Followers

29 November 2012

Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Salam sayang semua..haaa baru habis tengok bola tadi nie Harimau Malaya vs Laos. Tahniah buat Harimau Malaya dapat tewaskan Laos 4-1. Berdebar-debar masa tengok bola tadi nie. Banyak percubaan dari team Harimau Malaya. Kalau diikutkan percubaan2 tu mungkin kita dah menang 20-1..hahaha!


Ok lah..post kali nie nak share tentang pil perancang bagi ibu yang menyusu.


Beberapa hari lepas saya dapat PM dari customer saya,


" Deanna..aku nak tanya nie..aku makan pil perancang...tapi pil ni boleh mengurangkan susu badan...ESP ni boleh membantu tak memperbanyakkan susu? "


Sebenarnya saya pun tak pernah ambil apa2 pil perancang. Memang dari awal lagi sebelum lahirkan Faris dah berbincang dengan encik suami tak nak ambil apa2 pil perancang sebab takutkan macam2 kesan sampingan termasuklah susu ibu akan berkurangan. Lagi lah saya memang simpan cita2 nak susu kan Faris dengan susu ibu sampai umurnya 2 tahun. Memang katakan tak nak lah pada pil2 perancang nie!hehhee..kami merancang sendiri je..heee


Memang ramai ibu2 yang menyusu mengeluh susu mereka berkurangan apabila mereka mengambil pil perancang. Namun di sini ingin saya kongsikan pil perancang yang sesuai bagi ibu yang menyusu supaya tidak menggangu penyusuan mereka.


Credit to Kak Nadia

1) Pil perancang
Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday. 
Cara pengambilan pil Noriday:-

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu. 

Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%. 
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas

o Sakit dan bengkak urat kaki

o Sakit dada yang melampau

o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki

o Ketulan pada buah dada

o Sakit pada bahagian perut 

 
2) Depo provera (suntikan depo)
Ia adalah sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.


Salah seorang sahabat ummi pernah mengambil injection ini, tetapi putaran kedatangan haidnya memang tunggang langgang...malahan pernah 2-3 bulan sekali barulah period. Dan apa yang ummi perasan, sahabat ummi ini selalu di serang migraine dan lesu di tempat kerja. Akibatnya, selang beberapa bulan mengambil injection ini, sahabat ummi berhenti mengambilnya kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang sering mengganggu beliau. Maklumlah kan, Allah jadikan manusia ini berbeza2, ada yang serasi dengan sesuatu, dan ada juga yang sebaliknya.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi

o Penyakit hati

o Herpes sewaktu hamil

o Sakit kuning

o Gatal sewaktu hamil

o Angin ahmar

o Sakit jantung

 

3) Implanon (implan)
Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang di katakan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering . Implan mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Peratus kejayaan adalah 99%.

Kesan sampingan implan:-

Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. 


 

Menurut pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

 

Jika anda tersilap ambil pil perancang, makan milk booster apa pun tak dapat membantu untuk memperbanyakkan susu. Malah mungkin susu semakin menyusut dan kering.

 

Pengambilan pil perancang boleh menurunkan tahap vitamin C sehingga 30% dan boleh mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, apabila anda terpaksa memilih salah satu kaedah di atas, pastikan anda tambah beberapa supplement yang sesuai untuk menampung keperluan tubuh anda. Ini dapat memastikan kesan sampingan yang mungkin berlaku dapat di minimakan.


 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita