Followers

22 October 2013

SET BERPANTANG PALING HOT!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 12 saya berpantang. Apa yang menyeronokkan berpantang kali nie..hari-hari berpantang saya ditemani dengan vitamin2 Shaklee! Memang seronok dan mengujakan.

Kalau sebelum nie cuma dengar pengalaman orang lain..alhamdulillah kali nie saya dapat merasai sendiri berpantang dengan vitamin Shaklee. Saya memang tak ambil jamu. Sejujurnya memang berbeza berpantang kali nie. Memang benar pengakuan mereka yang dah mencuba Set Berpantang Shaklee nie sebab saya sendiri pun mengalaminya. Badan rasa cergas, luka memang cepat sembuh berbanding masa melahirkan anak pertama..dan penyusuan juga berjalan lancar. Yang paling senang hati takde sembelit lagi!hehee..rambut pun takde gugur... 

Jom saya kongsikan kepentingan dan keperluan setiap vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.



SET C ( SET BERPANTANG)
  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc Complex
Kredit

Keperluan dan kepentingan setiap vitamin:

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc Complex
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan beberapa vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Pengalaman Kak N semasa dalam tempoh berpantang: 
Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.


Bagi anda yang masih tercari-cari set berpantang yang sesuai, cubalah Set Berpantang Shaklee. Rasai perbezaan berpantang dengan vitamin.

Jika anda mempunyai kekangan kewangan, usah khuatir saya akan bantu untuk sediakan set bajet untuk anda. Anda juga boleh gunakan ID saya untuk membuat pembelian di mana-mana branch Shaklee yang berdekatan.

Jom klik DI SINI untuk melihat testimoni.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi 
FB: Deanna Aris

3 comments:

  1. saya skang pregnant minggu ke 34, and mmg saya dah dah beli set berpantang shaklee before this x pernah makan pun shaklee tapi sebab ramai yang kata bagus so saya nak cuba :)
    hope saya berpuas hati la berpantang ngan shaklee nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, yang penting kena konsisten dan minum air secukupnya. alhamdulillah saya sendiri sgt berpuas hati :)

      Delete
  2. saya pon ada beli set ni. tak habis lg kecuali vitamin c. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita