Followers

14 May 2017

Cara Atasi Masalah Susu Merundum Ketika Berpuasa & Testimoni

15:00 0 Comments

Assalamualaikum.

InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan. 
Bagi ibu-ibu menyusu, mungkin ada sedikit kebimbangan susu merundum semasa berpuasa.


Pengalaman saya sendiri masa bulan puasa 5 tahun lepas, tahun pertama bergelar ibu menyusu dalam bulan puasa, memang asyik fikir je boleh ke saya berpuasa dengan menyusukan Faris? Cukup ke bekalan susu untuk Faris?


Tapi alhamdulillah dah kenal Shaklee sejak abis berpantang. Jadi masa puasa saya ambil ESP & Performance Drink. Alhamdulillah, memang sangat membantu! Saya dapat susukan Faris sepanjang bulan Ramadhan. Pengeluaran susu maintain. Stok susu pun maintain. Saya tak rasa terlalu lapar dan terlalu dahaga malah bertenaga sepanjang berpuasa. Tak la letih sangat walaupun menyusu.

Bagi mommy yang juga ibu menyusu, boleh lah mencuba gabungan ESP & Performance Drink. InsyaAllah ianya sangat membantu.


Apa pula kata ibu-ibu yang lain?

Testimoni: Tak letih malah susu makin bertambah


Testimoni: Bertenaga & tidak letih walaupun menyusu. Milk supply seperti biasa!


 Testimoni: Rezeki melimpah ruah walaupun hari pertama berpuasa 


Testimoni: Badan tak penat & sekali pam dapat 6oz



Alhamdulillah, pengambilan supplement terutamanya ESP, Performance Drink dan Meal Shakes amat membantu ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Tentunya mereka menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga dan ceria.


Klik DI SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang Supplement Untuk Berpuasa.




* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

13 May 2017

Bagaimana Mengekalkan Kemesraan dalam Perkahwinan?

15:00 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Petang nie saya nak share tips untuk kekalkan KEMESRAAN suami isteri. Terima kasih pada Dr. Zubaidi atas tips hebat nie. ^__~


Seorang suami bertanya saya, bagaimana mengekalkan kemesraan dalam perkahwinan?
 "Ucapkan banyak terima kasih dan pujian atas kebaikan mereka. Mereka telah banyak membantu kita menguruskan rumahtangga, melahirkan dan membesarkan anak, dan menguruskan nafsu kita ke arah yang halal."


"Jika tidak mampu memberikan hadiah material, berikan hadiah yang membahagiakan emosi"



Related image



Bagi wanita yang bertanyakan perkara yang sama, pesan saya ialah 
"Jagalah makan/minum suami dan layanan bilik tidur. Berikan kepuasan keduanya sampai tak daya"


Suami selalunya akan bahagia bila dilayan dua keperluan ini.


Belajar memasak dan bersolek wajib bagi isteri.



Selamat beramal! ^__~

Apa yang kita sibukkan?

11:49 0 Comments


Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. 
Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. 
Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.


No automatic alt text available.




12 May 2017

5 PERKARA SEBELUM TIDUR

21:00 1 Comments

Assalamualaikum.


Cerita ini sangat menarik, jom kita luangkan masa untuk membacanya.


Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :


Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur.


◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah.


◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah.


◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.


◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.


◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.




Ali ( R.A.) pun menjawab, 
"Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?




Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :


◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.


◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.


◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.


◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.


◆4 kali membaca "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.




Lalu Ali (R.A.) pun berkata, 
"Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur."



Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,

namun lihatlah semua kebaikan amalan yang kita akan perolehi.


★Untuk mengingatkan kita akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tersebut dalam sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur dan sesuai juga untuk ditampalkan dekat tempat tidur supaya kita tak lupa untuk membacanya

Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT.




🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi kita dari kemurkaan Allah


🌻 Surah Yaasin utk melindungi kita dari kehausan pada hari pengadilan.


🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi kita dari kefakiran dan kelaparan.


🌻Surah Al-Mulk utk melindungi kita dari azab kubur.


🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi kita dari kejahatan musuh.


🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi kita dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.


🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi kita dari kemunafikan.


🌻Surat Al-Falaq utk melindungi kita dari merbahaya.


🌻Surat An-Naas utk melindungi kita dari fikiran jahat.



Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal. ^_^


Waalhu'alam

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita