Followers

Showing posts with label Tips atasi marah pada anak. Show all posts
Showing posts with label Tips atasi marah pada anak. Show all posts

24 May 2017

Tips Anak Tantrum

14:34 0 Comments

Image may contain: 1 person


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: one or more people and text


Image may contain: 1 person, text


Image may contain: one or more people and text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: 1 person, text


TANTRUM
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
  1. Pegang dia seperti dalam gambar ini.
  2. Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
  3. Baca ayat Quran dan A'uzu billahi minashaitanir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
  4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
  5. JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.



*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.


Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya


Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek


Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.



*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.


2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.


3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.


4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.


5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).


7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.



Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita.


14 April 2017

BILA ANAK-ANAK KECIL MENYEBUT PERKATAAN TIDAK BAIK

17:57 0 Comments

Kredit Ibu Rose
Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.

Image result for anak-anak cakap tak baik

Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah:
1-bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: "Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?"

Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya
Contoh: " Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan..
Contoh: " Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik)
Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata...suka orang puji...kemudian bolehlah jawab. "Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? ...kemungkinan dia akan kata tak..."jadi tak usah sebut lagi perkataan itu" jika dia kata ya,...."Oh suka orang kata Bang Long jahiat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik...contoh.
Harap ini membantu.

03 February 2016

Anak Susah Nak Dengar Kata? WAJIB BACA!

15:36 0 Comments

apa nak buat bila anak tak dengar cakap kata, cara mengatasi anak tak dengar cakap kata, cara mengatasi marah pada anak, tips kecantikan, supplement kecantikan

"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
.
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
.
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
kredit to Muhammad Zukermi.


Semoga bermanfaat!

08 August 2014

Tip Memarahi Anak Dengan Cinta

14:42 1 Comments
Assalamualaikum. Salam 12 Syawal dan Salam Jumaat buat semua.

Masa bulan puasa hari tu, saya ada kongsikan artikel Sekali Memarahi Anak, Sel Otak Anak Musnah.  Hari nie saya nak kongsikan pula Tips Memarahi Anak dengan Cinta! Haaaa..best je kan dengar. Jom baca! Jangan lupa share supaya kita semua dapat sama2 amalkan.


1. Istighfarlah sebelum memarahi.
Bila 'marah', itu suasana hati yang 'manusiawi'. Ia sekelip mata boleh bertukar menjadi 'syaitoni'. Tindakan 'memarahi' mesti bersama suasana hati yang bersih, bukan emosi tak terkendali. Istighfarlah.

2. Terangkan akibat setiap perbuatan, bukan ancaman menggunakan posisi kita yang lebih tinggi.
Contoh:
"Kalau adik tak patahkan barang kakak, nanti Allah sayang. Malaikat catat, adik ni baik. Pandai jaga barang kakaknya."
Contoh ancaman:
"Hah gaduh? Nak kena tambat atas pokok!"

3. Ajak anak berjanji dengan Allah.
Contoh:
"Ummi tak suka marah kakak. Ummi suka senyum je untuk kakak. Tapi Ummi terpaksa marah kakak kalau kakak ada sebut perkataan tak soleh. Ummi malu dengan Allah kalau kita mungkir janji. Kitakan dah janji, nak jadi hamba Allah yang berakhlak mulia."
4. Sesekali, ajar anak yang sering menganiaya adik beradiknya yang lain tentang 'keadilan'. Ajarkan juga anak yang dianiaya tentang 'kemaafan'.
Contoh:
Si adik suka tarik rambut abangnya.
Sesekali, pegang si adik dan serahkan kepada si abang, katakan, " Orang yang tarik rambut orang, boleh ditarik rambutnya."

Tapi sebelum si abang tu bertindak, bagi mind set kaw kaw dulu, " Tapi, abang ni pemaaf kan? Abang tak nak tarik balik rambut adik, kan? Abang tetap sayang adik, kan?"
" Mari kita peluk dan berkasih sayang."
5. Jangan melabel buruk dirinya.
Contoh:
"Dasar anak derhaka."
"Bodoh!"
"Nakal!"

Lebih baik tukar kepada...
"Dasar ahli syurga firdaus."
"Bakal ulama!!!"

6. Marahi kesalahannya sahaja, bukan keseluruhan dirinya.
Contoh:
Anak menangis dan mengoyakkan buku kerana kecewa hasilnya mewarna comot. Habis rumah bersepah dan ia mengundang marahnya ibu.

Katakan padanya,
"Masa umi kecil dulupun, umi mewarna comot juga. Tapi umi cuba lagi sampai dapat. Kakak bukannya tak pandai mewarna, tapi Allah nak kakak cuba lagi."

Contoh melabel keseluruhan:
"Bodoh sombong."

7.Pastikan tindakan 'memarahi' berakhir dengan menyejukkan emosinya. Jelaskan padanya, "Ummi dan Abi sangat sayangkan
kakak kerana Allah."

:')
Sebarkan bahagia.

22 July 2014

Sekali Memarahi Anak, Sel Otak Anak Musnah

20:30 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pagi tadi masa jengah2 facebook, terjumpa satu artikel nie. Siapa yang dah jadi mak2 tu WAJIB baca nie tau..huhuu...

Sekali membentak memarahi anak, milyaran sel otak anak ‘rusak musnah.


“Tahukan Anda di dalam setiap kepala seorang anak terdapat lebih dari 10 trilyun sel otak yang siap tumbuh. Satu bentakan atau makian mampu membunuh lebih dari 1 milyar sel otak saat itu juga. Satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 milyar sel otak saat itu juga. Sebaliknya 1 pujian atau pelukan akan membangun kecerdasan lebih dari 10 trilyun sel otak saat itu juga.”


Dari beberapa artikel dan penelitian disebutkan bahwa, satu bentakan merusak milyaran sel-sel otak anak kita. Hasil penelitian Lise Gliot, berkesimpulan pada anak yang masih dalam pertumbuhan otaknya yakni pada masa golden age (2-3 tahun pertama kehidupan, red), suara keras dan membentak yang keluar dari orang tua dapat menggugurkan sel otak yang sedang tumbuh. Sedangkan pada saat ibu sedang memberikan belaian lembut sambil menyusui, rangkaian otak terbentuk indah.

Penelitian Lise Gliot ini sendiri dilakukan sendiri pada anaknya dengan memasang kabel perekam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer sehingga bisa melihat setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya. “Hasilnya luar biasa, saat menyusui terbentuk rangkaian indah, namun saat ia terkejut dan sedikit bersuara keras pada anaknya, rangkaian indah menggelembung seperti balon, lalu pecah berantakan dan terjadi perubahan warna. Ini baru teriakan,” ujarnya.

Dari hasil penelitian ini, jelas pengaruh marah terhadap anak sangat mempengaruhi perkembangan otak anak. Jika ini dilakukan secara tak terkendali, bukan tidak mungkin akan mengganggu struktur otak anak itu sendiri. “Makanya, kita harus berhati-hati dalam memarahi anaknya,” Tidak hanya itu, juga mengganggu fungsi organ penting dalam tubuh. Tak hanya otak, tapi juga hati, jantung dan lainnya.

Teriakan dan Bentakan menghasilkan gelombang suara. Ya, hampir semua orang mengetahui itu. Yang belum banyak diketahui orang banyak adalah, bentakan yang disertai emosi seperti marah menghasilkan suatu gelombang baru.

Emosi negatif seperti marah mempunyai gelombang khusus yang merupakan gelombang yang dipancarkan dari otak. Gelombang ini dapat bergabung dengan gelombang suara orang yang berteriak. Nah, gabungan gelombang suara dan gelombang emosi marah ini menghasilkan gelombang ketiga dengan efek yang khusus.

Efek dari gelombang ketiga ini adalah sifat destruktifnya terhadap sel-sel otak orang yang dituju. Dalam satu kali bentakan saja, sejumlah sel-sel otak orang yang dijadikan target akan mengalami kerusakan saat dia terkena gelombang ini, baik bila dia mendengar suaranya atau pun tidak. Hal ini karena gelombang ketiga ini tetap merambat sebagaimana dia gelombang suara tapi langsung ditangkap oleh otak sebagaimana gelombang otak.

Efek kerusakan pada sel-sel otak akan lebih besar pada anak-anak yang dijadikan sasaran bentakan ini. Pada remaja dan orang dewasa mengalami kerusakan yang tidak sebesar anak-anak, tapi tetap saja terjadi kerusakan.

Efek jangka panjangnya dapat dilihat pada orang-orang yang sering mengalami bentakan di masa lalunya. Mereka lebih banyak melamun serta termasuk lambat dalam memahami sesuatu. Orang-orang ini biasanya mudah meluapkan emosi negatif seperti marah, panik atau sedih. Mereka biasanya seringkali mengalami stress hingga depresi dalam hidup, karena kesulitan memahami pola-pola masalah yang mereka hadapi. Semuanya akibat dari sel-sel otaknya yang aktif lebih sedikit dari yang seharusnya.

Oleh karena itu, sebagai orang tua, pendidik, ataupun orang yang lebih tua dari ‘mereka’, sebaiknya memilih sikap yang lebih kreatif dalam menghadapi tingkah anak yang mungkin kurang baik. Seringkali orang tua bukan mencegah, mengarahkan, dan membimbing sebelum kesalahan terjadi. Seharusnya orang tua mempertimbangkan tingkat perkembangan kejiwaan anak, sebelum membuat aturan. Jangan menyamakan anak dengan orang dewasa. Orang tua hendaknya menyadari bahwa dunia anak jauh berbeda dengan orang dewasa. Jadi, ketika menetapkan apakah perilaku anak dinilai salah atau benar, patuh atau melanggar, jangan pernah menggunakan tolok ukur orang dewasa.

Harus diakui, orang tua yang habis kesabarannya sering membentak dengan kata-kata yang keras bila anak-anak menumpahkan susu di lantai, terlambat mandi, mengotori dinding dengan kaki, atau membanting pintu. Sikap orang tua tersebut seperti polisi menghadapi penjahat. Sebaliknya, orang tua sering lupa untuk memberikan perhatian positif ketika anak mandi tepat waktu, menghabiskan susu dan makanannya, serta memberesi mainannya. Padahal seharusnya, antara perhatian positif dengan perhatian negatif harus seimbang.
Mari yuk selalu memberi pujian tulus dan pelukan kasih sayang kepada anak-anak kita agar kelak menjadi anak yang cerdas berjiwa penuh kasih sayang

14 December 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

14:37 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah, saya jumpa lagi tips untuk diamalkan oleh ibu bapa terutamanya. Saya pun suka nak share pada pengunjung2 blog saya nie. Moga semua dapat manfaatnya. Serius, memang BEST apa yang dikongsikan oleh penulis nie. Terima kasih kepada penulis blog saatakukaupilih@blogspot.com.  Jom baca sampai abis!

********************************************************************************
Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.
Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.


Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.

Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.


:D


Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.

Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?



Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.




1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.






2. Don't expose to too much things in a box.


"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T


Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D


So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?


Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"


Gitu.
Takut aku. :D


Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,


"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."


"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."


"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."


Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:


Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.


Gitu.


Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3) Stimulate their imitation skills.


Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.


Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.



Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.


Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-






5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.


Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"


Camtu.


Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.


Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,


"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."


"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."


Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.






6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.


Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.


Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D


Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.






7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.


Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.


Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.




Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-




8) Overly-attached to one person is not a good sign.



Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.






9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.








10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.



Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.


Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam


"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"


Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.




Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.


Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)


Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

02 December 2013

Masalah ibu cepat marah anak-anak

11:00 0 Comments
Selamat pagi semua!

Masa tengah menjengah page cousin tadi, tertarik dengan satu perkongsian kat wall cousin saya tu. Sebagai seorang ibu, perkongsian tu sangat berguna dan sangat bermakna untuk saya.

Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah



Masalah ibu cepat marah anak-anak :

Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.

3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) setiap malam amalkan membaca
selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.

Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.

Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang.


Alhamdulillah, setakat nie saya dah amalkan no 4 tu. Memang betul2 berkesan. Terus terang lepas dapat baby nie memang dah lama saya tak buat. Semalam saya cuba amalkan semula. Subhanallah, walaupun baru sekali dah nampak perubahan walaupun sikit.

Jadi buat ibu2 kat luar sana boleh lah kita sama2 amalkan tips yang telah dikongsikan daripada Puan Sharifah. Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita