Followers

01 March 2014

APA YANG ADA DALAM SUSU IBU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Hari nie saya nak kongsikan info berkenaan susu ibu. Kita semua tahu kan susu ibu merupakan minuman yang terbaik untuk anak2 kita dan tak ada satu minuman yang boleh menandingi susu ibu. Cecair yang berwarna putih nie ada banyak kandungan yang unik untuk tumbesaran dan kecerdikan anak2 kita. Hebat kan ciptaan Allah nie.

kebaikkan susu ibu, kandungan dalam susu ibu

Lemak
Terdapat 3.5-4.5% lemak dalam susu ibu. Walaupun kandungan lemak ini tinggi, ia mudah diserap oleh bayi. Bila diperhatikan, kandungan kolesterol dalam susu ibu juga tinggi. Tetapi, dalam banyak kajian mendapati bayi yang tidak diberi susu ibu adalah lebih ramai menghidap penyakit (penyakit kulit dan sistem pencernaan yang menyebabkan kematian).

Vitamin
Terdapat banyak vitamin dalam susu ibu. Antaranya vitamin K yang berfungsi sebagai pemangkin dalam pembentukan darah. Selain itu terdapat juga vitamin D dan E yang terdapat dalam kolostrum. Kesemua vitamin ini terdapat dalam air susu ibu dalam jumlah yang cukup dan mudah diserap.


Dalam air susu ibu juga terdapat komponen yang berfungsi melindungi bayi dari serangan penyakit berjangkit, bakteria, virus, parasit dan kulat. Bayi yang diberi minum ibu secara eksklusif biasanya jarang mendapat penyakit kerana terdapat zat protektif dalam susu ibu.

Lactobacilluc
Ia berfungsi mengubah laktosa kepada asid laktat dan asid asetat. Kepentingan asid ini adalah dapat menghindar pembiakan E.Coli yang boleh menyebabkan cirit-birit dan kulat pada bayi. Lactobacilluc tumbuh cepat kerana kewujudan nitrogen dalam susu ibu . Ia berbeza dengan susu formula yang tidak mempunyai faktor ini.

Laktoferin
Laktoferin merupakan protein yang boleh menghalang pertumbuhan virus staphylococcus dan EColi. Kandungannya sebanyak 100mg/100ml


Antibodi
Air susu ibu juga terdapat antibodi bagi rotrovirus, polio, dan campak. Ia juga terdapat antigen pada Helicobacter Pylori yang merupakan antara penyebab cirit-birit. Kadar ini sangat tinggi pada kolostrum dan akan berkurang apabila bayi berumur 1 bulan, kemudia kadarnya menetap selama tempoh menyusu.



Akhirnya, dalam susu ibu terdapat terlalu banyak formula hebat ciptaan tuhan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan bayi. Ia sangat berbeza dengan susu formula yang hanya mempunyai formula tetap dan tidak berubah.

Kredit: surijunior.com


Shaklee juga ada menawarkan Set Ibu Menyusu untuk membantu tubuh kita lebih sihat dan bertenaga semasa sepanjang tempoh menyusu. Badan yang sihat dan fikiran yang tenang sangat membantu dalam membanyakkan pengeluaran air susu, di samping si ibu mengamalkan konsep supply and demand. Happy breastfeeding! 


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS/whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita