Followers

Showing posts with label Testimoni Set Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Set Berpantang. Show all posts

07 July 2014

Set Berpantang Shaklee sama macam Set Tradisional??

00:59 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda salah seorang bakal ibu dalam masa terdekat? Tahniah!! Saya doakan moga segala urusan anda dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran nanti. 

Dah pilih set bersalin? Pening nak pilih set bersalin yang mana satu? Nak pilih set bersalin tradisional tapi takut tak serasi? Takut tak lalu nak telan? Tak boleh nak makan masa baby jaundis? Tak apa..jangan risau. Sekarang dah ada set bersalin moden dari Shaklee. Walaupun set bersalin moden, tapi fungsinya sama macam set tradisional! Malah ada yang kata badan cepat sihat, cergas, luka cepat sembuh, bertenaga, susu banyak dan pekat. Ada juga yang kata muka berseri2 walaupun dalam pantang!

Jom kita tengok fungsi set bersalin atau berpantang shaklee yang sama hebat dengan set tradisional nie..

set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, set bersalin yang selamat, set tradisional yang selamat

Set Bersalin Shaklee nie tak terhad makan masa dalam pantang je tau. Masa mengandung dan sepanjang tempoh penyusuan pun boleh makan. Jadi tak lah membazir kan....


set bersalin normal, set bersalin caesar, set bersalin selamat

Nak tengok testimoni klik DI SINI.

Apa pun produk set bersalin atau berpantang yang anda pilih pastikan ianya MESTILAH SELAMAT untuk ibu dan lebih2 lagi untuk bayi.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a7471fdc77b3435276507cc8f2dc2569

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan sebarang penyakit. 


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

16 January 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE YANG SANGAT SUPERB!!

12:30 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Set Berpantang Shaklee memang superb!! Jom kita layan testimoni.

set berpantang luka cepat sembuh, susu banyak, bertenaga

Noor Akilla Salleh
Salam.. Nak share pengalamn sendiri ni..saya start makan shaklee baru je tu pon amek set berpantang yg sangat superb!! Okie..
1)Masa bersalin saya trauma bleeding sbb kesilapan hospital, so luka n jahitan yg banyak menyebabkan saya susah nak begerak..mmg takot la even nak duduk.
2) lepas 3hari dibenarkan kuar wad, hari kelima anak disahkan jaundis, tinggi lak tu bacaannye..kompom2 stress, degn sakitnye dgn anak kene tahan wad, mmg pantang cowboyla saya, so bile anak kuning saya xbleh makan ape2 jenis jamu pon..
3) makin hari sakit luka xsembuh..rasa ngilu, kebas n nyut2 betambah2..hehe. 
4) Then bile saya review balik pasal shaklee, saya terus decide nk amek, actually penah usha2 masa preggy, tp mak mntua suh mam jamu je dats y x beli, now bile da 2minggu jahitan n luka xbaik2 br rasa nyesal...hahah
5) After dapat set berpantang, saya trus cepat2 minum esp tu, dah la sodap, susu plak..xpayah cakap...TERPANCUT2 bile anak lepaskan time menyusu, habis baju n muka baby..hehe..lau pam tu..memey meriahla...sebelah je dapat lebih 4oz...perghh..bangga ibu..
6) Dan yang paling saya rasa bahagia bile luka jahitan yg banyak tu da semakin sembuh, jalan pon xtakot, nak duduk lagila xtakot...lau dulu nk duduk pon rasa ngeri, now siap da bleh bersila..baru SEMINGGU tau amek set berpantang nie!!!
7) tang badan plak memey rasa segar je n bertenaga even jadi JAGA kan malam2, anak kuat menyusu, sejam sekali bangun, tapi xde hal..bile siang pon, saya maintain lagi..xdela rase mngantok sangat..BERBEZA bile xamek shaklee...


Jadik....kesimpulannye kat sini SHAKLEE memey BEST... Lau org dtg melawat, mesti saya dok puji2 shaklee nie, sbb org asyik tegur sya macam org xpantang..hahahah... Mesti kene teruskan dengan shaklee after diz sbb da fall in love ngn Shaklee...tq...

P/S: menyesal xamek shaklee pas besalin dulu...xdela asyik terbaring je sbb takot nk gerak n duduk..memey menyesal!!! Hahahhaha...

set berpantang set bersalin 2 in 1 dengan milkbooster
Set Bersalin & Set Penyusuan 2 IN 1

Lebih banyak info & testimoni klik DI SINI.

* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

21 December 2013

OMEGA bagus untuk IBU BERPANTANG atasi masalah sejuk2 dan lenguh2 sendi

15:22 1 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Omega nie memang BEST tau! Memang bagus untuk ibu yang tengah berpantang atau pun yang lepas berpantang yang mengalami masalah sejuk2 dan lenguh2 sendi.

Omega nie memang banyak khasiat. Antaranya:
  • merendahkan kolestrol jahat
  • mengurangkan risiko kebas2 kaki
  • membantu warm the chest
  • bagus untuk kurangkan serangan gout dan ateritis
  • kurangkan masalah PMS
  • membantu mencairkan darah
  • bagus untuk sumber DHA

Jom kita layan testimoni pula.



Hadhatina Mkb

sharing:

omega memang bagus untuk orang yang 'langgar pantang' macam hadha ni.. syukur, pengambilan omega guard shaklee secara intensif selama 3 hari berturut-turut berjaya menyelesaikan masalah sejuk2 dan lenguh2 di sendi2 jari tangan dan kaki (akibat main air dalam pantang). now hadha teruskan aje makan omega guard macam biasa ^_^

Jom dapatkan Omega hari nie!

Banyak lagi cerita BEST tentang Omega DI SINI.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

01 December 2013

BERAT ANAK NAIK 1.75KG SEBULAN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE!

20:56 0 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Moga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu hendakNya.

Sekarang nie dah ramai ibu2 yang sedar akan kepentingan menyusu dengan susu ibu. Seperti kita semua tahu, air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Susu formula yang dihasilkan dengan bantuan teknologi paling hebat masa kini pun tak akan dapat menandingi atau menggantikan makanan ajaib ini.

Kini lebih ramai ibu2 yang selesa berpantang dengan vitamin. Termasuk saya sendiri! :)
Jom saya kongsikan satu lagi testimoni customer kami yang menggunakan Set Berpantang Shaklee.

Testimoni Set Berpantang Shaklee

salam..
Ok kak..thanks a lot..
Juz nk share dgn akak..hr 2 bwk anak sy g inject sebln. Bl timbang berat dia dh 4.55kg. Lahir hr tu 2.8kg je..susu sy pn semakin byk n excited nk kumpul stok susu byk2 b4 start keje next month..Alhamdulillah n syukur pd Allah...sy pantang kali ni mkn vitamin shaklee je..x sbr nk tgk dia membesar lg sht dgn minum susu ibu yg b'khasiat ni..time kasih n syukur sgt2 sbb dip'temukan Allah dgn akak..mudah2an bf journey sy yg ke2 ni dip'mudahkan Allah..Amin.. 


Apa yang ibu makan, itulah yang akan disalurkan kepada si anak melalui susu ibu. Sebab tu, sangat penting si ibu perlu menjaga pemakanan dan kesihatan diri. 

Apa yang ada dalam Set Berpantang?

  • Multivitamin
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Zink
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix & Alfalfa


Lagi banyak info tentang Set Berpantang Shaklee, klik DI SINI.

Klik DI SINI untuk ketahui Set Penyusuan Shaklee.

Jika berminat boleh sms saya atau email kan kepada saya. Kosultasi percuma akan diberikan.



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

21 November 2013

Set Berpantang Shaklee TERBAIK!!~

15:18 0 Comments
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata!

Tak payah cerita banyak jom kita baca testimoni BEST dari customer Shaklee..hehe..

Kredit


"salam...anak ptama dlu ekin amik jamu utk set bsalin,tp xboleh makan lagi sebab anak ekin kene kuning...lepas kuning nye hilang seminggu lepas tu baru ekin blh makan rasa mcm rugi je sbb badan sakit2 masa jaga baby kt hospital,,,mengandung anak kedua,ekin xmau dah amik jamu..so ekin amik vitamin SHAKLEE dari akak jannatul fadilah...ekin stat makan vitamin ni 2jam lepas bersalin...anak kedua ekin pun kene kuning tp ekin still makan vitamin sampai arini...kuningnye lagi lama dari abgnye. alhamdulilah bila makan vitamin ni susu sangat2 meriah so xde masalah nk susu kn dia..kuning pn turun pd hari ke16...bulan puasa haritu pn,susu xda drop..boleh puasa mcm biasa..

lepas makan vitamin ni ekin rasa lebih bertenaga. xde la asik nk tertido je maklomlah letih kan lepas bersalin, menjaga waktu mlm lagi..alhamdulillah..yg penting sembelit xjadi dah mcm bersalin kat abg nye..hehheee.."


Perkembangan baby ekin:



Baru Lahir - 3.2kg
Sebulan - 4.5kg
2 bulan - 6.0kg
3 bulan - 7.0kg
4 bulan - 8.2kg
5 bulan - 8.7kg

Ekin & Akim masa baru lahir


Memang sangat tembam!


Tengoklah dia punya badan tu...WOWWW... sungguhhhh berketul2!!!


Penangan Susu Ibu bersama vitamin2 Shaklee!!!!

Pilihan di tangan anda!

Lagi banyak info tentang Set Berpantang Shaklee, klik DI SINI.

* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

20 November 2013

CARA MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

14:59 3 Comments
Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Sembelit lepas bersalin? 
Tentu ibu2 kat luar sana pernah mengalaminya kan? Masa saya berpantang anak pertama dulu pun kena sembelit..huhuu..tak mahu dikenang rasanya. Tapi masa anak kedua nie..dah takda lagi sembelit sebab dah kenal Shaklee..hehe..syukur alhamdulillah..

So hari nie nak share info khususnya buat bakal2 ibu yang akan bersalin tak lama lagi dan juga ibu2 yang sedang berpantang. 

Kredit: House Of Vitamins

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Penyalahgunaan julap.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus.

Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’. 

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. 
Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mencegahnya:
  1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  2. Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemens yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.



Nak tau lebih banyak pasal Set Berpantang Shaklee & Testimoni? Jom klik DI SINI



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

22 October 2013

SET BERPANTANG PALING HOT!

14:37 3 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 12 saya berpantang. Apa yang menyeronokkan berpantang kali nie..hari-hari berpantang saya ditemani dengan vitamin2 Shaklee! Memang seronok dan mengujakan.

Kalau sebelum nie cuma dengar pengalaman orang lain..alhamdulillah kali nie saya dapat merasai sendiri berpantang dengan vitamin Shaklee. Saya memang tak ambil jamu. Sejujurnya memang berbeza berpantang kali nie. Memang benar pengakuan mereka yang dah mencuba Set Berpantang Shaklee nie sebab saya sendiri pun mengalaminya. Badan rasa cergas, luka memang cepat sembuh berbanding masa melahirkan anak pertama..dan penyusuan juga berjalan lancar. Yang paling senang hati takde sembelit lagi!hehee..rambut pun takde gugur... 

Jom saya kongsikan kepentingan dan keperluan setiap vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.



SET C ( SET BERPANTANG)
  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc Complex
Kredit

Keperluan dan kepentingan setiap vitamin:

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc Complex
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan beberapa vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Pengalaman Kak N semasa dalam tempoh berpantang: 
Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.


Bagi anda yang masih tercari-cari set berpantang yang sesuai, cubalah Set Berpantang Shaklee. Rasai perbezaan berpantang dengan vitamin.

Jika anda mempunyai kekangan kewangan, usah khuatir saya akan bantu untuk sediakan set bajet untuk anda. Anda juga boleh gunakan ID saya untuk membuat pembelian di mana-mana branch Shaklee yang berdekatan.

Jom klik DI SINI untuk melihat testimoni.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

27 July 2013

KHAS UNTUK IBU MENYUSU: Berhati2 dengan apa yang ibu makan, baby juga akan dapat tempiasnya

06:00 0 Comments


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari nie saya nak kongsikan satu cerita dan juga testimoni hebat daripada pengamal tegar vitamin Shaklee. Dah lebih 13 tahun beliau amalkan vitamin Shaklee tau. Beliau juga seorang ibu yang telah berjaya menyusukan kedua-dua orang anaknya walaupun bersalin secara ceaser. Jom ikuti pengalaman Kak N!


Bayi baru lahir
Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi.

Nasihat bidan
Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu.

Makan vitamin sebaik sahaja melahirkan.
Saya lahirkan dua-dua anak saya secara c-sec, alhamdulillah...cepat recover. Anak first walaupun fully GA, sedar aje saya boleh bangun dan minta nurse bukakan drip... sebab nak tengok baby dalam incubator terus ajak suami pergi tengok baby dalam ncubator. Doktor siap tanya, ni bangun terus jalan tak de rasa pening atau nak pitam ke? Saya jawab tak de. Saya sangat yakin saya cepat sihat sebab sebelum pembedahan, saya dah lengkapkan badan saya dengan ESP dan semua vitamin yang perlu.

Time Nasa lagi best, lepas habis jahit, saya masuk bilik dan terus dapat susukan Nasa ditambah saya hanya separa sedar masa pembedahan. Saya lebih yakin sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama.

Selepas beberapa melahirkan, selera saya belum betul2 terbuka, maka pengambilan ESP sangat membantu saya bertenaga. Vitamin-vitamin lain saya amik selepas makan lunch or dinner sebab saya set vitamin ini bantu badan saya cepat recover.

Bukti dan testimoni.
Semasa menjayakan penyusuan Addin dan Nasa, ESP adalah supplement saya yang wajib ada. Sebab selepas amik ESP, susu saya memang senang bengkak. Ditambah bila bancuh ESP dengan susu segar dalam kotak.. selain itu alfalfa. Vitamin lain membantu mood saya baik, tidak mudah jatuh sakit....but for me it's only part of USAHA. The rest ALLAH yang memberi dengan rahmatNYA.
Berat Addin dan Nasa menjadi perhatian doktor dan ahli keluarga kami. Mana taknya, ibunya kecil tetapi mereka sangat besar. Dua beradik ini sebelum 6 bulan dah cecah 10kg berat. Namun selepas mereka mula aktif, berat mereka naik seperti bayi biasa. Mereka overshoot pada 6 bulan pertama jadi mereka tak de masalah underweight bila mereka mula aktif.


Apa yang saya lalui dengan penyusuan bersama Shaklee?
Pengambilan ESP buatkan saya senang kenyang...breast pun mudah bengkak....dan anak saya memang mudah kenyang. Vitamin B membantu saya mengawal tekanan, Vitamin C bantu saya tak mudah allergik [ saya ada allergik dengan makanan laut] Kalsium bantu saya supaya tak mudah sakit gigi dan anak pun cepat tumbuh giginya. Vitalea bantu saya tak mudah pitam dan anak membesar lebih baik apabila si ibu cukup zat besi. Alfalfa saya makan untuk bantu susu saya cepat buat dan kepentingannya sama seperti ESP.
Komposisi utama dalam susuibu ialah protien, kalsium dan vitamin serta zat lain. Maka apabila kita amalkan makanan yang kaya dengan protien, kalsium serta vitamin lain, memang anak sendiri mudah kenyang.
Bagi mereka yang cara hidupnya seimbang, mungkin memandang remeh dengan vitamin, tetapi ia hak individu. Tiada siapa pun berhak mengatakan ia perlu mahupun tidak perlu sebab setiap orang mempunya cara hidup, kekangan dan kekuatan yang berbeza.
Tetapi secara jujur, saya memang puashati atas pelaburan saya dan suami lakukan membeli vitamin ini untuk kami usaha ke arah kesihatan.


Anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya selera!



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

26 July 2013

Badan Sihat, Cergas, Tiada Sembelit & Susu Banyak dengan Set Berpantang Shaklee

18:00 0 Comments
"Alhamdulillah badan rasa sihat cergas je masa berpantang...proses pembuangan pun lawas jer setiap pagi.
Baby kurang meragam malam..lena je tidur...sampai kena paksa menyusu sebab breast dah bengkak....sekali pump dlm 8 minit blh dpt 4oz...syukur sgt..."

Ini adalah antara feedback positif daripada customer kami yang mengambil Set Berpantang Shaklee sepanjang tempoh berpantang. Memang ramai dah mengakui dengan mengambil Set Berpantang Shaklee mereka rasa lebih cergas, tiada sembelit, luka cepat sembuh dan susu banyak. Saya pasti anda juga mahu set berpantang yang dapat memberikan anda seperti fungsi di atas kan?

Set Berpantang Shaklee bukanlah jamu. Ia merupakan set vitamin penting yang diperlukan oleh ibu yang sedang berpantang untuk membantu si ibu bertenaga, cergas, dan membantu memulihkan luka bersalin dengan cepat samada bersalin secara normal mahupun ceaser. Selain itu, set ini juga boleh diambil walaupun ketika baby mengalami jaundice atau pun demam kuning.

Untuk penyusuan, ESP sangat membantu. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penghasilan susu dan memekatkan susu. Jadi baby akan kurang meragam dan tidur lena. ESP juga dapat membuatkan si ibu berasa kenyang lebih lama dan meningkatkan metabolisme badan ibu, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam pengawalan berat badan.

Tak percaya? Jom baca testimoni penuh customer kami tadi. 

 
Testimoni : Diri Sendiri.
Saya start consume shaklee masa dalam pantang bulan 10 lepas....just ambik yg trial set + ostematrix,alhamdulilah badan rasa sihat cergas je masa berpantang...proses pembuangan pun lawas jer setiap pagi. Habis pantang sy consume esp + alfafa,dalam masa 2 minggu consume susu saya tiba2 merudum maybe , tapi saya teruskan juga....alhamdulilah skrg susu dah stabil , makin banyak dari masadlm pantang..baby pun kurang meragam malam..lena je tidur...sampai kena paksa menyusu sebab breast dah bengkak....sekali pump dlm 8 minit blh dpt 4oz...syukur sgt...yg penting teruskan DF & pumping...esp + alfafa tu membantu kita lebih bertenaga....

Alhamdulillah. Banyak lagi testimoni hebat yang saya akan kongsikan. 
Serius berbaloi!


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Supplement yang selamat untuk berpantang: Ikuti pengalaman Kak N 2x bersalin ceaser

15:50 0 Comments
Set vitamin untuk ibu berpantang memang di antara set yang hebat dalam membantu ibu2 menjalani proses berpantang dengan lebih cergas, luka cepat sembuh, susu melimpah ruah dan banyak lagi kebaikan Set Berpantang Shaklee nie. 

Apa supplement yang sesuai untuk ibu2 yang sedang berpantang?
Di antara supplement yang sesuai adalah seperti Multivitamin @ Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Zink. Dan vitamin2 ini sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix dan Alfalfa.
 
Dulu saya bersalin secara normal. Yang kedua nie pun belum tahu lagi. Mudahan2 dapat bersalin secara normal. Jadi takde pengalaman bersalin secara ceaser. 
Oleh itu, jom kita baca pengalaman Kak N yang melahirkan kedua-dua orang anaknya secara ceaser. Memang kak N recover cepat, fully breastfeed, dan maintain slim. Kat bawah nie pengalaman Kak N sendiri tentang vitamin2 yang beliau makan sepanjang dalam tempoh berpantang..,pengamal supplemen tegar selama lebih 13 tahun...

________________________________________________________________

VITALEA - Multivitamin lengkap dengan formula zat besi- Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin B complex - Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak.

Vitamin C - Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh.

Zinc - Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP (soy Protein) - Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.
 
Selain ini, apa yang saya amalkan?

Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Kredit:Kak N


Jadi buat semua bakal ibu2 yang tak suka macam jamu macam saya tu boleh la cuba Set Berpantang Shaklee. Ianya supplement yang selamat untuk diamalkan oleh ibu2 yang sedang berpantang, murah dan berkualiti tinggi. Anda boleh dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan kos tak lebih dari RM100. Murah kan?

Jom hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang sesuai untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita