Followers

12 February 2018

TEKNIK MENGAJAR ANAK AGAR SUKA MENGAJI


Assalamualaikum.



TEKNIK MENGAJAR ANAK AGAR SUKA MENGAJI:



Ada orang kata, "anak-anak ustaz untunglah, bapanya tok guru tajwid. Anak mesti pandai mengaji" .



Saya tersenyum cuma hati berkata, tak tentu juga kerana iman bukannya boleh diwarisi. Nabi Nuh yang confirm masuk syurga tu pun anaknya murtad, apalah sangat ustaz biasa macam saya ni. Sebab itu saya perlu kuat berusaha agar cinta anak dengan Al-Quran berputik sejak kecil.



Cuma dalam bab mengajar anak mengaji ni, fuh..... Saya rasa itu antara tugas paling mencabar, lebih mencabar dari mengajar seribu peserta seminar!



Kenapa ya? 
Hehe... mana-mana parent mesti tahu sebabnya😊 Baik, dalam tulisan ini saya akan share beberapa tips yang saya gunakan untuk mengajar Yaya baca Quran sehingga khatam ketika darjah 2, lebih cepat dari ayahnya yang dahulu khatam darjah 5 (itu pun kadang-kadang ceneke, baca Al-Quran versi tulisan rumi, hihihi....)




1) MULAKAN DENGAN BUKU IQRA : 


Saya mengajarnya mengaji dengan menggunakan buku Iqra sahaja, tiada buku lain. Zaman saya dahulu, kita guna Muqaddam. Tapi kanak-kanak sekarang lebih mengenali buku Iqra'. Buku ini pun sebenarnya sudah memadai, tak perlu pun buku lain kerana ia disusun secara sistematik. Cuma jika anak kita masih bermasalah lambat 'pick-up' walaupun buku Iqra dah habis, itu maksudnya mereka perlukan lebih latih-tubi.



Kanak-kanak ni sama macam kita juga. Ada yang laju, ada yang perlahan belajar. Macam Yaya agak laju pick-up. Anak kedua saya, Aqif Furqan (5 tahun) perlahan sedikit. Biasalah lelaki kot, fokusnya kurang. Baru 5 minit mengajar kepalanya dah lentok. 



Kita baca 'KA-TA-LA', dia baca 'KA-LA-MA'. Sabar yolah. Sebab itu rotan perlu ada di sisi. Bukan nak merotan pun, just stand-by sahaja. Bila kepalanya mula lentok, saya pegang je rotan, badannya tiba-tiba segar-bugar! Jadi untuk Aqif saya banyakkan pengulangan. Satu mukasurat perlu baca 3 kali. Baru dia ingat bunyi hurufnya . 





2) APABILA DAH MASUK AL-QURAN, FOKUSKAN LANCAR DAHULU: 


Ada rakan terkejut ketika mendengar bacaan Al-Quran Yaya. 'Hmmm dengungnya masih ada tak betul. Panjang-pendek pun ada gagau-gagau lagi. Macammana enta mengajar syeikh?. Enta kan tok guru besar?'. Saya jawab, 'rilekslah. Dia kan budak lagi. Untuk first stage ni, saya fokuskan kelancarannya dahulu. Saya lelap mata sahaja jika dengungnya kurang tepat atau huruf Dhodnya masih tak cantik sangat....' 



Saya berpendapat, yang paling penting adalah kelancarannya dahulu, baru hukum-hakam. Budak-budak ni, kita jangan terlalu ketatkan sangat proses pembelajaran. Nanti dia akan cepat boring. 

 


Lagipun pada tahapnya, memadai untuk dapat sekali khatam dahulu dengan bacaannya lancar tak banyak gagap-gagap. Janji dia kuasai cara nak sambungkan bunyi perkataan dengan fasih. Itu sahaja fokusnya. Untuk mencapai objektif itu, Yaya akan baca 5 mukasurat setiap hari tanpa miss kecuali jika ada aral mendatang. Siapa yang solat maghrib di Masjid Hasanah Bangi, boleh nampak saya mengajar mereka baca Quran di saf belakang lepas solat. 




Dan Yaya cukup gembira apabila dia khatam tempohari. Gembira sebab dah capai sesuatu yg besar. Sense of accomplishment, kata orang putih. 





3) APABILA DAH KHATAM, YAYA MASUK STAGE 2: 


Apabila dah khatam disember lepas, Yaya teruskan lagi baca Al-Quran. Cuma sekarang objektifnya sudah berbeza. 



Sekarang ia di stage 2. Untuk stage ini Yaya akan baca sehari 2 mukasurat sahaja. Fokusnya advance sikit. Makhraj hurufnya saya amati. Sifat hurufnya saya betulkan agar selari dengan lahjah arab. 



Malah, saya sediakan satu Al-Quran khas sebagai latihan untuk mengenalpasti hukum tajwid. Untuk latihan pertama saya minta dia gariskan seberapa banyak mad asli yang ditemuinya dalam muka surat yang dibacanya. 



Kemudian, dia perlu baca siap dengan penerangan sekali - Mad Asli, huruf Alif kosong sebelumnya baris atas. Panjang 2 harakat. Bunyinya 'maaa'. . Lepas habis hukum Mad, saya ajar cara nak kenalpasti hukum idgham & hukum tajwid lain pula. Itu sahaja fokus stage dua sampailah ia khatam. . Kenalpasti hukum tajwid. Baca dengan sebutan huruf lebih tepat. 





-------------------------- Ok, cukuplah setakat itu. Lagipun Yaya masih stage 2, belum stage 3 lagi. saya target dalam 2 tahun mungkin selesai. Lepas tu baru masuk stage 3. 



Apa stage 3 ustaz?



Haaa, mesti anda tertanya kan? Stage 3 adalah HAFAZAN. Yaya akan mula hafaz Quran. Bukan saya paksa sangat tapi dia yang berminat sebab teruja tengok bapanya boleh tegur kesalahannya padahal mata terpejam, haha... 



Ketika di stage 3 nanti, saya tak fokuskan dia laju menghafaz. Saya akan fokus, dia hafaz ayat/surah dengan FAHAM & TAHU, bagaimana nak apply ayat tersebut dalam kehidupan. 



Sebab pada akhirnya nanti, kita bukan setakat inginkan anak menghafaz Al-Quran, tapi seberapa banyak Al-Quran mampu 'menghafaz' (memelihara) & memandu kehidupannya, agar senang di sini & senang juga di sana. 





Baiklah, jika anda temui manfaat dalam artikel ini, bolehlah amalkan sama & panjang-panjangkan dengan kawan-kawan FB/ whatsapp. 





Oh ya, just nak inform: Seminar Tajwid Luarbiasa edisi 2018 telah dibuka. Ini peluang terbaik untuk anda kuasai tajwid dengan cara 'fast-track', cepat faham, belajar santai & nanti, anda akan lebih confident nak baca Quran sendirian tanpa risau salah tajwid. Anda juga ada kemahiran untuk ajar anak sendiri di rumah. 





Untuk kali ini, kami tawarkan DISKAUN BESAR tiket seminar. Sebelum ini RM 140 per peserta, tetapi sekarang yurannya bermula dari serendah RM 65 sahaja ✅. 



😲Diskaun lebih 50%. Memang JIMAT BANYAK



Seminar pada bulan Mac ini bakal diadakan di Shah Alam & Bangi. InsyaAllah kami juga akan adakan seminar di utara (Penang). Sedang tunggu confirmation dewan. . Dapatkan segera tiket diskaun ini dengan melayari link ini :






Semoga bermanfaat, Ustaz Asraff Ayob



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita