Followers

12 May 2017

Kisah Isteri Solehah Matinya Dalam Keadaan Senyum

09:00 0 Comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur kita berjumpa lagi di hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah nie.

Pagi nie saya nak share satu kisah yang saya dapat daripada group whatsapp.
Cerita nie saya pun tak dapat nak pastikan kebenarannya. Cuma saya sangat terkesan bila baca kisah nie. Sama-sama kita ambil iktibar dan sama-sama muhasabah diri.


Jom kita ikuti kisah Doa Isteri Solehah.



Doa isteri solehah. Kisah dari pelakon Dato' Jalaluddin Hassan - diceritakan oleh Ustaz Dato' Dr Mohd Izhar Arif


"Nabi ALLAH Ta’ala ni, Nabi Muhammad SAW diberikan rahmat,diberikan rezki untuk berjalan daripada Masjidil Haram sampai ke Baitul Maqdis dan naik sampai ke Sidhratul Muntaha.. Untuk apa Tuan2? Untuk tenangkan hati baginda setelah kehilangan Khadijah RA..


Tuan2,kita sekarang mungkin tak hargai isteri kita..sebab apa? Sebab Isteri kita ada,cuba kalau dah takde Tuan2 dan Puan2..


Baru ni saya jumpa dengan Dato’ Jalaludin Hasan. Saya cerita Tuan2 dan Puan2, biar semua orang tahu Dato’ Jalaludin Hasan ni orang yang jenis happy good lucky.. saya kenal lama dah dia,baru-baru ni jumpa,menangis Tuan2 dan Puan2, sampai-sampai terus menangis dah. Dia baru kehilangan isteri,masa saya jumpa baru empat bulan, sekarang hampir masuk 7bulan dah meninggal.


Tuan2 masa saya duduk tu, dia datang pakai spec hitam pukul 9, kita ada rakaman pukul 11. Bila datang,dia makan tuan2 dan puan2, dia lapar.. dia kata, “Ustaz, saya nak makan dulu”. " takpe saya teman". Dia pakai spec hitam, jarang dia makan pakai spec hitam. Tengah-tengah makan saya cakap,
" minta maaf la Dato’ masa Datin tak ada (meninggal dunia) saya tak ada kat Malaysia. "Eh tak apa ustaz saya faham, saya dapat mesej dari ustaz, terima kasih banyak2 sebab ustaz doakan yang terbaik hari tu."
Tengah2 cakap tu nampak air mata jatuh, dia baru bukak spec hitam dan sambil tengah makan nasi lemak, dia lap air mata, air mata berlinang.


Tuan2. Saya pula lemah, kalau tengok orang menangis saya pun nak menangis sama. Dia menangis, dia kata
“Ustaz, kenal kan saya ni macamana kan” Saya kenal, Dato’ ni suka bersembang tentang keperibadian diri sendiri, kalau jumpa dia cakap
“ saya smart tak?” Kita mesti kata smart,dia suka . Kalau kata nampak tua, dia pergi tengok kat cermin, punya risau Nampak tua tapi memang dia dah tua pun.
Tengok kalau dia berlakon, gaya Tan Sri tu memang ada tapikan ini kali tak Tuan2. Datang2 banyak cakap tentang mati Tuan2, cakap tentang mati, saya kenal dia sebab tu saya boleh cakap, Dato’ takpe la ALLAH SWT lebih sayangkan orang rumah, in sha ALLAH ALLAH akan bagi yang terbaik.


Dia kata sambil ambik handphone “Ustaz, saya terus terang saya tak boleh lupa isteri saya, walaupun dah 4 bulan,tiap-tiap malam air mata saya menangis, tiap2 pagi saya ingat kat dia. Tiap2 pagi dia akan sediakan makanan pagi, masa tu la saya akan ingat dia lagi, senyuman dia sudah tidak ada, ini Dato’ Jalaludin Hasan ,bagaimana Nabi Muhammad SAW, baginda lagi teruk tuan2.


Bayangkan dia angkat phone, ustaz cer tengok ustaz,saya tak tunjuk kat orang lain ustaz,tunjuk kat ustaz je. Dia buka handphone dan dia tunjuk gambar isteri dia yang telah dikafankan sebelum disolatkan. Tuan2 masa tu ramai orang termasuk Tan Sri Hasan Azhari ada kat depan.


Dia ambil gambar tu,saya tengok saya terus tanya, "Dato’ edit ke gambar ni? “Ustaz bukan saya edit, yang live pun saya ambil, saya rakam ustaz nak tengok” Saya tengok Tuan2, isteri dia dah la putih, pakai semua putih, ye la dikafankan. Tuan2, wajahnya seakan-akan sedang nak ambil gambar passport, macam mana muka dia? Dia senyum, sampai nampak lesung pipit. saya selalu dulu saya imamkan,saya mandikan jenazah, saya tahu macam mana orang senyum, dalam keadan kusam, saya jumpa semua dah Tuan2,tappi senyum seperti ini.. Saya kata" ALLAHU AKHBAR Dato’,senyum macam ni Dato’ lain, macam orang mati syahid tu. Tak nampak nampak gigi tapi senyum dia besar lebar. Tuan2 saya terus tanya apa amalan dia."


Dia jawab “Ustaz, saya dah berkahwin lebih 30 tahun ustaz, selama 30 tahun tu isteri saya tak bangun kecuali pukul 4 pagi”. Sebelum ni kita duk dengar Tok Guru Nik Aziz Abdul Nik Mat betul tak, pukul 4 pagi bangun sembahyang Tuan2, dia sakit dalam ICU, masih bangun sembahyang. Ini bukan Tok Guru Nik Aziz, ini isteri keapda Dato’Jalaluddin Hasan,orang biasa, orang tak kenal tapi tak bangun kecuali pukul 4 pagi dah ada kat tikar sejadah sehingga masa dia meninggal dunia, sebelum tu dia duduk dalam ICU, bangun nak pergi bilik air, nak ambil wudhuk, solat 4 rakaat.


“Itulah amalan dia ustaz, 20 tahun dia buat kerja tu bangun solat. saya bagitahu kat dia "Yang, apa yang you buat ni?” Sebab dia balik dalam 3 pagi habis shooting, Balik balik tengok isteri tengah solat, masuk2 terus tidur atas katil, isteri dia cakap apa Tuan2,
Tak ada kata bang sembahyang dua rakaat baru tidur, tak ada Tuan2. Isteri dia hanya sediakan tempat tidur, sediakan selimut sampai Dato’ tanya “yang apa you buat ni, pukul 4 pagi you bangun, you dah ada atas tikar sejadah, Nabi Muhammad saw bagitahu 2 rakaat sebelum subuh cukup,yang you susahkan diri ni apasal?”


Tuan2 apa jawab dia, isteri yang baik Tuan2, dia kata “Bang, saya tahu banyak benda yang you buat salah, tidak kena dengan Islam, you berlakon you sentuh perempuan, you berlakon you peluk perempuan, memang itu semua tak boleh bang dalam Islam, tapi I tahu u buat ni sebab nak cari rezeki untuk kita daripada kita duduk setinggan sampaila rumah banglo yang kita duduk hari ni, daripada anak kecik sampai masuk Universiti, you cari rezeki untung kami, tak putus putus ALLAH bagi keberkatan tapi saya tahu apa yang you buat semua tu tak kena dengan Islam nak, jadi apa salahnya saya sebagai seorang isteri bangun pukul 4 pagi,minta ampun pihak awak, saya bangun pagi doakan untuk awak semoga ALLAH merahmati abang,semoga ALLAH Ta’ala bagi hidayah dekat abang, semoga ALLAH ampunkan semua dosa yang abang lakukan sepanjang hidup abang”


ALLAHU AKHBAR tuan2,seorang isteri yang solehah. Tuan2, yang paling memberi kesan kepada saya, selepas 4 bulan isteri dia meninggal dunia 4 bulan Dato’ kata “saya tak bangun kecuali pukul 4 pagi yang tak pernah saya buat selama kahwin dengan dia. Dia bangun pukul 4 pagi, tak pernah dia buat selama ni bangun sepertimana isteri dia bangun Tuan2. Sejadah yang isteri dia guna ketika dia solat, itulah yg dia guna. dia letak telekung isteri dia kat tepi tu. ALLAHU AKHBAR inilah hidayah Tuan2.
Sekarang dia tak akan bangun kecuali pukul 4 pagi,lepas subuh dia akan sola dan baca doa,baca Quran sampai waktu Dhuha,dia solat Dhuha lepas tu baru dia keluar untuk shooting seumpamanya.
Itulah keberkatan.doa isteri yg solehah.



Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Apa yg kita doakn utk suami atau isteri kita?


Image result for doa untuk suami


Related image





11 May 2017

Kenapa Susu Berkurangan Semasa Bulan Puasa?

21:00 0 Comments

Assalamualaikum.


Masa tahun pertama Ramadan bergelar ibu menyusu anak saya yang sulung umur hampir setahun. Saya lahirkan dia memang tinggal seminggu je lagi nak raya masa tu huhuu.. Hajat nak raya lah dulu sebab due seminggu raya. Tapi apakan daya, dia nak cepat keluar nak raya dengan mama dan ayah!hehehe...



Masa tu risau juga macam mana nak puasa dan juga menyusu. Ramai yang kata susu merundum bila puasa...



Ada mommies kat sini yang juga ibu menyusu?


Jom saya nak kongsikan apa yang menyebabkan susu merundum atau berkurangan bila kita berpuasa?



Faktor pertama LETIH.

Ibu yang menyusu nie dia akan mudah rasa letih sebab kurangnya kalori dan air.




Faktor kedua STRESS.

Stress nie memang berkait rapat dengan faktor yang pertama tadi. 
Bila rasa letih sentiasa, mood pun akan jadi hura hara.
Bila rasa badan letih, rasa tak yakin diri mampu nak menyusu dengan baik macam hari-hari biasa. Ibu pun akan mula rasa stress.


Susu secara sendirinya akan berkurangan bila kita stress!
Sebab penghasilan susu sangat berkait rapat dengan emosi dan fikiran ibu.



Jadi apa yang boleh bantu mommies menjayakan penyusuan walaupun berpuasa?


Ambil makanan yang seimbang dan tinggi serat.

Ibu menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari. Di mana 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori pula diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu.


Semasa sahur ibu digalakkan untuk lebihkan karbohidrat kompleks, makanan tinggi serat dan fiber macam buah-buahan dan sayur-sayuran. 


Semasa berbuka pula, elakkan makan yang berlebihan. 
Mulakan dengan makanan sumber karbohidrat (nasi, roti, dll), sumber protein (ayam, daging, dll), sumber serat (sayur, kekacang, dll), akhir sekali barulah makan sedikit kuih atau manisan.



Elakkan minuman berkarbonat dan juga minuman berkafein. 
Pengambilan yang berlebihan boleh menganggu penghasilan susu ibu. Ia juga boleh membuatkan mommies dehidrasi. 




Minum air yang mencukupi.
Mommies sangat digalakkan untuk minum air masak 2 liter sehari. 
Atau pun boleh ikut kiraan 25kg = 1 liter.
Minum air suam semasa berbuka adalah sangat digalakkan bagi ibu menyusu.



Jangan sesekali abaikan sahur. 
Kurangkan makanan yang berminyak dan bergoreng kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
Ambillah makanan yang kaya dengan protein atau makanan berbentuk sup.



Pengambilan supplement.
Sekarang nie supplement memang jadi satu keperluan. Bagi mommies yang menyusu, pengambilan supplement nie sangat membantu dalam memberikan rasa kenyang lebih lama, memenuhi keperluan nutrisi, memberikan tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa dan dapat mengelakkan dehidrasi dan membantu keseimbangan bendalir dalam badan.
Supplement yang dicadaangkan adalah SET BERPUASA SHAKLEE.



Semoga entry kali ini dapat membantu mommies semua menjayakan penyusuan ketika berpuasa nanti.




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 






Kenapa Mesti Pilih Vitamin C YANG ADA Sustained Release?

15:24 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Saya yakin ramai yang ambil vitamin C kan? 
Rata-rata sangat percaya dengan kuasa vitamin C yang mampu mencantikkan kulit, beri kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan juga dapat membantu mencegah pigmen (penyebab utama jeragat).


Ada yang amalkan vitamin C nie jadi sembelit? Terutama bila dia up kan dos jadi 2 biji iaitu 1000mg sehari.


Ada kaitan ke dengan vitamin C?


Macam mana nak pilih vitamin C yang baik?



Badan kita sebenarnya hanya boleh serap vitamin C 100mg aje setiap jam.


Jadi bila makan 500mg, badan cuma akan serap 100mg aje. Yang lebih tu badan tak simpan dan akan dibuang melalui air kencing.


Tak ada masalah nak makan vitamin C 500mg. Cuma kena pastikan vitamin C tu jenis Slow Release atau Sustained Released. Bila ada salah satu barulah badan betul-betul boleh serap 500mg.



Ok. Sekarang jom belek botol vitamin C kita. Ada tak tulis Slow Release atau Sustained Released. Kalau ada maknanya kita tak membazir makan vitamin C setiap hari! ^__^



Sustained Release Vita C Plus Shaklee pilihan saya! ^__~



Image result for vitamin c sustained release



Related image




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 





☺

Promo Mei 2017: ISTIMEWA UNTUK AHLI BARU

09:00 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wow bertuah laaa siapa yang join member bulan nie boleh dapat Rubbermaid Lunch Box nie dengan harga RM16.96 aje!! Dengan syarat korang buat belian dengan 100uv atau dalam anggaran RM400. 


Senang aje korang boleh buat belian Set Berpuasa Shaklee. Kan nak dekat puasa nie kan..
Set Berpuasa Shaklee + B-Complex korang dah layak dah untuk dapatkan lunch box nie.


Ini bukan sebarang lunch box hokey. Ini lunch box brand Shaklee tau. Tak ada jual kat mana-mana...hehee.. Exclusive!!


Masa saya dulu-dulu tak ada macam gini..huhuu.. Untungnyaaaaa korang!!





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 

10 May 2017

Doa Membuka Apa Saja Yang Tertutup

19:00 0 Comments


Assalamualaikum.



Hari ini saya kongsikan ayat-ayat yang boleh dijadikan bagi membuka apa sahaja yang tertutup. 


Iaitu Surah Al-Fath, ayat 1 hingga 3. 


Jadikanlah dia amalan harian. 


Insya Allah apa sahaja yang tertutup seperti rezeki yang tertutup, jodoh lambat, perniagaan tidak menjadi, hadiri temuduga, minda yang tertutup, ketika mahu berdepan dengan peperiksaan (bimbang 'blank'), hati yang tertutup hingga rasa berat mengerjakan ibadah dan sering melambat-lambatkan solat, ketika perang atau berdepan dengan musuh. Serta banyak lagi. Insya Allah akan Allah buka segalanya. 
Amin.

surah al-fath


Sila SHARE dan jangan kedekut ilmu. ^_~



Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita