" Siapakah nama sahabat yang diutuskan untuk mengislamkan para sahabat di Madinah, berasal dari keluarga yang kaya tetapi ketika matinya, tidak mempunyai kain kafan yang mencukupi untuk menutup jenazahnya?"
Sebelum saya bagi jawapan...ada yang tau tak?heheee..
Nak tau jawapannya?
Jawapannya: Mush'ab bin Umair
Jom baca kisah sahabat Nabi nie. Sangat menarik :))
Kredit Laman Ilmu dan Tips Belajar
Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah.
Dia adalah
manusia yang ter’hensem’ di Makkah.
Dia anak
kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah,
baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus’ab dan
mengimpikannya.
Namun,
lelaki ‘malaikat’ ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan
kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya,
terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya
Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.
Matinya
sebagai syuhada’
Rasulullah
SAW bersabda berkenaan dirinya:
“Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus’ab bin Umair
di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus’ab
bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia”
Ya, itulah
namanya. Mus’ab bin Umair RA.
Anda
lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi
seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai
syuhada’.
Kisah
Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang
mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya
Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada
dirinya.
Dia adalah
anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila
dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan
Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah
Mus’ab dipulau.
Namun
Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup
dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa
perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin
orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.
Kenapa?
Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada
Allah.
Bila
ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu
makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan.
Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:
“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa
sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan
meninggalkan Islam sama sekali”
Ya. Itulah
keteguhan.
Kita?
Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita
ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk
meringankan tuntutan Islam.
Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi
mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang
Allah larang. Tapi sekiranya mereka
mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.
Mus’ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera
termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak
yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi
seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan
kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.
Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda
akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan
besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada
manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW,
makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?
Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam.
Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana menyusun hidupnya
menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah
keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.
Tidak pernah.
Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah
SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair
membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.
Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan
Mus’ab bin Umair.
Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah
sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang
menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja,
dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia
menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.
Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:
“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa
yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau
tidak suka, maka aku boleh pergi”
Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati
Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab
dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:
“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”
MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair.
Rasulullah SAW pun memuliakannya.
Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah
seorang jeneral. Dia pembawa panji.
Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur
ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha
untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga
terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur.
Akhirnya tangan kanan turut terpotong.
Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang
mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya.
Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.
Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat
syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak
cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya
terbuka dan begitulah sebaliknya.
Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.
Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair
dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.
Begitulah dia kisah seorang syuhada’, ‘putera Makkah’
yang telah berkorban.
Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya
pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu
satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.
Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat,
kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja
dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.
Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita
berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali
sahaja dalam beberapa bulan.
Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan.
Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.
Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan
kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu
‘korban’. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus’ab
bin Umair kepada kita.
Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman
kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus’ab
Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang
benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan
kata-kata:
“Cukuplah Allah sebagai wakil”
MasyaAllah…
Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah
Mus’ab bin Umair ini.
Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.
Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW,
yang melihat dunia dari jendela akhirat.
Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.
izinkan share
ReplyDelete