Assalamualaikum.
Masa tahun pertama Ramadan bergelar ibu menyusu anak saya yang sulung umur hampir setahun. Saya lahirkan dia memang tinggal seminggu je lagi nak raya masa tu huhuu.. Hajat nak raya lah dulu sebab due seminggu raya. Tapi apakan daya, dia nak cepat keluar nak raya dengan mama dan ayah!hehehe...
Masa tu risau juga macam mana nak puasa dan juga menyusu. Ramai yang kata susu merundum bila puasa...
Ada mommies kat sini yang juga ibu menyusu?
Jom saya nak kongsikan apa yang menyebabkan susu merundum atau berkurangan bila kita berpuasa?
Faktor pertama LETIH.
Ibu yang menyusu nie dia akan mudah rasa letih sebab kurangnya kalori dan air.
Faktor kedua STRESS.
Stress nie memang berkait rapat dengan faktor yang pertama tadi.
Bila rasa letih sentiasa, mood pun akan jadi hura hara.
Bila rasa badan letih, rasa tak yakin diri mampu nak menyusu dengan baik macam hari-hari biasa. Ibu pun akan mula rasa stress.
Susu secara sendirinya akan berkurangan bila kita stress!
Sebab penghasilan susu sangat berkait rapat dengan emosi dan fikiran ibu.
Jadi apa yang boleh bantu mommies menjayakan penyusuan walaupun berpuasa?
Ambil makanan yang seimbang dan tinggi serat.
Ibu menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari. Di mana 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori pula diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu.
Semasa sahur ibu digalakkan untuk lebihkan karbohidrat kompleks, makanan tinggi serat dan fiber macam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Semasa berbuka pula, elakkan makan yang berlebihan.
Mulakan dengan makanan sumber karbohidrat (nasi, roti, dll), sumber protein (ayam, daging, dll), sumber serat (sayur, kekacang, dll), akhir sekali barulah makan sedikit kuih atau manisan.
Elakkan minuman berkarbonat dan juga minuman berkafein.
Pengambilan yang berlebihan boleh menganggu penghasilan susu ibu. Ia juga boleh membuatkan mommies dehidrasi.
Minum air yang mencukupi.
Mommies sangat digalakkan untuk minum air masak 2 liter sehari.
Atau pun boleh ikut kiraan 25kg = 1 liter.
Minum air suam semasa berbuka adalah sangat digalakkan bagi ibu menyusu.
Jangan sesekali abaikan sahur.
Kurangkan makanan yang berminyak dan bergoreng kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
Ambillah makanan yang kaya dengan protein atau makanan berbentuk sup.
Pengambilan supplement.
Sekarang nie supplement memang jadi satu keperluan. Bagi mommies yang menyusu, pengambilan supplement nie sangat membantu dalam memberikan rasa kenyang lebih lama, memenuhi keperluan nutrisi, memberikan tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa dan dapat mengelakkan dehidrasi dan membantu keseimbangan bendalir dalam badan.
Supplement yang dicadaangkan adalah SET BERPUASA SHAKLEE.
Semoga entry kali ini dapat membantu mommies semua menjayakan penyusuan ketika berpuasa nanti.
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~