Followers

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

13 September 2020

Nak Tahu Macam Mana Rezeki Bergegar?

16:01 0 Comments
Assalamualaikum semua.


Nak tahu tak macam mana rezeki bergegar?




Tips rezeki nie saya dapat dari saudara Farihan Yahya. Semoga bermanfaat untuk semua.



Satu hari adalah sahabat saya seorang ini, kita panggil beliau Mr. M telah datang berjumpa dengan seorang orang soleh. Bertanya tentang dua pilihan yang dia ada.


Dia sekarang baru sahaja menerima amanah dan tanggungjawabnya lebih kurang beberapa bulan untuk tadbir dan urus anak-anak tahfiz harian dan masjid mingguannya. 


Kemudian dia dapat tawaran pula untuk bekerja sebagai projek manager kat sebuah syarikat ribuan bayarannya ni. 


Dia pun tak tahu nak buat pilihan mana satu sampai taklena tidur dibuatnya.


Pandang orang soleh Ini sangat istimewa, 


"Tuan teruskanlah dengan amanah dan tanggungjawab tu. Memberi makan kepada orang Ini besar sangat besar ganjarannya. Bergegarlah Arasy Allah ketika seseorang memberi orang lain makan (dek kerana kelebihan Nya)" 


"Tapi saya bukan mahukan gaji yang mahal tu? Kan saya juga berniaga sambilan sebagai usahawan kewangan"


Orang soleh tadi tersenyum


"Niat Tuan, niat yang akan mengubah segala2nya. Niatlah yang akan membezakan antara kita dengan orang lain,"


"Tuan niatkan sahaja memegang amanah dan tanggungjawab ni untuk beri makan kepada Umat Nabi,"


Allahu.. sentap saya dengar2 kisah ni Dari sahabat saya nie, sedemikian impaknya.


Terus saya teringat apa yang pernah dikongsikan oleh seorang hartawan dari Indonesia.


Amalan yang beliau tak pernah miss adalah mengedarkan makanan pada setiap Hari terutamanya hari Jumaat.


Apabila ditanya kenapa Nasi Dan makanan? 


Hartawan Ini cuma sebut panjang perbahasannya. Buat saja dulu dan lihat sendiri perubahan rezeki yang berlaku selepas tu. Hanya yang sudah minum air laut sahaja yang akan tahu sejauh mana masinnya RASA air laut itu.


Dan hari ni saya tahu kenapa mesti makanan.


Amalan yang simple dan sederhana. 
Yakni memberi makan kepada orang lain tapi masyaAllah sampai bergegar Arasy Allah kerananya.


Kerana amalan memberi makan Ini terkumpul padanya dua benda:

+ Memasukkan kegembiraan dalam Hati orang muslim

+ Salah satu bentuk sedekah. Tiada marketing Yang lebih hebat Dari sedekah


Memberi makan kepada orang lain tak perlu mendirikan khemah dan panggil sekampung.


Mulakan dengan yang sedikit dan yang terdekat.


Mulakan dengan beri makan kepada jiran sebelah rumah.


Cuma jadikan rutin kita. Boleh jadi dengannya bergegar pintu2 Rezeki Kita di langit Sana.


Begitulah aktiviti rutin #ProjekBahtera di mana kita memberi makan harian untuk anak-anak tahfiz, mingguan untuk para jemaah masjid 


Sometimes one Community Needs to come forward and support a common goal


"HARTA yang kamu makan akan jadi KOTORAN.

HARTA yang kamu simpan akan jadi REBUTAN dan WARISAN.


Tetapi,

HARTA yang kamu SEDEKAHkan, InsyaAllah akan jadi TABUNGAN SEPANJANG MASA, yang KEKAL ABADI di AKHIRAT nanti."


ps: 
Sebarkan post ini tanda anda mengajak orang untuk turut sama bersedekah.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa mengajak (manusia) kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.”

Dapat sesuatu?

#SebarkanKebaikan


Kredit: Farihan Yahya


30 June 2020

Bila Anak Mengadu Sakit Apa Kita Nak Buat?

22:48 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama tinggalkan blog nie..hehee..

Terima kasih pada yang masih  sudi singgah blog Dee. 💓

Malam nie nak share satu ilmu yang Ustazah Isfadiah share dalam channel Istagram beliau.


Anak Mengadu Sakit, apa kita yang perlu lakukan sebagai ibu bapa?


Ustazah Isfadiah pesan, bila anak Mengadu sakit kita kena segera layan!


Tapi macam mana?

Macam nie caranya...

Bacakan Surah Muawwizat. 
Iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Annas. Hembuskan di tangan dan sapukan pada tempat yang sakit.


Apa yang anak akan rasa?
1. Anak akan tenang dan lebih percaya pada kita.
2. Anak mengkagumi kedekatan kita dengan Allah.
3. Hati Anak mudah ditambat kerana perhatian kita.


Semoga bermanfaat.


With love, Deanna 🌹💓





20 February 2018

Nak baca Surah Mulk, Yasin, Sajadah & surah-surah lazim dengan tajwid lebih tepat?

18:12 0 Comments

Assalamualaikum.


Saya yakin 3 surah nie surah yang selalu kita baca kan?
Surah Yasin, surah Al-Waqiah dan surah Al-Mulk.



Surah Yasin biasa kita baca malam Khamis. Dan semua tahu fadhilatnya sangat besar.



Surah Al-Waqiah pulak ramai tau surah nie surah kekayaan. Malah ada yang hafal kerana yakin lebih mudah menjemput rezeki dengan surah Al-Waqiah nie.


Surah Al-Mulk yang kita baca tiap malam kerana fadhilatnya sangat besar, dapat menyelamatkan kita daripada siksa kubur.



Namun, berapa ramai daripada kita yang yakin bacaan kita tu betul tajwidnya?
Tepat tajwidnya pada setiap bacaan surah-surah yang biasa kita baca?




Nak pergi belajar, alah segan la pulak!
Lagi pun masa tak ada nak pergi berguru.
Masa yang ada cuma waktu malam lepas anak-anak tidur.



Tak berguru, macam mana pulak nak baca dengan tajwid yang betul ya tak?



Jom saya kongsikan jalan penyelesaian yang mudah untuk korang.


Macam mana?

Melalui buku terbaru tulisan Ustaz Asraff Ayob Tajwid Mantap.




Pertama seumpamanya di Malaysia : 
Gabungan TEORI + PRAKTIKAL Tajwid dalam 1 buku

Melalui buku ini, anda berpeluang untuk kuasai bacaan semua surah penting dengan 
TAJWID LEBIH TEPAT.

Surah penting iaitu : 

5 SURAH PILIHAN : Yasin, Sajadah, Mulk, Insan & Waqiah
22 SURAH LAZIM : Ad-Dhuha hingga An-Naas

Melalui buku ini saya kongsikan BERATUS kesalahan tajwid kecil yang ramai orang lakukan 
ketika membaca surah tersebut. Kesilapan tajwid kecil-kecil yang sukar mereka nak 'detect'. 
Salah tajwid yang mereka tak perasan.



Nak tau lebih lagi tentang buku terbaru Tajwid Mantap nie boleh klik SAYA NAK BACA DENGAN KUALITI TAJWID YANG ALLAH SUKA.



Harga promosi buku nie hanya RM25 sahaja tau!
dengan FREE GIFT khas yang korang takkan jumpa lagi lepas ni.


Untuk 300 pembelian PERTAMA SAHAJA, pihak Furqanworks akan hadiahkan buku 'The Yasin' (berharga RM6 senaskah). Buku Surah Yasin unik yang terkandung di dalamnya 10 formula luarbiasa yang Tuhan kongsikan dalam surah Yasin.



Jadi tolonglah jangan lepaskan peluang memiliki buku Tajwid Mantap nie ya. 
Nak ajar anak pun confident tinggi sebab dah tau bacaan tajwid yang tepat (^_^)



Sebar-sebarkanlah, moga semua mendapat manfaatnya.



Salam sayang, Deanna Aris

12 February 2018

TEKNIK MENGAJAR ANAK AGAR SUKA MENGAJI

14:38 0 Comments

Assalamualaikum.



TEKNIK MENGAJAR ANAK AGAR SUKA MENGAJI:



Ada orang kata, "anak-anak ustaz untunglah, bapanya tok guru tajwid. Anak mesti pandai mengaji" .



Saya tersenyum cuma hati berkata, tak tentu juga kerana iman bukannya boleh diwarisi. Nabi Nuh yang confirm masuk syurga tu pun anaknya murtad, apalah sangat ustaz biasa macam saya ni. Sebab itu saya perlu kuat berusaha agar cinta anak dengan Al-Quran berputik sejak kecil.



Cuma dalam bab mengajar anak mengaji ni, fuh..... Saya rasa itu antara tugas paling mencabar, lebih mencabar dari mengajar seribu peserta seminar!



Kenapa ya? 
Hehe... mana-mana parent mesti tahu sebabnya😊 Baik, dalam tulisan ini saya akan share beberapa tips yang saya gunakan untuk mengajar Yaya baca Quran sehingga khatam ketika darjah 2, lebih cepat dari ayahnya yang dahulu khatam darjah 5 (itu pun kadang-kadang ceneke, baca Al-Quran versi tulisan rumi, hihihi....)




1) MULAKAN DENGAN BUKU IQRA : 


Saya mengajarnya mengaji dengan menggunakan buku Iqra sahaja, tiada buku lain. Zaman saya dahulu, kita guna Muqaddam. Tapi kanak-kanak sekarang lebih mengenali buku Iqra'. Buku ini pun sebenarnya sudah memadai, tak perlu pun buku lain kerana ia disusun secara sistematik. Cuma jika anak kita masih bermasalah lambat 'pick-up' walaupun buku Iqra dah habis, itu maksudnya mereka perlukan lebih latih-tubi.



Kanak-kanak ni sama macam kita juga. Ada yang laju, ada yang perlahan belajar. Macam Yaya agak laju pick-up. Anak kedua saya, Aqif Furqan (5 tahun) perlahan sedikit. Biasalah lelaki kot, fokusnya kurang. Baru 5 minit mengajar kepalanya dah lentok. 



Kita baca 'KA-TA-LA', dia baca 'KA-LA-MA'. Sabar yolah. Sebab itu rotan perlu ada di sisi. Bukan nak merotan pun, just stand-by sahaja. Bila kepalanya mula lentok, saya pegang je rotan, badannya tiba-tiba segar-bugar! Jadi untuk Aqif saya banyakkan pengulangan. Satu mukasurat perlu baca 3 kali. Baru dia ingat bunyi hurufnya . 





2) APABILA DAH MASUK AL-QURAN, FOKUSKAN LANCAR DAHULU: 


Ada rakan terkejut ketika mendengar bacaan Al-Quran Yaya. 'Hmmm dengungnya masih ada tak betul. Panjang-pendek pun ada gagau-gagau lagi. Macammana enta mengajar syeikh?. Enta kan tok guru besar?'. Saya jawab, 'rilekslah. Dia kan budak lagi. Untuk first stage ni, saya fokuskan kelancarannya dahulu. Saya lelap mata sahaja jika dengungnya kurang tepat atau huruf Dhodnya masih tak cantik sangat....' 



Saya berpendapat, yang paling penting adalah kelancarannya dahulu, baru hukum-hakam. Budak-budak ni, kita jangan terlalu ketatkan sangat proses pembelajaran. Nanti dia akan cepat boring. 

 


Lagipun pada tahapnya, memadai untuk dapat sekali khatam dahulu dengan bacaannya lancar tak banyak gagap-gagap. Janji dia kuasai cara nak sambungkan bunyi perkataan dengan fasih. Itu sahaja fokusnya. Untuk mencapai objektif itu, Yaya akan baca 5 mukasurat setiap hari tanpa miss kecuali jika ada aral mendatang. Siapa yang solat maghrib di Masjid Hasanah Bangi, boleh nampak saya mengajar mereka baca Quran di saf belakang lepas solat. 




Dan Yaya cukup gembira apabila dia khatam tempohari. Gembira sebab dah capai sesuatu yg besar. Sense of accomplishment, kata orang putih. 





3) APABILA DAH KHATAM, YAYA MASUK STAGE 2: 


Apabila dah khatam disember lepas, Yaya teruskan lagi baca Al-Quran. Cuma sekarang objektifnya sudah berbeza. 



Sekarang ia di stage 2. Untuk stage ini Yaya akan baca sehari 2 mukasurat sahaja. Fokusnya advance sikit. Makhraj hurufnya saya amati. Sifat hurufnya saya betulkan agar selari dengan lahjah arab. 



Malah, saya sediakan satu Al-Quran khas sebagai latihan untuk mengenalpasti hukum tajwid. Untuk latihan pertama saya minta dia gariskan seberapa banyak mad asli yang ditemuinya dalam muka surat yang dibacanya. 



Kemudian, dia perlu baca siap dengan penerangan sekali - Mad Asli, huruf Alif kosong sebelumnya baris atas. Panjang 2 harakat. Bunyinya 'maaa'. . Lepas habis hukum Mad, saya ajar cara nak kenalpasti hukum idgham & hukum tajwid lain pula. Itu sahaja fokus stage dua sampailah ia khatam. . Kenalpasti hukum tajwid. Baca dengan sebutan huruf lebih tepat. 





-------------------------- Ok, cukuplah setakat itu. Lagipun Yaya masih stage 2, belum stage 3 lagi. saya target dalam 2 tahun mungkin selesai. Lepas tu baru masuk stage 3. 



Apa stage 3 ustaz?



Haaa, mesti anda tertanya kan? Stage 3 adalah HAFAZAN. Yaya akan mula hafaz Quran. Bukan saya paksa sangat tapi dia yang berminat sebab teruja tengok bapanya boleh tegur kesalahannya padahal mata terpejam, haha... 



Ketika di stage 3 nanti, saya tak fokuskan dia laju menghafaz. Saya akan fokus, dia hafaz ayat/surah dengan FAHAM & TAHU, bagaimana nak apply ayat tersebut dalam kehidupan. 



Sebab pada akhirnya nanti, kita bukan setakat inginkan anak menghafaz Al-Quran, tapi seberapa banyak Al-Quran mampu 'menghafaz' (memelihara) & memandu kehidupannya, agar senang di sini & senang juga di sana. 





Baiklah, jika anda temui manfaat dalam artikel ini, bolehlah amalkan sama & panjang-panjangkan dengan kawan-kawan FB/ whatsapp. 





Oh ya, just nak inform: Seminar Tajwid Luarbiasa edisi 2018 telah dibuka. Ini peluang terbaik untuk anda kuasai tajwid dengan cara 'fast-track', cepat faham, belajar santai & nanti, anda akan lebih confident nak baca Quran sendirian tanpa risau salah tajwid. Anda juga ada kemahiran untuk ajar anak sendiri di rumah. 





Untuk kali ini, kami tawarkan DISKAUN BESAR tiket seminar. Sebelum ini RM 140 per peserta, tetapi sekarang yurannya bermula dari serendah RM 65 sahaja ✅. 



😲Diskaun lebih 50%. Memang JIMAT BANYAK



Seminar pada bulan Mac ini bakal diadakan di Shah Alam & Bangi. InsyaAllah kami juga akan adakan seminar di utara (Penang). Sedang tunggu confirmation dewan. . Dapatkan segera tiket diskaun ini dengan melayari link ini :






Semoga bermanfaat, Ustaz Asraff Ayob



10 February 2018

Kenapa bila nak tolong tak payah "korek cerita"?

16:38 0 Comments

Assalamualaikum.


Hari nie rasa nak copy & paste status Ustaz Zaharuddin dalam blog. 



Cuba fikir, apabila ada kawan atau individu terkenal ada MASALAH rumahtangga, bercerai contohnya. Kawan dan individu itu TAK cerita pun kepada kita tapi TERINGINKAH kita untuk tahu lebih terperinci kisahnya?..nak tahu sebab apa?, kenapa?, apa punca?, kecurangan ke? mandul ke? tak kasihan ke? dah cuba begini begitu dll.


Untuk apa tahu lebih terperinci?,..SAJA nak tahu dan sedap untuk tahu...mungkin?. TETAPI beralasan 'NAK TOLONG', kononnya padahal tiada dipinta pun. Inilah satu jenis nafsu yang Islam ajar kita KEKANG. Sabda Nabi "Dari antara sifat termulia seorang Muslim, adalah MENINGGALKAN apa yang TIADA KAITAN dengan dirinya".


Justeru, bermujahadah (lawan nafsu) di ketika suka dengar kisah-kisah BURUK dan DERITA orang yang kita TIADA PERANAN & URUSAN untuk terlibat dengannya. Kisah rumahtangga orang, keadaan masalah kerjaya orang, ye, pelbagai jenis masalah orang lain termasuk artis & 'public figure' YANG TIADA KENA MENGENA dengan kita.


KENAPA LARANG?? kerana sejurus kita buka peluang mendengar dan bercerita, jadilah MENGUMPAT, kemudian akan timbul andaian punca begitu begini lalu jadilah ia SANGKA BURUK dan ia berdosa. Selepas itu, jadi pula bila makin hangat, ia tersebar dan jadilah pula FITNAH ( atau Buhtan di dalam bahasa arab).


Jika benar nak tolong, boleh terus tawarkan pertolongan meringankan kesukaran TANPA perlu mengorek 'cerita' tersebut.


Semoga ada manfaatnya.

24 December 2017

Kisah Penjual Roti dan Istigfar

18:20 0 Comments


Assalamualaikum.


Mungkin ada yang dah tau kisah nie kan?


Pertama kali saya dengar kisah nie dalam Al-Kuliyyah kat TV3. Masa tu tajuk dia Istighfar.


Secara jujurnya, bermula dari dengar kisah nie lah saya cuba untuk perbanyakkan istighfar. Memang susah bila buat untuk pertama kali. Tapi bila dah lama-lama, dengan izin Allah ia akan jadi mudah.


Kalau tak mampu nak buat terus 1000 kali. Cubalah buat 33 kali tiap lepas solat. Lepas tu barulah naikkan kadar bilangannya. Dan cubalah lafaz sambil menyelami maksud istighfar...



Bagi korang yang belum tau kisah nie, jom baca kisah nie ya. Moga-moga ia juga menjadi turning point korang untuk selalu dan perbanyakkan istigfar.





KISAH IMAM AHMAD BIN HANBAL, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya



Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.


Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.


Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. 


Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. 


Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.


Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. 


Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. 


Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.


Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"


Jawab si penjual roti:
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

kelebihan-istigfar


"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."


"Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.


Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."


Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. 


Lantas beliau berkata: 
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."


"Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.


"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.


Subhanallah..


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


-:kisah dicopy paste daripada page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Jadi walauapapun hajatmu sentiasalah beristighfar.


cara-menyelesaikan-masalah


Semoga ianya dapat memberi manfaat.


23 December 2017

Hebatnya kuasa YA LATIF Berbanding Rotan.

08:30 0 Comments

Assalamualaikum.


Bila anak-anak kita nakal atau tak dengar kata, ramai antara kita yang mula tinggikan suara dan pukul anak kan.... Kadang-kadang bukan kita tak boleh sabar, tapi mungkin terikut-ikut dengan gaya mendidik zaman mak atau nenek kita..



Memang cabaran yang agak besar bila kita jaga anak-anak tanpa tinggikan suara dan marah-marah. Memang tak mudah. Lebih-lebih lagi bila ada anak ramai. Macam-macam perangai kan..



Namun kita sebagai ibu apa yang perlu kita buat? Kita gunakan kuasa DOA.


berdoalah-kepadaku-niscaya-aku-perkenankan-kuasa-doa




Boleh tak kita denda anak kita? 
Denda tu boleh, tapi ia tak mencukupi dan kita perlu doakan yang manis-manis.



Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu ayah adalah doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa perlulah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak kita.




Amalkan membaca YA LATIF sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu anak sedang atau hendak tidur.



Kita (dan ingatan untuk diri saya juga) perlu banyak bersabar dalam melayani karenah anak-anak zaman sekarang yang sangat aktif. Sebenarnya kita nie perlu banyak pujuk daripada marah-marah.



Baca Al-Fatihah dan Surah Taha ayat 1-5

al-fatihah


surah taha 1-5



Bacaan untuk anak/suami yang degil tak mahu solat:


Baca doa ini 3 kali pada anak/suami yang sedang tidur pada hidungnya masa dia menarik nafas. Buat sekurang-kurangnya 7 malam masa anak/suami sedang tidur nyenyak.


Doa Nabi Daud:

"Ya Allah, lembutkan hati anakku (sebut nama) sebagaimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi".



Juga hembuskan pada makanan dan minumannya.



Bila tengah masak pulak sentiasa basahkan lidah kita dengan ayat 200 Surah Al-Imran.

surah alimran ayat 200



Dan perbanyakkan juga zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang-ulang kali. Semua ini doa pelembut hati, insyaAllah.


Semoga bermanfaat.


Salam sayang ❤ Deanna Aris


04 December 2017

Apa Maksud ALLAH Berselawat?

16:11 0 Comments


Assalamualaikum.



"Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, ALLAH berselawat sepuluh kali ke atasnya." 
Hadith Riwayat Muslim 




Apa sebenarnya yang kita faham bila mana kata ALLAH berselawat? 




APA MAKSUD ALLAH BERSELAWAT?


Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)), diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian.



Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.



Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.



Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.




Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].




Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

{Ù‡ُÙˆَ الَّذِÙŠ ÙŠُصَÙ„ِّÙŠ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ…َلائِÙƒَتُÙ‡ُ Ù„ِÙŠُØ®ْرِجَÙƒُÙ…ْ Ù…ِÙ†َ الظُّÙ„ُÙ…َاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ النُّورِ ÙˆَÙƒَانَ بِالْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ رَØ­ِيمًا}

{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].




Jom kita tambah ilmu. 




Jom kita perbanyakkan selawat juga (^_^)

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ




Salam sayang ❤ Deanna Aris

09 November 2017

Doa yang Diamal Dato Seri Vida Selama 15 Tahun

15:59 0 Comments

Assalamualaikum.


"Qu Puteh, Qu Puteh.. barulah putih!!"


Siapa laa yang tak kenal dengan Dato' Sri Vida... Sangat sangat sangat sinonim dengan tagline tu kan... Anak-anak saya pun hafal dah. Siap buat gaya lagi!hehehe..



Baiklah. Hari nie saya nak kongsikan satu doa yang diamalkan Dato' Seri Vida selama 15 tahun sejak zaman daifnya dulu. 



doa-murah-rezeki-yang-diamal-dato-seri-vida




Ini merupakan doa yang diamalkan Dato Vida selama 15 tahun dari masa dia miskin dan daif lagi. Dan sampai sekarang masih lagi diamalkan.



Doa murah rezeki yang Nabi ajar pada sahabatnya Bader bin Abdullah al-Makhzumi.. Hadis ini Riwayat Abu Nu'aim.. Doanya berbunyi :


Bismillahi 'ala nafsi. Bismillahi 'ala ahli wa mali. Allahumma roddini bima qadhaiyt, wa 'afini fima abqaiyt, hatta la uhibba ta'jila ma akhkharta wala tak khira ma 'ajjalta...


Maksudnya : Bismillah untuk diriku. Bismillah untuk keluarga dan hartaku. Redhakanlah aku ya Allah terhadap apa yang Engkau takdirkan atas diriku dan selamatkan aku selagi mana menempuh baki hidupku, sehingga aku merasa tenang dan puas hati, tidaklah ingin disegerakan apa yang Kau tunda dan tidak pula ingin ditundakan apa yang Engkau segerakan.


Jom kita beramal bersama 






Untuk versi yang lebih jelas kat bawah nie ya.



Doa murah rezeki yang Nabi ajar pada sahabatnya Bader



Terima kasih pada Nadiah yang share doa nie di facebook.

Salam sayang ❤ Deanna Aris

08 November 2017

4 Petua untuk Berjaya yang Diamalkan Pelajar Terbaik STPM Terengganu

16:46 0 Comments

Assalamualaikum.

Minggu peperiksaan bagi pelajar SPM dah pun bermula kan.. Semoga semua pelajar yang menduduki peeriksaan SPM tahun nie dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mudah.



Hari nie saya terjumpa satu artikel tentang 4 Petua untuk Berjaya yang Diamalkan Pelajar Terbaik STPM Terengganu. Artikel nie memang artikel lama, tahun 2012. Namun, ada sesuatu yang penting dalam artikel nie yang mungkin kita dapat ambil contoh dan pengajaran daripadanya.



Semoga ianya dapat memberi manfaat.



Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.


Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.



"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.



Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.



Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.


Sumber:kosmo


petua-untuk-berjaya




Salam sayang  ❤Deanna Aris

03 June 2017

Amalan Agar Sentiasa Berduit

20:30 0 Comments

Petikan dari buku Amalan Menjemput Rezeki



Amalan Agar Sentiasa Berduit


Pertama : Tetapkan Jumlah Tabungan Impian (Mahu berada di tangga berapa?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Kedua : Hitung Dan Ketahui Jumlah Hutang ( Berapakah sebenarnya jumlah hutang?)


Tangga 1: RM0 - RM1

Tangga 2: RM1 - RM10

Tangga 3: RM10 - RM100

Tangga 4: RM100 - RM1,000

Tangga 5: RM1,000 - RM10,000

Tangga 6: RM10,000 - RM100,000

Tangga 7: RM100,000 - RM1Juta



Ketiga : Mula merancang strategi untuk:

1) Menambah tabungan dan


2) Mengurangkan hutang.


Contoh:


2015: Hutang di tangga 7

Tabungan di tangga 1


2016: Hutang di tangga 6

Tabungan di tangga 2


2017: Hutang di tangga 5

Tabungan di tangga 3


2018: Hutang di tangga 4

Tabungan di tangga 4


2019 : Hutang di tangga 3

Tabungan di tangga 5


2020: Hutang di tangga 2

Tabungan di tangga 6


2021 : Hutang di tangga 1

Tabungan di tangga 7



Bergantung kepada kesunguhan dan amalan masing-masing.


Dalam tempoh 3 hingga 7 tahun , kita ada peluang bebas hutang dan mempunyai tabungan yang banyak.


Sudah tentu ia menjadi lebih nikmat berbanding keadaan ini:


Jumlah Tabungan: RM1Juta

Jumlah Hutang : RM1 Juta


Duit banyak, hutang pun banyak....( tidak senikmat ) punya duit banyak dan tiada hutang.



Keempat: Mulakan amalan agar sentiasa berduit.


Boleh mula hafal dan wiridkan ayat di bawah sebabyak 33 kali selepas setiap waktu solat.


Juga boleh dibaca sekali setiap kali keluarkan duit dari dompet.


" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )



Semoga bermanfaat.


30 May 2017

Tak Sangka Anak-anak Saya yang Terpilih!

15:28 0 Comments

Assalamualaikum.


Macam biasa tiap-tiap minggu kalau tak pergi dengan encik suami, saya akan pergi dengan ibu untuk beli lauk-pauk stok untuk seminggu.


Hari nie pun ramai orang nampaknya. Dalam kesesakan tu, tiba-tiba...


" Nah..ambil...ambil..."


Siapa pulak nie bercakap kat sebelah saya.. suruh ambil apa pulak nie?


Bila saya toleh, ada seorang abang nie tengah hulur duit kat anak saya yang sulung. Anak saya pulak malu-malu nak ambil.


Tengok abang tu bersungguh-sungguh saya pun suruh anak saya ambil duit yang dia hulur tu. Anak saya pun ambil sambil ucap " Terima kasih".


Dia terus hulur pada anak saya yang nombor dua. Dan juga anak saya yang ketiga yang saya dukung masa tu.


Saya sempat cakap kat abang tu, " Murah rezeki acik".. wakil anak-anak sebagai ucapan terima kasih dan doa atas pemberian dia.



Image result for rezeki



Memang betul la kan... rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki tak pernah salah tuan!


Dalam ramai-ramai penuh sesak kedai tu anak-anak saya yang dia pilih untuk beri duit. Abang tu hanya asbab saja. Rezeki sememangnya datang daripada Allah SWT. Allah yang gerakkan hati dia untuk beri duit pada anak-anak saya.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 


Tiap seorang anak saya dapat RM2. Walaupun nilainya kecil pada mata kasar, namun bila kita mensyukuri rezeki tu besar nikmatnya kan?



Saya mendoakan abang pemurah tu terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh dan solehah juga terus dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah. Amin Ya Mujib.



Alhamdulillah ^__^






Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita