Followers

05 December 2017

Tenanglah Dikau Di Sana....


Assalamualaikum.


Pagi tadi kami sekeluarga terima perkhabaran duka.


Sepupu ayah yang juga saya panggil Cik Rahim telah dijemput kembali kerahmatullah.


Kalau ikutkan perancangan Cik Rahim, dia sekeluarga akan balik ke semenanjung bulan nie. Kami yang tahu pun turut sama excited tunggu Cik Rahim sekeluarga balik.


Yelah, bukan selalu jumpa. Time dia balik memang rasa meriah. Mungkin sebab orang jauh balik kampung kan... Tambah lagi Cik Rahim memang ramah, ceria selalu...


Rumah kami berjiran dengan rumah mak Cik Rahim.


Namun, kami semua terpaksa akur dengan aturan Allah. Allah lebih sayangkan Cik Rahim.


Walaupun jauh, kami juga rasa sedih atas pemergianmu...
Kami juga rasa kehilanganmu...
Kami akan rindu gelak tawamu...
Kami akan rindu menanti kepulanganmu ke kampung....
Tenanglah dikau di sana...
Semoga dirimu di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Amin Ya Mujib....





إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 
Al-Fatihah...


‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
‎آمِّيْن...



Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

‎اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita