Popular Posts

Wednesday, 31 May 2017

Tak Lagi Pedih Perut Masa Puasa


Assalamualaikum.


Salam 5 Ramadhan. Alhamdulillah sampai kita hari yang ke-5 Ramadhan.


Nak cerita pasal ibu saya nie. Sebelum nie bila puasa ibu tak lalu nak makan. Mungkin sebab ibu akan rasa cepat pedih perut bila makan sahur. Jadi biasanya bila sahur ibu cuma akan minum air je.



Tapi bila dah kenal ESP rasa seronok tengok ibu dah boleh makan sahur. Ibu pun mengaku bila ambil ESP waktu makan sahur, perut tu tak rasa pedih macam sebelumnya. Kesian kat ibu, sebelum nie sanggup tak nak makan sebab tak nak rasa pedih perut.



ESP nie best sebab dia mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Makanan yang ber Indeks Glisemik rendah nie badan ambil masa untuk cerna. Jadi kita akan rasa kenyang lebih lama.



Kebelakangan nie ESP selalu je abis stok. Laku keras betul! Dah ramai yang tau betapa best dan hebat penangan ESP nie. Korang pun tak kan nak tengok aje kan? Mesti nak rembat walaupun satu canister. Produk hebat biasanya memang akan laku keras! Tak boleh duduk lama dalam stok.hehehe



Jom order ESP sekarang selagi stok masih ada! 


Image result for esp shaklee



* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit. 



 * These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 


Tuesday, 30 May 2017

Jom Kurus dengan B-Complex!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Macam tak percaya dengan tajuk entry saya kali nie? Haa nie lah ramai yang tak sedar kepentingan vitamin B nie... ^__^


Ramai yang kata makan vitamin B nie boleh jadi gemuk. Tapi betul ke?


Masa saya mula-mula konsisten makan B-Complex, ramai pulak yang tegur saya makin kurus. Mana laaa tak seronok bila makin kurus kan..hehehe... 


Bila dah lalui sendiri pengalaman makan B-Complex nie, apa yang digembar gemburkan yang makan B-Complex boleh jadi gemuk tu memang tak benar sama sekali.


Fungsi utama B-Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga. Pengambilan air sangat penting untuk membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang ada sesetengah individu yang makan B-Complex akan rasa cepat lapar. Bila cepat lapar kita akan rasa nak makan, makan, dan makan. Kita intend to eat more and more. Bila asyik makan je lama-lama pun jadi gemuk.


Tapi ada juga yang kuat makan tapi badan tak naik kan? Kenapa pulak ya? Ini disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak akan disimpan dalam badan.


Saya ibu menyusu yang kuat makan tau! hahahha.. Bila menyusu nie kita lagi akan rasa cepat lapar. Namun B-Complex banyak membantu cernakan semua makanan tadi tu kepada tenaga. Jadi tak ada la lemak lemak tersimpan dalam badan. Semua dah dicernakan dengan bantuan B-Complex. Sebab tu la penting ambil B-Complex tiap hari!



Berat nie dia akan jadi naik bila banyak karbohidrat, lemak dan gula yang kita ambil hanya disimpan dalam badan dan tak digunakan. Ini lah punca bila badan kurang B-Complex.



Tak salah bila lapar kita makan. Tapi makanlah makanan yang berkhasiat. Jangan la ambil makanan ringan yang banyak msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan tu ya!


Bagi ibu menyusu saya sangat sarankan pengambilan B-complex setiap hari tau. Sebab ia bukan sahaja dapat membantu mengawal berat badan kita, malah ia dapat membantu berikan kita mood yang baik sepanjang hari, dapat mengawal stress dan juga aktif. B-Complex juga sangat penting untuk keperluan tumbesaran anak kita.


Jom dapatkan B-Complex hari nie! Sebotol hanya RM58 sahaja! Boleh tahan sampai 4 bulan. Murah sangat tu kan! ^__^


Image result for b-complex shaklee


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris

Tak Sangka Anak-anak Saya yang Terpilih!


Assalamualaikum.


Macam biasa tiap-tiap minggu kalau tak pergi dengan encik suami, saya akan pergi dengan ibu untuk beli lauk-pauk stok untuk seminggu.


Hari nie pun ramai orang nampaknya. Dalam kesesakan tu, tiba-tiba...


" Nah..ambil...ambil..."


Siapa pulak nie bercakap kat sebelah saya.. suruh ambil apa pulak nie?


Bila saya toleh, ada seorang abang nie tengah hulur duit kat anak saya yang sulung. Anak saya pulak malu-malu nak ambil.


Tengok abang tu bersungguh-sungguh saya pun suruh anak saya ambil duit yang dia hulur tu. Anak saya pun ambil sambil ucap " Terima kasih".


Dia terus hulur pada anak saya yang nombor dua. Dan juga anak saya yang ketiga yang saya dukung masa tu.


Saya sempat cakap kat abang tu, " Murah rezeki acik".. wakil anak-anak sebagai ucapan terima kasih dan doa atas pemberian dia.



Image result for rezeki



Memang betul la kan... rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki tak pernah salah tuan!


Dalam ramai-ramai penuh sesak kedai tu anak-anak saya yang dia pilih untuk beri duit. Abang tu hanya asbab saja. Rezeki sememangnya datang daripada Allah SWT. Allah yang gerakkan hati dia untuk beri duit pada anak-anak saya.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 


Tiap seorang anak saya dapat RM2. Walaupun nilainya kecil pada mata kasar, namun bila kita mensyukuri rezeki tu besar nikmatnya kan?



Saya mendoakan abang pemurah tu terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh dan solehah juga terus dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah. Amin Ya Mujib.



Alhamdulillah ^__^






Monday, 29 May 2017

Kebaikan HALIA untuk Kesihatan



Image may contain: text


#ShakleeDetox

Kalahkan Nafsu Jahat dengan Lafaz Ini


Assalamualaikum.


Salam 3 Ramadhan ^_^


Alhamdulillah hari nie saya dapat ilmu baru macam mana nak kalahkan nafsu jahat. 


Baiklah, bila dalam bulan Ramadhan nie bukan mudah nak tundukkan nafsu jahat nie. Yelah dah terpupuk lama 11 bulan lepas tu nak berubah dalam masa yang singkat. Agak payah la kan..


Apa nafsu jahat nie? Contoh yang biasa yang berkait dengan bulan Ramadhan nie suka bermalas malasan, cepat aje nak marah atau dalam kata lain kurang kesabaran, dan yang paling biasa kot suka beli banyak-banyak makanan dekat bazar ramadhan sudahnya tak termakan..membazir...



Saya nak kongsikan 1 lafaz yang agung dan superpower yang biasanya kita akan lafazkan atau pun yang selalu kita baca bila kita dengar ucapan azan "hayya 'alal Falah".


Betul tu... Kita akan baca "La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'Lizzil 'Azim" yang bermaksud tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung. Ini adalah ajaran Nabi kita Muhammad SAW supaya menjawab panggilan bilal itu dengan zikir tersebut.



Kenapa agaknya Rasulullah SAW menyuruh kita menjawab dengan lafaz tawadduk tadi bila kita dengar bilal sebut ‘hayya ‘alal falah’ ?


Lafaz tadi, Allah menyeru kita supaya mengejar kepada kejayaan.

Bila kita nak berjaya, dah tentu kita kena berusaha kan.. Contoh bila kita nak ke masjid. Kita kena lah berusaha sedaya upaya agar kita sampai ke masjid. Kena la usaha sedaya upaya nak dapatkan kejayaan tu. Tak kira lah kita nak capai kejayaan tu dengan cara jalan kaki, naik kereta, motor atau sebagainya.


Tapi kita jangan lupa, disebalik kejayaan kita sampai ke masjid tu atau apa pun jenis kejayaan yang kita dah kecapi, kita kena ingat siapa yang bagi "lampu hijau" untuk kita kecapi kejayaan tu.


Ini lah maksud sebenar lafaz tawadduk yang ringkas tapi penuh bermakna. Jika tanpa daya dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada kita hambaNya yang lemah, kita tidak akan merasa kejayaan itu.


“Tidak bergerak sesuatu zarah itu tanpa izinNYA”.


Pengajaran di sebalik laungan azan ini, kita tahu bahawa semuanya tidak mustahil dengan pertolongan daripadaNya. 


Oleh sebab itu, setiap kali kita berusaha dan kalah dengan nafsu 'jahat' tu, jangan cepat putus asa dan bangkit lah semula dengan penuh tawadhuk dan yakin lafazlah;


‘La Hau la wala quwwata illa billahil ‘lizzil ‘azim, 
(tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung). 



Moga kita semua diberikan kemudahan & kelapangan oleh Allah swt untuk mengapai taqwa. Amin Ya Robbal 'alamin.



Performance Drink: Minuman Isotonik Yang Lebih SIHAT


Assalamualaikum.


Hari nie dah masuk hari kedua puasa kan. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang.


Nak tanya korang, korang bila sahur atau berbuka selalu tak ambil minuman isotonik yang biasa jual kat kedai tu? Contohnya macam 1** p*** tu hehe..


Memang betul tu. Minuman isotonik dapat membekalkan tenaga yang pantas dan dapat mengelakkan dehidrasi akibat kekurangan cecair dalam badan.


TAPI sedar tak kita air isotonik yang biasa jual kat kedai tu kebanyakannya tinggi kandungan gula dan juga berkarbonat? Nie semua kita boleh lihat pada bahagian "Nutrisi Produk" dekat label botol minuman tu.



Jadi apa pilihan yang kita ada?


Jom kita ubah pada minuman isotonik yang lebih sihat iaitu Performance Drink. Minuman isotonik yang direka khas oleh Shaklee.


Kenapa Performance Drink lebih sihat? Sebab PD nie tak ada karbonat dan kandungan gula pun sangat minima. 


Best nya PD nie ia dapat mengawal bendalir dalam badan supaya tidak terlalu kering dan juga tidak terlalu banyak. Best tak best?


Selain tak ada karbonat dan juga kandungan gula yang sangat minima. PD juga tidak mengandungi lemak, kolestrol, tiada bahan pengawet, pewarna atau perisa tambahan.


PD dirumus khas dengan kandungan sodium, potasium dan karbonat yang mencukupi. Ia juga mempunyai kadar natrium yang rendah dan dapat mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus.


Sangat bagus diamalkan ketika bersahur dan berbuka sebab ia sangat membantu mengatasi masalah dahaga.


PD sememangnya bersifat isotonik. Istimewanya jumlah kepekatan karbohidrat yang ada dalam PD adalah sama dengan darah kita. Jadi ia dapat memudahkan proses penyerapan dan sekaligus dapat meningkatkan kadar gula dalam darah. Kesannya? Tubuh akan lebih bertenaga dan cergas!


Nie lah antara sebab mereka yang berpuasa suka minum PD. Sampai petang rasa bertenaga dan cergas!


Kan seronok berpuasa rasa bertenaga sepanjang hari. Banyak ibadah dapat buat kan? Tak ada la rugi puasa tu lembik lesu tidur aje...kan?


Jom dapatkan PD hari nie! Hanya RM91 sajaha. Seisi keluarga boleh minum tau. Juga sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.
Image result for performance drink shaklee


    * These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 



    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
    email: mommyfarisazham@gmail.com 
    SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 


    Sunday, 28 May 2017

    Kuasa Istighfar


    Assalamualaikum.

    Salam 2 Ramadhan ^__^


    Hari nie nak share tentang kuasa istighfar. Semoga membawa manfaat untuk semua.


    Waktu terbaik untuk amalan istighfar:
    1. Istighfar 100 kali pagi (sebelum subuh terbaik, selepas subuh pun boleh)
    2. Istighfar 100 kali petang (sebelum Asar terbaik, selepas Asar pun boleh)



    Kelebihan amalan ini:
    1. Allah berikan jalan keluar dari masalahnya
    2. Allah lepaskan dari kebimbangannya
    3. Allah lepaskan dari kesempitannya
    4. Allah kurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.


    Jom kita berazam untuk mulakan amalan istigfar nie hari ini juga. Jangan bertangguh lagi!


    Nak buat amalan nie tak perlu modal atau kemahiran pun. Cuma perlu masa kita aje. Dengan beramal amalan nie, Allah janjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.



    Kalau ada kawan-kawan yang dalam kesusahan, kesempitan dan kebimbangan boleh la beramal dengan 1000 kali pagi dan 1000 kali petang.


    Cuba bayangkan dengan modal masa kita 2 jam sehari tu, Allah lepaskan kita dari sema kesusahan dan kesempitan. Ditambah lagi dengan janji untuk memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah..


    Tak berbaloi ke tu semua kawan-kawan?


    Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,


    " Sesiapa yang mengambil berat untuk selalu beristigfar maka Allah akan berikan kepadanya jalan keluar daripada setiap kesempitan, kelepasan daripada setiap kebimbangan dan Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (HR Abu Daud )



    Mari kita sama-sama saling mendoakan agar kita semua dapat istiqamah dalam amalan yang benar nie.



    Related image

    Saturday, 27 May 2017

    Pesakit Asma Dah Tak Bergantung Lagi Pada Ubat Klinik


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Testimoni seorang kanak-kanak yang menghidap asma yang tidak lagi bergantung pada ubat klinik.



    omega merawat asma, rawat asma dengan supplement
    Testimoni Omega





    * These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
    email: mommyfarisazham@gmail.com 
    SMS: 013-7073943 (Deanna) 
    Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
    FB: Deanna Aris

    Kisah Anak Autisme yang Semakin BIJAK



    Kisah ini adalah perkongsian daripada Puan Rozalina Md Taib.

    DI SEBALIK KISAH IBU DAN FIKRI

    Kenapa saya buat shaklee??

    Pertama sekali kerana anak saya, anak saya autisme, umur 5 tahun baru pandai cakap, fikri anak yang sulong dari 2 adik beradik.


    Related image


    Sebagai seorang ibu, lama saya menunggu fikri memanggil saya ibu, saya yakin ramai ibu-ibu yang mempunyai anak-anak autisme yang berkeinginan seperti saya.
    tapi apa daya, kita terima akan kekurangan mereka.


    Fikri tak boleh duduk diam, sentiasa berjalan, kalau duduk pun tak sampai 5 minit,pasti akan bangun dan berjalan ke mana saja tanpa arah tujuan.


    eye contact fikri dengan saya sangat lemah, bila saya panggil langsung takde respon,pintu rumah tak boleh buka, kalau buka pasti fikri akan keluar dan berlari tanpa arah tujuan, dan pernah hampir-hampir di langgar oleh kereta.suka menjerit dan emosi yang sentiasa tidak stabil.


    tahun 2011, kawan saya memperkenalkan shaklee pada saya, memang saya mencari suplemen untuk anak saya,kerana anak saya terlalu cerewet dalam bab makan, obses dengan makanan ringan,tak gemar makan nasi, sentiasa mahu makan fast food.
    sebelum menggunakan shaklee, bermacam2 produk telah saya cuba beri fikri, tapi gagal, kerana dia tidak suka dengan rasa suplemen tersebut. Malah kira demam pun sangat sukar untuk beri dia ubat. Fikri mudah demam, mudah di jangkiti batuk dan selsema, bila dah di jangkiti pasti berbulan-bulan untuk baik.


    kawan saya memperkenalkan mealshake, b complex dan vitalea for children.
    fikri cuma boleh terima mealshake dan vitalea for children sahaja,kerana rasanya yang manis seperti aiskrim.


    Saya ajar fikri lepas pampers semasa fikri umur 4 tahun, memang agak mencabar dari kanak-kanak biasa, tapi saya nekad. Alhamduliah, berjaya.waktu tu fikri belum pandai cakap pun.
    Selalunya, bila fikri buang air besar atau kecil, dia akan duduk berjam-jam dalam bilik air sehingga ada sesiapa saja jumpa dia dalam bilik untuk cucikan dia.
    bila di kenang balik, saya sedih dengan keadaan fikri.


    Satu hari dibilik air, saya duduk didalam bilik bersama adik fikri sambil ber fesbuk, tiba-tiba, saya terdengar satu suara panggil IBU!!.tercengang, sape pulak yang panggil ibu?!, terdengar lagi ibu, ibu, ibu, panggilan itu datang dari bilik air didalam billik saya, saya mendapatkan suara itu, dan...


    Dengan rasa tergamam, hati berkata, benarkah fikri yang memanggil aku ibu?.
    lama saya berdiri tanpa berkata apa-apa, bila fikri melihat aku berdiam, sekali lagi fikri panggil aku ibu, YA ALLAH!!!, sebak!! terharu!!bersyukur yang tak terhingga, airmata dengan secara tiba-tiba berjurai-jurai membasahi pipi.


    YA ALLAH!! syukur YA ALLAH, kerana KAU telah mendengar doa aku selama ini.
    Sejak saya beri fikri mealshake, banyak perubahan yang berlaku pada fikri, terutama dari bab makan, kalau dulu, memang tak gemar nasi, tapi sejak bagi mealshake semua makanan fikri makan.


    bila buka pintu rumah, fikri dah tak meluru keluar dan berlari, fikri hanya melihatnya saja.Eye contact semakin baik, bila saya panggi, fikri dah bagi respon. Fikri jarang demam, batuk dan selsema. Sekiranya batuk dan selsema hanya sekejap saja, tidak seperti dulu.


    Alhamdulilah, segalanya dari izinNYA, saya tidak pernah mengatakan mealshake boleh merawat autisme, mealshake adalah suplemen yang bisa membantu kana-kanak autisme dari segi kesihatan


    Apa yang berlaku pada kisah saya, ia adalah satu bonus. Pada mulanya saya beri fikri mealshake bukan kerana untuk fikri boleh bercakap, tetapi adalah untuk kesihatan dia.


    Saya tidak pernah bimbang beri anak saya suplemen kerana saya yakin suplemen akan mambantu meningkatkan tahap kesihatan dia, dan saya bimbang mengikut saja kegemaran dia terhadap fast food kerana saya tahu ia akan hanya menghapuskan sistem imun dalam badan dia.


    kenapa saya berkongsi di dalam fesbuk??, sekadar membantu ibu bapa di luar sana yang memerlukan suplemen untuk anak mereka.


    Tidak peduli apa pun tanggapan orang, yang penting, apa yang saya lakukan, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.


    Alhamdulilah, fikri sekarang semakin bijak, semakin banyak perkataan yang di sebut, dan terbaru fikri dah pandai bina ayat, tidakkah itu membahagiakan hati seorang ibu??.


    kini saya rasa bahagia, kerana banyak perubahan yang berlaku pada fikri, semakin hari semakin meningkat.


    Kedua ialah kerana kestabilan ekonomi saya yang semakin kukuh, ketig kerana saya bebas menjaga anak-anak saya tanpa terikat dengan masa dan melancong ke mana saja bersama anak-anak saya.


    # Shaklee adalah medium, Allah yang mengizin segalanya#

    Image may contain: 2 people, people sitting, selfie and closeup
    Semoga Puan Rozita terus diberi kekuatan untuk menjaga anak syurga ini






    Friday, 26 May 2017

    Tips Sahur


    Assalamualaikum.


    InsyaAllah mulai esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Moga Ramadan tahun nie lebih baik dari tahun lepas. 


    Sempena nak mula puasa esok, hari nie saya nak share beberapa tips sahur yang dapat membantu kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa.



    Ada 2 perkara penting yang perlu kita ambil berat.

    1. Tenaga yang cukup. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 500bkcal karbohidrat kompleks untuk bekalan tenaga sepanjang tempoh berpuasa.

    2. Air yang mencukupi. Air sangat penting supaya badan kekal hidrat.


    Dua perkara nie lah yang akan mempengaruhi sama ada kita akan rasa letih lesu atau pun tidak semasa berpuasa.

    Tapi di antara 2 perkara tu, air yang lebih utama.
    Walau pun makan cukup, kira bekalan tenaga cukup la kan...tapi kalau badan hilang banyak air, ia akan buat kita jadi lembik lesu!

    Memandangkan esok dah mula puasa, so hari nie kena pastikan kita minum cukup air.



    Tips sahur 1:

    Pilih makanan jenis karbohidrat kompleks kerana ia adalah makanan yang bagus untuk sahur.

    Kenapa?

    Makanan jenis karbohidrat kompleks mempunyai indeks glisemik yang rendah.

    Bila kita ambil makanan dari jenis karbohidrat kompleks badan kita akan ambil masa untuk cerna makanan tu. Jadi tenaga akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Dengan itu, kita akan rasa kenyang lebih lama dan lambat lapar.


    Contoh makanan:
    1. Beras basmathi, atau beras perang
    2. Roti high fibre
    3. Biskut whole grain
    4. Ubi keledek
    5. Buah buahan: contoh, pisang.



    Tips sahur 2:

    Pengambilan air yang dicadangkan adalah 2+1 untuk masa sahur.

    2 gelas untuk air suam + 1 gelas untuk susu atau jus buah


    Lebih bagus jika dapat elakkan kafein.


    Pengambilan air juga tak boleh terlalu banyak. Bila kita minum terlalu banyak air, badan akan keluarkan lebih banyak air (melalui air kencing). Ini akan jadi punca utama kita akan rasa cepat haus.


    Bila ambil air yang berkafein juga akan buat kencing jadi banyak. Badan juga akan cepat hilang air.

    Bila badan kurang air, kesannya kita akan rasa letih lesu!



    Tips sahur 3:

    Kurangkan makanan masin.

    Makan masin juga akan buat kita cepat haus.

    Contoh makanan yang banyak garam:

    1. kicap
    2. biskut (kecuali tulis low salt)
    3. processed food (makanan frozen, ayam goreng, chicken ball, nugget)



    Tips sahur 4:

    Pengambilan makanan sewaktu sahur sebaik-baiknya ialah makan 500 kcal.

    Macam mana nak tahu anggaran kalori tu?

    Rule yang mudah, semua makanan bergoreng adalah tinggi kalorinya, iaitu +/- 600kcal,
    Jadi makanan bergoreng adalah termasuk nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuewteow goreng, dll


    Pilihan hidangan yang lebih baik untuk sahur ialah:
    Nasi + lauk
    Atau
    Roti high fibre + tuna/sardines /telur
    Atau
    Cereal / cornflakes + susu



    Tips sahur 5:

    Ambil bersama SET BERPUASA SHAKLEE untuk beri tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa.

    Nak pastikan badan kekal hidrat, minum Performance Drink semasa bersahur dan berbuka. Ia adalah minuman isotonik tanpa karbonat. Rasa oren yang sangat segar!



    Tahun nie kita dapat jumpa Ramadan. Tapi tahun depan belum pasti. Jadi hargai dan rebut sebanyak peluang yang ada pada pertemuan Ramadan kali nie. Ramadan bulan bonus umat Islam. Rugi sangat kalau tiap kali puasa banyak melepek. Puasa pun kena la kekal produktif.


    Semoga tips di atas dapat membantu korang semua menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sentiasa produktif.


    Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa!



    Related image



    Image result for ramadhan



    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
    email: mommyfarisazham@gmail.com 
    SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
    FB: Deanna Aris 









    Apa Rahsia Ibu Hamil Nie BERJAYA Puasa Penuh Sebulan?


    Assalamualaikum.


    Jom ketahui rahsia ibu hamil anak ke-4 yang berjaya puasa penuh.


    video



    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
    email: mommyfarisazham@gmail.com 
    SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
    FB: Deanna Aris 

    Wednesday, 24 May 2017

    Kenapa Insentif Percutian Shaklee Best Sangat?


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Baru-baru nie Shaklee buat trip ke Jepun. Ini adalah salah satu insentif percutian buat pengedar Shaklee yang aktif dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh company.


    Image result for trip percutian shaklee

    Jom kita layan cerita Kenapa Insentif Percutian Shaklee nie best gila!! Sampaikan ramai yang naik cemburu tengok mereka nie. Termasuklah saya! 


    Kisah ini diambil dari fan page iReach


    Image may contain: 7 people, text

    Ini ialah kisah kenapa admin rasa Trip Shaklee ni best sangat-sangat. Yang buat admin rasa lagi best bila tahu tentang incentive trip MLM lain. Memang lah buat rasa “kenapa lah aku tak daftar ahli dari dulu lagi oi!”. 

    Anyway,

    Ada beberapa pengajaran utama yang kita boleh ambil:

    (1) Kalau dah buat bisnes Shaklee, buat lah betul-betul sampai sekurang-kurangnya dapat join trip oversea Shaklee macam #iReachJapan ni. Kalau tengok betul-betul, memang tak susah mana pun kalau setakat nak dapat 1 tiket tu.

    (2) Kalau tengah buat MLM selain Shaklee sekarang ni, All The Best! Dan gunakan lah ketujuh-tujuh point yang admin kongsikan di sini untuk paksa company MLM masing-masing improve. Kalau Shaklee boleh, kenapa MLM korg tak boleh?

    (3) Kalau masih belum daftar sebagai ahli Shaklee, apa tunggu lagi? Cepat-cepat lah daftar. Jangan jadi macam admin. Menyesal tak join sejak baby 27 tahun lepas. Selain jadi lebih sihat, kita boleh jalan-jalan percuma dengan Shaklee.

    Selamat membaca!



    Image may contain: 4 people, people smiling, text and outdoor

    #1 Betul-Betul Travel, Bukan Cop Passport Saja

    Masa borak-borak, ada seorang kawan ni cerita. Dia buat MLM ABC (bukan nama sebenar). Dan dia baru balik daripada incentive trip MLM dia di London waktu tu. Katanya, dia ke sana 4-hari.

    Bila dengar dia sebut 4-hari, admin terus tanya “apa je yg ko sempat buat 4-hari pergi London?”.

    Ceritanya lebih kurang begini:

    (1) Hari pertama bertolak dengan Malaysia Airlines (MAS). Naik pesawat jam 11.15pm dan tiba di London jam 5.55am keesokan harinya (hari kedua).

    (2) Hari kedua, setibanya mereka di kota London, terus jalan-jalan Free & Easy. Sama ada masuk museum yg percuma ataupun shopping (banyak yg pilih untuk shopping di Oxford Street). Malam, check in hotel.

    (3) Hari ketiga, masih Free & Easy lagi. Lepas check out hotel, kebanyakannya sambung shopping sekitar Oxford Street. Malam tu, pulang ke tanah air. Guna pesawat MAS & bertolak jam 11.35pm.

    (4) Hari keempat, tiba di KLIA jam 5.50pm.

    Daripada 4-hari semuanya, 2-hari tu cuma perjalanan pergi balik saja. Datang jauh-jauh pun, cuma menginap satu malam saja? Lenguh badan duduk dalam kapal terbang tak hilang lagi, dah kena balik dengan 13-jam perjalanan lagi.

    Adui, betul-betul sekadar nak cop passport saja nampaknya. Rasa nak je cakap "trip kau ni melawat London ke transit je kat sana?". Sebab, semasa transit di Dubai on the way pulang dari Orlando tahun lepas pun, Shaklee bawa jalan-jalan lunch sebelum melawat Burj Khalifa & Dubai Mall.

    Mungkin sekadar boleh cerita ke prospek “Syarikat ABC dah belanja aku sampai ke London tahu!”.

    International Trip Shaklee yang admin tahu, sekurang-kurangnya seminggu. Kalau jauh (macam Amerika atau Eropah), hampir 10 hari mereka di sana. Baru lah sempat hilang lenguh-lenguh badan, sebelum pulang.

    Apa yang mereka buat sepanjang 7-10 hari di sana? Baca cerita seterusnya...

    #ShakleeRewards


    No automatic alt text available.

    #2 Jujur Nak Bagi Reward, Bukan Acah-Acah Tapi Kedekut Sebenarnya

    Satu masalah Incentive Trip Shaklee ni; kalau tak 5-star, tak sah. Daripada hotel, sampai lah ke makan, semuanya Shaklee nak bagi kita yang The Best.

    Macam baru-baru ni ke Jepun, mereka duduk 3-malam di Imperial Hotel Tokyo; antara hotel tertua & mewah ni Jepun. Dibina sekitar 1880-an, Imperial Hotel Tokyo ni tempat Maharaja Jepun bawa tetamu untuk bermalam. Juga tempat artis & delegasi diplomatik kehormat duduk. Tak ke dahsyat tu?

    Lagi best, hotel ini terletak di Ginza (ala-ala macam Bukit Bintang - KLCC kita). Senang jalan-jalan shopping bila ada masa lapang.

    Berapa harga satu malam? RM2,000 semalam (screenshot harga di http://bit.ly/2qTdSRU). Dan perlu booking 6-bulan lebih awal kalau nak duduk ramai-ramai macam mereka ni. 6-bulan tau, bukan 6-hari. Punya lah hot hotel ni.

    Masa ke Orlando USA untuk Global Conference tahun lepas, mereka bermalam di Gaylord Palm Resort. Resort ni punya lah best, siap ada water park & indoor jogging track. Siap ada buaya (alligator) lagi di taman mini mereka. Malaysia atau Singapura pun belum ada hotel sebegini. Sangat unik, kan?

    Kalau setakat 5-star rangkaian antarabangsa macam Hilton, Pullman, Mariott & Conrad tu memang biasa sangat dah. Contohnya Hilton Park Lane di London, Pullman Montparnasse di Paris, Mariott Long Beach di California & Conrad Bophorus di Istanbul.

    Tu baru hotel, kita tengok bab makanan pula.

    Shaklee memang sediakan makanan sepanjang perjalanan. Siap diberikan snek lagi kalau perjalanan tu lama sangat. Contohnya semasa mereka ke Snow Wall di Tateyama tempoh hari. Sampai saja di bas, mereka diberikan snek sebelum sampai ke hotel untuk makan malam. Punya lah Shaklee taknak kita lapar.

    Eh kejap. Memang tak sempat nak lapar pun!

    Dan makanan yang mereka sediakan, bukan calang-calang. Bagi yang dah biasa travel, menu makanan mereka bukan juga asyik kebab, falafel atau shawarma saja tau. Semestinya bukan setakat €5 punya hidangan.

    Macam trip Shaklee Jepun ni, mereka dihidangkan dengan Kaiseki Dinner atau fine-dining Japan. Bagi yang belum tahu, Kaiseki adalah hidangan paling top di restoren tradisional Jepun. Ianya sangat mahal, ¥15,000 hingga ¥40,000 satu kepala. Bersamaan RM575 hingga RM1,535 setiap orang.

    Boleh bayang berblanja RM1,000 sekali makan?

    Dan bukan sekali, tapi beberapa kali mereka dijamu menu Kaiseki ni. Sewaktu mereka di Tokyo pula, Shaklee belanja multi-course crab menu. Daripada ketam sushi, ketam rebus, ketam masak sampai lah ke ketam goreng. Fuh, punya lah banyak jenis masakan ketam orang Jepun ni. ¥7,000 hingga ¥10,000 seorang kalau lepas 4pm.

    Oh ya, admin ada beritahu belum?

    Salah satu desert yang mereka makan ada ditabur emas. Ya, emas tulen! Kita di sini sibuk guna emas sebagai pelaburan, mereka di sana setakat makan untuk desert saja. Adui. Nak tahu macam mana rupa desert yang ditabur emas? Klikhttp://bit.ly/2rRo8Ho

    Terakhir, kalau Shaklee tak sempat nak belanja makan; contohnya waktu mereka shopping di Premium Outlet atau tengah enjoy dalam Disneyland, Shaklee bagi duit poket buat belanja makan. Nampak tak, betapa Shaklee jujur nak reward pengedar mereka?

    Jangan tak tahu, duit makan yang Shaklee bagi biasanya banyak sangat sampai boleh buat shopping tau. Dah habis belanja pun ada yang bawa balik lebihan duit tu ke Malaysia. Tak pasal-pasal dapat free CASH. Oh My Shaklee...



    Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

    #3 Penuh Itinerary Setiap Hari, Bukan Takat “Free & Easy”

    Selalu kan kita tengok penggiat MLM lain ramai-ramai tayang paper bag Louis Vuitton lah, Gucci lah, etc kalau ikut trip. Lagi-lagi kalau mereka ke Eropah. Kadang tu, admin tengok, hari-hari sepanjang mereka berada di sana pun asyik tunjuk gambar shopping. Musykil betul. Jadi, admin korek lah daripada mereka.

    “Apa yang korg buat kalau trip Syarikat?”

    Hampir semua pun jawab “syarikat bagi tiket flight & hotel. Sampai sana suka hati nak buat apa”. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu shopping jadi pilihan utama. Kalau 3 hari mereka di sana, memang 3-hari tu lah keluar masuk outlet saja kerjanya.

    Sebab tu ramai antara mereka yang jadi personal shopper semasa di sana. Cepat2 ambil gambar, cepat2 send ke Whatsapp & cepat2 ambil order. Zass, tu yang keluar dengan paper bag berkepuk-kepuk tu. Tapi tayang macam lah mereka yang punya. Oops

    Tapi trip Shaklee memang Jam Packed.
    Hari-Hari pun ada benda nak buat.

    Contohnya masa ke Jepun Baru-baru ni. Hari pertama jejak kaki di tanah Matahari Terbit pagi-pagi tu terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Biasalah kita ni, shopping tu macam Spa & Massage. Sakit badan & Jetlag segala hilang bila tengah shopping. Lagi-lagi kalau shopping di luar negara kan? Kemudian, mereka bermalam di Gero; tempat Onsen paling best di Jepun.

    Hari kedua, mereka dibawa ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu, mereka dibawa sejam perjalanan ke Shirakawa-Go; perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Hari ketiga, mereka ke satu-satunya Snow Wall di dunia; Tateyama Kurobe Alpine Route.

    4-jam tau perjalanan dari hotel mereka di Gero.

    Hari keempat, mereka dijemput makan Strawberry sepuas-puasnya di ladang berdekatan Yamanashi; Ishihara Nojo. Lepas makan tengah hari di restoren Ninja, mereka ke Pink Moss atau Fuji Motosu pula. Lepas check in di Imperial Hotel Tokyo, mereka ada special dinner bersama Dr Yasuhiko Kojima pula; Immunologist pertama yang discover tentang Interferon sebelum Saintis barat sambung kajiannya.

    Hari kelima, mereka ke Tokyo Metropolitan Government Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo, sebelum dibawa melawat pejabat Shaklee Jepun kemudiannya. Lepas lunch, mereka ke Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

    Hari keenam, ada Shaklee Walk atau jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo). Lepas tu mereka ke Disneyland seharian. Hari kelapan, check out hotel & pulang.

    Fuh, habis juga tulis semua itinerary ni. Kita yang baca pun macam semput. Apetah lagi mereka yang join, sure enjoy!



    Image may contain: 10 people, text

    #4 Didik Kita Jadi Pengembara, Bukan Sekadar Pelancong Biasa

    Bagi yang dah biasa travel, pasti dah pernah dengar kata-kata “be a traveller, not a tourist”. Inilah yang mentor kami tekankan di #iReachTravelselama ini. Mereka nak kami-kami ni cuba at least backpack sekali. Cuba rancang perjalanan & susun itinerary sendiri. Ia buat kita keluar comfort zone sehari-hari.

    Sekali, Presiden Shaklee Malaysia; Helen Lam, pun cakap benda ni. Dalam opening speech dalam majlis makan malam pertama di Jepun.

    Sebab tu, Shaklee sanggup berbelanja banyak untuk kaiseki dinner. Supaya setiap pengedarnya berpeluang rasai sendiri makanan tradisional orang tempatan. Macam kalau orang putih datang ke Malaysia, rugi kalau tak cuba nasi lemak kita.

    Bezanya, kaiseki dinner ni sangat exclusive & mahal harganya.

    Mereka juga diberi sepasang pakaian tradisional Jepun juga. Yukata namanya. Lengkap sepersalinan dengan terompah & bunga dibelakangnya. Semua ni kalau nak kira, ¥15,000 juga harganya.

    Admin biasa tengok orang Malaysia yang pakai Yukata di sana hanya untuk sesi foto sendiri-sendiri atau se-family saja. Tapi mereka ni siap jalan-jalan di old town Takayama & ke Shirakawa-Go dengan Yukata ni juga! Travel agent pun cakap “ini pertama kali mereka bawa bas yang penuh dengan Yukata”. Tiada MLM lain yang buat agaknya.

    Admin agak touching bila tengok Presiden Shaklee Jepun; Mr Shoji Doyama, dan Saintis Jepun; Dr Yasuhiko Kojima, pakai baju batik masa Family Dinner mereka. Bila kita hormat orang dengan berpakaian tradisi mereka, mereka juga akan balas hormat dengan pakaian tradisi kita.

    What a feel…

    Not to mention, mereka ni jadi artis sepanjang di Sannomachi & Shirakawa-Go. Manakan tidak, mereka satu-satunya group yang berpakaian Yukata. Banyak orang local senyum-senyum especially bila tengak 3 anak #iReachFoundersjalan-jalan dalam Yukata.

    “Kawaiii” (comelnyaaa) antara sebutan mereka.

    Yang pelancong asing pula, siap ada yang minta ambil gambar mereka bersama. Paling best, bila mereka (orang Malaysia yang muka langsung tak sama macam orang Jepun) berpakaian Yukata, ia jadi satu “conversation starter”.

    “Where are you from?” antara soalan pemula yg diakhiri dengan gambar selfie bersama & bertukar contact kemudiannya.

    Best kan trip Shaklee?



    Image may contain: 5 people, people smiling, child and text

    #5 Boleh Bawa Anak-Anak, Mak/Ayah & Mertua

    Kalau bukan satu-satunya, Shaklee adalah MLM terawal yang membenarkan pengedar membawa ahli keluarga bersama. MLM lain, paling-paling pun cuma boleh bawa pasangan saja.

    Tapi trip Shaklee, boleh bawa pasangan, anak-anak, mak/ayah & mertua. Travel dengan orang tersayang, itu paling utama kan?

    Percuma pula tu! Adui…

    Macam #iReachFouders ni, sepanjang 5-tahun bersama trip Shaklee, memang mereka bawa anak-anak, mak/ayah & mertua. Tiket yang mereka dapat tu banyak sangat (macam yang paling banyak je admin tengok), sampai terpaksa bawa anak-anak, mak/ayah atau mertua sebenarnya.

    Kalau tak bawa, rugi.

    Kalau kos Shaklee nak bawa seorang pengedar ke Incentive trip luar negara pun sekitar RM15,000-RM20,000, bayangkan mereka ni angkut sampai 5-6 orang setiap kali trip. Siap dah dapat bilik Suite & penerbangan kelas perniagaan lagi (tambah lagi RM10,000/org). Bestnya lah hai...

    Kenapa Shaklee benarkan?

    Sebab bisnes Shaklee bukan sekadar transaksi jual-beli, tapi tentang membina legasi. Legasi yang sangat family friendly.



    Image may contain: text

    #6 Hormat Keperluan Muslim

    Banyak orang malaysia yang bawa Maggy atau makan makanan Arab setiap kali ke luar negara. Selain jimat, memang itu je lah pun yang boleh makan. Dengan trip Shaklee, tak perlu bawa Maggy pun boleh survive. InsyaAllah. Bukan takat survive, silap hari bulan makin bulat sebab terlebih makan lagi ada.

    Ya, Shaklee sangat menjaga sensitiviti pengedar Muslim. Lagipun, 60% market di Malaysia adalah Melayu/Muslim.

    Kita tak perlu fikir “mana nak cari makanan Halal”. Sebab Shaklee dah survey, check & tempah siap-siap makanan Halal. Tu yang mereka sampai naik bas ke hotel lain semata-mata nak dapatkan Sarapan Halal di Holiday Villa Hotel, London. Padahal, boleh je breakfast roti ke apa ke yang muslim boleh makan di Hotel Hilton Park Lane tu.

    Begitu juga ruang solat.

    Yang pernah travel mungkin dah biasa solat di parking lot, taman-taman, playground atau celah-celah museum. Ya lah, tempat minority muslim mana ada Masjid atau surau bersepah macam kita di Malaysia ni. Tapi dengan trip Shaklee, kita tak perlu runsing fikir cari ruang solat.

    Pertama kali sampai di Toki Outlet di Jepun, mereka terus dibawa ke ruang solat khas di sana. Hanya dibuka untuk mereka hingga jam 12.30pm.

    Semasa berada di Snow Wall pula, mereka dibawa terus ke ruang solat yang hotel di sana dah sediakan. Ala-ala bilik Onsen gitu. Padahal, mereka tidak menetap di sana. Cuma makan tengah hari saja.

    Semasa makan tengah hari di Kanituraku Restoren, mereka dijamu di satu bilik khas. Dalam tu ada pentas kecil yang agak lapang. Sambil makan crab, mereka gunakan ruang pentas tu untuk gilir-gilir solat. Seronok kan?

    Paling best, admin dengar, masa Global Conference Shaklee di Long Beach & Orlando 1-3 tahun lepas, Shaklee siap sewa bilik khas (perlukan duit ok nak sewa ni) semata-mata nak beri ruang kepada pengedar muslim menunaikan solat.

    Memang touching betul.

    Sebab tu, pengedar Shaklee begitu setia & sayangkan Shaklee.



    Image may contain: 4 people, people smiling, sunglasses and text

    #7 Semua Pengedar Memiliki Peluang Yg Sama

    Ada MLM yang cuma reward bila dah sampai rank tertentu saja. Bila sekali dah capai, dia akan dapat join trip tu selama-lamanya. Walaupun business performance mereka untuk tahun itu, tidak sebagus atau sebaik pengedar yang lain. Pendek kata, tiket mereka “at at the expense” of good performance pengedar lain tapi belum capai rank yang sama seperti mereka.

    Ada juga MLM yang ambil jalan pintas. Mungkin sebab mereka inginkan gambar peserta yang lebih ramai, mereka sanggup tawarkan join trip incentive mereka kepada pengedar yang tidak layak; dengan syarat mereka bayar beberapa ribu sebagai kos transport & penginapan.

    Apa yang terjadi ialah, pengedar yang kaya-raya saja yang memenuhkan kerusi; walaupun sebenarnya mereka bukan business leader yang selayaknya. Dengar cerita, sampai ada yang sanggup buat personal loan semata-mata nak bayar kos transport & hotel ke company mereka.

    Hmm, rasanya lagi elok kalau pergi sendiri.
    Tiada lah terikat dengan itinerary company.

    Tapi Shaklee ni ada lain sikit.

    Pertama, hanya yang betul-betul layak saja yang boleh ikuti trip mereka. Yang sipi-sipi atau lagi sikit pun mentah-mentah saja Shaklee reject. Sebabnya, trip Shaklee ni 100% exclusive. Kalau dah ada si “non-performer” dalam tu, dah tak jadi exclusive lah kan?

    Kedua, Shaklee tak reward berdasarkan seniority. Tapi, business performance semata-mata. “Hang dah rank tinggi2 atau dah lama join tapi tak deliver, SORRY”. “You belum rank tertinggi tapi Business Performance superb, COME”. Dengan kata mudah, sesiapa pun, “anda buat, anda dapat”. Dan tak semestinya upline boleh dapat lagi banyak tiket daripada downline. Kalau downline tu skor, memang dia lagi banyak dapat berbanding upline-nya sendiri. Adil kan?

    Ketiga, tiada had berapa banyak point yang kita boleh skor. Tak macam MLM lain yang “paling-paling pun boleh dpt 2 tiket atau bawa pasangan saja”. Di Shaklee, lagi banyak skor, lagi banyak tiket boleh dapat. Tu yang #iReachFounders boleh dapat sampai 5-6 tiket. Ada juga pengedar lain yang skor sampai 3 tiket untuk trip Jepun baru-baru ni.

    Apa pun, memang semua pengedar memiliki peluang yang sama. Yang tak sama, mungkin usaha masing-masing saja. Sebab itu satu-satunya yang membezakan antara pengedar Shaklee A dengan pengedar Shaklee B. Yang penting, adil & saksama...


    ******************************************************************************************************************************************************************************************

    Memang best sangat baca kisah mereka yang dah merasa insentif percutian Shaklee nie. Saya sendiri pun teruja tau! Sangat sangat sangat teruja!!!

    Memang terlalu berbaloi sangat kerja kuat dengan Shaklee. Company betul-betul reward kita! Sebab tu la ramai yang sayang dan setia dengan Shaklee!


    Jom usaha sehabis baik untuk next trip Shaklee!



    Image result for trip percutian shaklee