minumlah sedikit. 
  4. Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih. 
  5. Minumlah air kosong dengan tertib.
Macam mana tertib tu? 
Kenapa perlu tertib? 
Pentingnya tertiba kerana jika anda tidak tertib maka anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas bersahur!

# Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula.


# Jangan minum berdiri.


Credit : Mama Little Jannah & Being Mary


PENTING
: Minum air dengan secukupnya adalah sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi terutamanya di bulan Ramadhan


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 

11 December 2012

Kepentingan Air Masak Pada Tubuh

14:17 0 Comments



Adakah anda mengalami situasi mengantuk selepas makan tengah hari? Rasa macam dah berat sangat mata tak larat nak bukak walaupun mendapat tidur yang mencukupi?

Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur. Ia sebenarnya menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai daripada kita tersilap dalam menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.


Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.


Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.


Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.


 

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
 
Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Anda juga boleh menggunakan formula ini untuk menentukan pengambilan air yang disyorkan sesuai dengan tubuh badan anda.
 
Berat badan (dalam kg) dibahagi dengan 30
Contoh: Jika berat anda 70kg (70/30 = 2.3). Bermakna tubuh anda memerlukan 2.3 liter sehari

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? 

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.


Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.


Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.


Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


 

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah 
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak 
  • Tekanan darah menurun 
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk 
  • Lesu pada waktu siang 
  • Sakit belakang 
  • Dehidrasi 
  • Sakit kepala 
  • Memperlahankan kadar metabolisma 
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara 
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan 
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik 
  • Meningkatkan keinginan untuk makan 
  • Darah menjadi pekat 
  • Mudah keliru. 
  • Degupan jantung meningkat 
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

 Hentikanlah alasan malas untuk berulang-alik ke tandas. Hargailah kesihatan anda :)

Salam sayang dari Deanna Aris


Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita