Followers

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

22 February 2013

Menyentuh hati!

11:20 2 Comments
Assalamualaikum & Salam Pagi Jumaat semua. 
Alhamdulillah ALLAH masih izinkan kita bernafas di bumiNYA. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan penghulu segala hari dengan memperbanyakkan selawat, membaca surah al-Kahfi dan beristighfar.

Pagi nie saya jumpa satu puisi yang buat saya sangat tersentuh bila membacanya. Macam dah nak nangis pun ada..huhu..
Jom saya kongsikan satu puisi yang bakal menyentuh hati dengan anda. :)



Anakku.....
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA IBU AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...

Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut ibu...
Engkau ikut kemanapun ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan mengurai air mata...

Anakku....

Bila ibu harus memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahirkanmu
MAKA IBU MEMILIH MELAHIRKANMU...

Karena menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan...

Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....,Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah boleh ibu ceritakan kepada siapa pun...

Dan ketika engkau hadir,tangismu memecah dunia...,saat itulah...saat paling membahagiakan...
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah....

Mendengar Ayahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Ayahmu membacakan Doa...
Mendengar Ayahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku.....

Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA IBU MEMILIH MENYUSUIMU...

Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan titisan dan tegukan tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

Anakku....

Bila ibu boleh memilih duduk berehat di waktu terluang...atau duduk dilantai menemanimu bermain puzzle
MAKA IBU MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU...

Tetapi Anakku....

Hidup memang pilihan...jika dengan pilihan ibu,engkau merasa sepi dan merana......
MAKA MAAFKANLAH NAK...
maafkan ibu...maafkan ibu...Percayalah nak...,ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...Agar tidak ada satu kepingan bagian puzzle kehidupan kita yang hilang.

Percayalah Nak.....
Sepi dan derita mu adalah sebagian duka ibu...
Percayalah Nak.....
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu....


Memang besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu kan? Apetah lagi jika kita juga seorang ibu, kita juga sama-sama pernah merasai kesakitan semasa melahirkan anak kita. Begitu juga dengan ibu kita. Maka hargailah mereka, sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.



Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

31 January 2013

DARI MANA ANAK KECIL BELAJAR MERAMPAS DAN MEMUKUL?

10:25 0 Comments

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.


Kredit : Prof. Dr. Rozieta Shaary & https://www.facebook.com/farahalias



Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

23 January 2013

Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

05:30 0 Comments
Masa tengah menge'check' facebook tadi, terjumpa satu perkongsian cara-cara menggalakkan anak-anak bercakap oleh rakan dalam facebook saya. 

Faris pun dah dekat setahun setengah tapi masih belum pandai bercakap. Cuma tau cakap mamma, amma je..huhu.. Boleh la lepas nie gunakan kaedah nie untuk menggalakkan dia bercakap.

So, kalau anda pun masih ada anak kecil yang belum pandai bercakap..boleh la aplikasi kan kaedah nie pada anak-anak anda. :)


Cara-cara menggalakkan anak-anak bercakap


• Bercakap dan banyakkan masa berkomunikasi dengan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.

• Anak anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.

• Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.

• Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi’.

• Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

• Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

• Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.

• Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.

• Jangan paksa anak bercakap.




Selamat mencuba.


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

22 January 2013

Alahai anakku..Faris Azham!

15:29 0 Comments
Faris bersama penyapunya     

Nie lah aktiviti Faris di pagi hari bersama nenek. Menyapu halaman rumah!huhuhu..
Tapi waktu snap pic nie Faris menyapu sendiri sambil diperhatikan mama. Dah beberapa hari hujan pagi sampai ke petang, semalam petang cuaca dah tak hujan mama pun bawa dia keluar. Suka betul dia dapat pegang penyapu dia tu! Rindu agaknya..hihi

Tengoklah pemandangan yang tak berapa nak indah belakang Faris tu. Daun pokok durian tengah musim gugur. Baru sapu dah semak balik dah..

Menyapu dengan penuh gaya

Gigih menyapu daun pokok sukun

 
Penat yea sayang?

 
Yeay! Bersih dah jalan Faris sapu :)


Suka betul anak mama nie bila dapat keluar.
Kadang kala memang telatahnya mencuit hati. Dah besar dah anak mama nie! Sekejap je rasa.
Moga mama dan ayah dapat didik Faris jadi ahli syurga..amin~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita