Followers

Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

16 July 2020

Ubah 5 Perkara Ini

21:12 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari nie rasa macam tak ada la buat kerja sangat, tapi kenapa eh rasa penat macam buat kerja tak berhenti pulak 😅


Korang selalu macam nie tak? 

Kalau korang selalu penat tak tentu pasal, boleh jadi korang kena ubah 5 perkara nie.


Boleh jadi;

1. Otak penat kerana terlalu fikir benda tak perlu.

2. Tidur tak cukup.

3. Makan makanan tak berkhasiat. 

4. Terlalu resah gelisah dan kecewa hal yang lepas.

5. Dikelilingi orang yang negatif. 


Tabiat bazirkan tenaga



Jom ubah! 
Supaya kita jadi lebih sihat dan cergas! 😊✌️


Salam sayang 💓 Deanna Ja'afar 💓

14 April 2017

Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Najis

14:20 2 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Image result for kesihatan


Maaf, entry kali nie mungkin agak kotor tapi ia penting. 
Ia adalah satu petanda yang sangat baik untuk melihat kesihatan usus korang.


Lihat bentuk najis korang..

Bentuk #3 dan #4 adalah yang paling sihat.



petanda usus sihat
Bentuk najis sebagai petanda tahap kesihatan usus
kredit Dr Malinda






Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 




23 March 2017

Macam Mana Nak Pilih Produk Nutrisi Yang Baik & Selamat?

09:00 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Hari nie saya nak kongsi 1 tips untuk pilih supplement atau pun makanan tambahan yang baik dan selamat untuk di makan.

tips pilih supplement yang baik dan selamat


Macam mana caranya?

Mudah aje.

Ambil pil sampel daripada produk supplement yang korang makan dan letakkan dalam segelas air. Pil tu mestilah benar2 larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit. 

Kalau pil tu nak larut ambil masa yang lebih dari 20 minit, ada kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan korang tak dapat nak memecahkan produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah korang.

Ok, apa kaitannya ujian air nie?

Ujian air nie penting tau untuk pastikan penyerapan produk nutrisi tu. Banyak produk kat pasaran sekarang nie banyak guna bahan pengikat tiruan, bahan pengisi dan bahan pewarna yang bila kita makan, sistem pencernaan kita tak dapat nak memecahkan pil tu untuk penyerapan.

Dan semua produk nutrisi mesti LULUS ujian air nie.

Jadi kalau makan produk nutrisi tapi tak boleh nak dicerna, agak2 nya korang makan untuk apa? Fikir2 kan.....





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris

22 March 2017

UDANG DISUNTIK CMC??

09:09 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tak terperanjat pun bila tengok video nie dari Klinik FB Dr Zubaidi. Sebenarnya sedar tak sedar je kita sememangnya terdedah dengan banyak makanan macam nie..ayam disuntik..buah dah tak ada biji..

Dalam video nie udang disuntik dengan CMC Carboxy Methyl Cellulose untuk meningkatkan berat setiap ekor udang sebanyak 15-20%.


Pengambilan vitamin memang penting buat saya untuk bantu badan kekal sihat dan melawan karsinogen.

Jom jalani kehidupan yang sihat!



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris

16 March 2016

Kenali Simbol Pada Bekas Plastik

18:18 0 Comments
Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci?
Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya?

Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula?
Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH!
Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut.
Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.
Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.


PERHATIKAN SIMBOL INI DI BEKAS PLASTIK SEBELUM GUNA.

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)

Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. 


Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. 


Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan.

Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku.

Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.


Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)

Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. 

HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.



Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)

Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. 

Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.



Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)

Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.



Kod No. 5 – Polypropylene (PP)

Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.




Kod no. 6 – Polystyrene (PS)

Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. 

Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.



Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)

Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. 

Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi.

SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan.

SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip.

SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.



Kesimpulan

Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. 

Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. 

INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama.

Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7.

Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.




Semoga bermanfaat!

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita