Followers

16 January 2013

Peluang Bekerja Secara Sambilan atau Sepenuh Masa bersama Shaklee

10:00 6 Comments
Alhamdulillah, bonus Shaklee sudah pun masuk beberapa hari lepas. Walaupun jumlahnya agak kecil, namun saya tetap bersyukur kerana itulah penanda aras usaha saya perlu dipertingkatkan lagi.

Di dalam Shaklee, tiada isu tindas menindas. Hasil yang diperolehi setimpal dengan usaha. Lagi kita kuat berusaha, semakin besarlah bonus Shaklee menanti. Shaklee tidak seperti syarikat MLM yang lain. Jika syarikat MLM yang lain, mungkin upline yang akan menikmati kejayaan hasil usaha daripada downline2 nya. Namun, tidak bagi Shaklee. Apa pun pangkat kita dalam Shaklee, kejayaan bergantung pada USAHA diri sendiri untuk maju dan berjaya. Sebab itulah bermula tahun 2013 saya tekad untuk bekerja sepenuh masa bersama Shaklee.

Tidak ada yang mustahil dalam Shaklee sekiranya kita benar2 mahu.

Jom saya kongsikan kegembiraan mereka yang telah berjaya memperolehi pendapatan dan mengubah nasib mereka melalui Shaklee.




 



Apa pun kejayaan yang ingin kita kecapi, ia menuntut usaha yang tinggi dan tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Moga kita sentiasa berada dalam golongan orang2 yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Jika anda berminat untuk menambah pendapatan melalui Shaklee, saya sedia untuk berkongsi ilmu dengan anda untuk menjana pendapatan bersama Shaklee.

Ingin mengetahui cara dan kelebihannya menjadi ahli Shaklee, sila klik DI SINI.

Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

15 January 2013

Saya Tak Perlukan P****ol Lagi!

12:54 0 Comments
Alhamdulillah. ALLAH jualah yang memberi penyakit, namun DIA jugalah penyembuh penyakit.
Segalanya dengan izin ALLAH SWT. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha & berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. 

Ada juga segelintir daripada kita bertanggapan supplement adalah ubatan ubatan. Supplement bukanlah ubatan tetapi merupakan makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang lengkap kepada sel tubuh. Supplement juga dapat membantu dalam mengukuhkan sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan.

Saya sendiri dah lama lupakan P****ol sejak kenal Shaklee. Kalau macam saya demam atau selesema saya tingkatkan pengambilan Vitamin C. Bila sakit kepala plak, saya suka amik Vitamin B. ALhamdulillah sangat2 membantu berbanding ubat-ubatan. Kalau amik ubatan confirm mengantuk je..nak baik pon lambat..huhu. Lagi pun ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak dingini.

So hari ni saya nak kongsikan kegembiraan pengamal2 vitamin Shaklee yang hanya amalkan pengambilan vitamin untuk kembali sihat seperti biasa.



















 Pilihlah kehidupan yang lebih sihat bersama Shaklee. Pilihan di tangan anda. :)


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO percuma!

14 January 2013

Kisah Saya & Shaklee

09:00 6 Comments
Bermulanya kisah saya mengenali Shaklee masa mula2 dulu naik kerja lepas habis cuti berpantang. Masih ingat lagi masa tu bulan Februari 2012. Memang hari2 dok searching ada tak produk yang membantu untuk banyakkan susu.

Alhamdulillah, akhirnya jumpa satu blog nie yang bercerita tentang produk untuk banyakkan susu. Bila tengok testimoni yang dah menggunakan produk tu sangat berpuas hati. Jadi teruja bila tengok banyaknya susu diorang! Daripada produk tersebut lah saya mula kenali Shaklee, memahami konsep penyusuan susu ibu dan menjadi pengguna Shaklee sehingga ke hari ni. Terima kasih untuk kak Farah yang tak jemu menjawab macam2 soalan saya masa mula2 nak jadi pengguna Shaklee dulu.

Kenapa saya memilih Shaklee hingga ke hari ni?

Kalau sebelum nie saya fikir tak makan supplement pun takpe. Sebab saya tak sakit..huhu. Waktu tu saya cuma fikir saya masih sihat dan boleh ambil ubatan2 kalau sakit.
Tapi lepas kenal Shaklee memang segalanya berubah. Barulah saya tau supplement ni amat penting sebenarnya semasa kita sihat untuk memelihara kesihatan kita dan membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan? Lebih baik kita pelihara kesihatan kita semasa masih sihat sebab bila dah sakit kos rawatan tu mungkin lagi besar, mungkin dua kali ganda atau mungkin berganda2 berbanding dengan kos yang kita belanjakan untuk membeli supplement. Namun saya doakan anda semua sentiasa di berikan kesihatan yang baik.

First produk masa saya kenali Shaklee dulu adalah Set 3M (set penyusuan yang mengandungi Vitalea, Vitamin B, C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP) & Vitamin E sebab masa tu teruja dengan keunikan Vitamin E Shaklee sebagai Vitamin Cinta!hihii..
Alhamdulillah, kalau dulu Faris selalu kene ruam2 kat leher bila berpeluh..pas mama dia consume vitamin Shaklee ruam2 pun dah takde sampai lah sekarang. Kulit pun jadi cantik. Bila menyusu memang Faris cepat kenyang dan jarang demam. Sebagai ibu, memang rasa gembira sangat bila tengok anak sihat kan?
Saya pun jadi lebih bertenaga sebab memang sebelum jumpa Shaklee saya cepat letih lagi2 saya ibu menyusu. Dan yang bestnye masalah kedinginan saya dapat di atasi. Alhamdulillah, Shaklee juga bantu saya dalam menjaga keharmonian rumah tangga saya. :)

Uniknya Shaklee ni, produk2 adalah berasakan bahan2 semulajadi dan telah berada di pasaran lebih dari 5 dekad. Lama kan? Sebab tu saya yakin dengan Shaklee berbanding dengan produk2 yang baru berada di pasaran untuk tempoh yang singkat.

Kalau anda lihat kebanyakan syarikat membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, berbeza dengan Shaklee yang membelanjakan wang untuk tujuan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Oleh itu, apabila anda memilih Shaklee anda akan tahu 3 perkara iaitu sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM.


Menjana pendapatan bersama Shaklee

Sebenarnya memang dah lama saya tercari2 kerja sambilan yang boleh membantu saya untuk menambah pendapatan. Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama mencari ALLAH temukan saya dengan Shaklee. Bermula dengan percubaan set penyusuan dan sekarang menjana pendapatan bersama Shaklee.

Seronoknya Shaklee ni, saya cuma share kebaikan2 produk yang saya amalkan. 
Ya, memang Shaklee sebuah syarikat MLM. Tapi uniknya Shaklee nie tak macam syarikat MLM yang lain, yang ada kaki2 bagai tu..huhu..
Dalam Shaklee siapa yang usaha lebih, dialah yang dapat lebih. Tak kiralah lah jika anda cuma Distributor saja. :)
Alhamdulillah setelah hampir setahun bersama Shaklee dan yakin dengan Shaklee, kini saya sepenuh masa menjana pendapatan bersama Shaklee. Syukur ke hadrat Ilahi, kini saya rasa lebih tenang sebab dapat duduk rumah bersama2 dengan anak saya sambil menjana pendapatan bersama Shaklee. Masa pun lebih untuk suami dan anak berbanding waktu bekerja dulu.
Alhamdulillah, segalanya dengan izin ALLAH jua.

Ingin mencuba produk Shaklee
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

12 January 2013

Wajah Semakin Berseri dengan Set D

12:00 0 Comments
Alhamdulillah..hari ni saya nak berkongsi tentang pengalaman dan kegembiraan seorang pengamal tegar Set D atau pun Set Skin Care Shaklee.

Berkat kesabaran beliau mengamalkan set ini, hasilnya sangat membanggakan.


Untuk makluman anda, Set D (mengandungi Vitamin B, C & E) merupakan supplement yang sememangnya berkesan untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan kita. Jadi memang berbaloi2 mencuba set ini!


Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO percuma!

Mahukan Sarapan Pagi yang Sempurna?

10:36 0 Comments
Selepas beberapa jam tubuh tidak mendapat makanan sewaktu waktu tidur, pengambilan sarapan pagi sangat penting supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan tidak bersarapan anda mungkin:
  • tidak dapat memberikan tumpuan untuk masa yang panjang
  • kurang peka
  • mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • kandungan gula dalam darah yang rendah
  • produktiviti kerja menurun

Oleh itu, Shaklee menawarkan 3 Gem Programme sebagai sarapan pagi yang lazat dan berkhasiat serta sempurna untuk kekal bertenaga.

Sebelum kita mulakan aktiviti kita pagi ni, jom ambil sarapan pagi yang penuh berkhasiat. 


ESP
  • merupakan sumber protein yang lengkap di mana ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • sangat penting untuk tubuh badan kerana protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia
  • turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama

Meal Shake
  • mengandungi lactalbumin iaitu bahan yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh
  • mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya
  • nutrisi lengkap dengan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  • kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

Performance Drink
  • rumusan esklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh agar tidak kekeringan
  • mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera
  • mengimbangi dan membekalkan tenaga elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride
  • mencegah penyahidratan

Utamakan kesihatan kerana kesihatan itu adalah kekayaan kita. :)

Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita