Followers

29 November 2017

Kisah Pesakit TB dan KANSER yang telah Mengilhamkan "Shaklee"




SINAR HARIAN
28 NOVEMBER 2017




dr forrest c shaklee pengasas shaklee

PENGASAS Shaklee, Dr Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa dan disahkan menghidap tuberculosis (TB) sehingga doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berusia 8 tahun. 








Berkat kesungguhan ibunya, beliau membesar dengan sihat walaupun tidak secergas remaja lain seusianya.





Berikutan masalah kesihatannya, Forrest banyak meluangkan masa membaca dan menulis sehingga mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare.




Beliau kemudian mendaftar ke Palmer School of Chiropractic, sekali gus menjadi kejayaan pertamanya dalam mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang dikenali sebagai Vitalized Mineral pada 1915.


vitalized-mineral-vitamin-pertama-didunia



Pada 1917, Forrest berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan, yang mana kesemua pesakit diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan itu mendapat sambutan dan semakin maju.




Dalam mengecapi kejayaan, beliau menerima kejutan apabila disahkan menghidap kanser dan terpaksa menjual pusat rawatannya.




Namun, beliau percaya boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semula jadi dengan hanya makan buah dan sayur segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.




Pada mulanya, kanser tidak menunjukkan tanda-tanda positif sehingga pada penghujung 1922, kansernya semakin sembuh.




Malah, kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Hasil kejayaan itu, beliau semakin yakin bahawa sel-sel sihat dalam badan berjaya mengalahkan sel kanser.




Pada 1924, Forrest sekali lagi membuka pusat rawatan menggunakan formulasi makanan tambahan, tetapi terbakar pada 1929.




Forrest menubuhkan syarikatnya pada penghujung 1955 pada usia 62 tahun dengan menjual produk suplemen.






Enam bulan kemudian, pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan dengan menggunakan konsep jualan langsung yang telah menjadi satu fenomena sehingga hari ini.




Forrest mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.


shaklee-for-everyone








Nak beli produk Shaklee?
Nak JOIN Ahli Shaklee?
Nak tambah duit poket dengan Shaklee?
email: mommyfarisazham@gmail.com 
whatsapp: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita