Sembilan (9) pembaziran tanpa disedari yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah, seorang ulama terbilang dan tokoh gerakan dalam dakwah Islamiah. Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi). Beliau ialah murid ulama ternama Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah dan beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-
1. Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan
Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah سبحانه وتعالى.
4. Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah سبحانه وتعالى.
5. Tubuh Badan
Tubuh badan dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.
6. Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah سبحانه وتعالى atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya.
8. Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati.
.
Rasulullah ﷺ melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah ﷺ, katanya Rasulullahﷺ tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
.
Rasulullah ﷺ bersabda : “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)
Sumber: Shafiqolbu
Wassalam.
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~