Followers

02 October 2013

Menjadikan Diri ' Magnet Rezeki '

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Wahhh..lamanyaaa blog nie tak ber update..huhu.. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga.

Hari nie saya nak kongsikan tentang Magnet Rezeki untuk menarik lebih banyak rezeki. Setiap daripada kita pasti nak jadi kaya raya kan? Nak ada duit banyak.. kete mewah.. rumah besar... kan?


Antara 7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya yang ingin saya kongsikan:

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....


Kredit: Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar


Jadi sekarang, macam mana caranya kita nak menjadikan diri kita Magnet Rezeki?



Tahukah kita dalam berusaha secara fizikal kita juga perlu usaha menjadi magnet rezeki?



Magnet rezeki? Ia pastinya menjadi tanda tanya mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Sebab jika makan gaji, memang dah pasti duit masuk setiap bulan.

Berbeza dengan mereka yang berusaha berniaga, mencari sesuap nasi dengan usaha berniaga.

Kata guru saya, bila berniaga usahalah menjadi magnet rezeki.

Bagaimana nak menjadi magnet rezeki?

Dekati CEO bisnes iaitu ALLAH s.w.t. Dia yang Maha Kaya dan Maha Pemberi.

Beberapa hukum langit perlu dipatuhi disamping mempunyai sifat hunudzon iaitu bersangka baik pada ALLAH.

Antara yang disarankanlah ialah

#2 bersedekah

#1 buat baik pada ibu bapa.

--------------------------------------------------------------------------

Saya yakin semua orang mampu buat sedekah malah sanggup berikat perut untuk menunjukkan dia seorang pemurah dengan belanja kawan makan dan sebagainya. Namun kita kena faham, sedekah utama adalah pada yang layak menerima sedekah iaitu 7 asnaf yang dinyatakan dalam Al Quran.

Saya yakin semua orang berusaha menjadi anak yang baik, yang mematuhi dan menghormati ibu bapa namun hanya segelintir yang berusaha memberi atau menyampaikan hajat orang tuanya. Ada antara kita yang beri duit belanja bila ada lebihan...walau hakikatnya takkan miskin atau susah bila selepas memberi duit berbaki RM300. Sesungguhnya ALLAH jua yang menjaga segala pintu rezeki.

Sesungguhnya ALLAH mempunyai perbendaharaan yang sangat hebat dan tidak terjangkau oleh akal.
Namun sayangnya hanya segelintir yang yakin dengan perkara ini.

Maka apa kata kita usaha menjadi magnet rezeki dengan mengamalkan perkara-perkara berikut :



  • Menjaga solat wajib dengan baik.
  • Usaha menggembirakan ibu dan ayah dan menjaga kebajikan mereka.
  • Solat sunat [ Dhuha dan Tahajud]
  • Istighfar
  • Zikrullah 
  • Selawat ke atas nabi
  • Sedekah
  • Bersangka baik dengan ALLAH setiap masa.

Amalan2 ini perlu dilakukan dengan istiqamah dan tidak boleh hari ini usaha , esok dah tinggal. Ia ibarat simpanan. 

Semoga kita sama-sama usaha menjadi magnet rezeki :) dan moga rezeki yang kita perolehi diberkati.

Ya Allah, berkatilah semua guru-guruku. Kasihilah mereka dan rahmatilah mereka. Sesungguhnya dengan izinMu atas ilmu yang mereka turunkan, kami berada di sini pada hari ini.
Terima kasih ya Allah kerana memilih kami untuk menerima ilmuMu dikalangan hamba-hambaMu.





Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita