Masa tengah menge'check' facebook tadi, terjumpa satu perkongsian cara-cara menggalakkan anak-anak bercakap oleh rakan dalam facebook saya.
Faris pun dah dekat setahun setengah tapi masih belum pandai bercakap. Cuma tau cakap mamma, amma je..huhu.. Boleh la lepas nie gunakan kaedah nie untuk menggalakkan dia bercakap.
So, kalau anda pun masih ada anak kecil yang belum pandai bercakap..boleh la aplikasi kan kaedah nie pada anak-anak anda. :)
• Bercakap dan banyakkan masa berkomunikasi dengan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
• Anak anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
• Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.
• Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi’.
• Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.
• Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.
• Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.
• Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.
• Jangan paksa anak bercakap.
Selamat mencuba.
Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~