Shaklee News
Berita Harian 11 November 2017
Dianggarkan 70% jenis kecacatan serius berlaku ke atas bayi di dalam kandungan termasuk terencat akal dan cacat anggota badan boleh dicegah.
Kecacatan yang berlaku di dalam otak dan saraf tunjang boleh berlaku dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas persenyawaan.
Ketika ibu bapa hanya menyedari bayi yang dikandung mengalami kecacatan mungkin keadaan itu sudah terlambat.
Saintis Penyelidik Kanan Shaklee Corporation (USA), Dr Sonhee Park, berkata risko kecacatan bayi dalam kandungan boleh dikurangkan melalui amalan pemakanan sihat sebelum dan semasa hamil.
Diet sihat kata beliau, membantu janin membesar dengan lebih sihat selain menyokong perkembangan mental, kognitif serta penglihatan bayi.
"Risiko kecacatan kelahiran yang serius boleh dicegah dengan mengambil asid folik atau vitamin B9 yang optimum," katanya pada sesi meja bulat bertajuk, 'Kesuburan dan Kehamilan: Kebenaran dan Mitos' yang dianjurkan pengeluar makanan tambahan, Shaklee, baru-baru ini.
Bijirin diperkaya dengan asid folik
Kekurangan vitamin B9 semasa hamil didapati meningkatkan risiko seperti spina bifida dan kecacatan serius pada otak, saraf tunjang dan jantung.
Pada tahun 1998, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan semua bijirin yang diperkayakan perlu diperkuatkan dengan asid folik bagi menurunkan kadar kelahiran cacat dalam kalangan penduduknya.
Langkah itu ternyata membuahkan hasil apabila kadar kecacatan kelahiran berkurangan di negara berkenaan.
Kementerian Kesihatan Malaysia pula menyarankan ibu hamil mengambil 600mikrogram (mcg) asid folik, 4.5 mcg vitamin B12, dan 200mcg iodin sehari.
"Nutrien seperti iodin meningkatkan kesuburan dan perkembangan minda janin dan mengurangkan risiko keguguran, kecacatan dan kelahiran tidak cukup bulan.
"Risko kecacatan kelahiran yang serius boleh dicegah dengan mengambil asid folik atau vitamin B9 yang optimum."
Dr Sonhee Park,Saintis Penyelidik Kanan Shaklee Corporation (USA)
"Mengambil garam yang ditambah iodin meningkatkan IQ bayi dan menjadikan mereka lebih pintar tetapi perlu berhati-hati dengan kuantiti garam yang dimakan," katanya.
Bijak pilih ikan
Diet ikan dalam sajian meningkatkan Asid docosahexaenoic (DHA), penting untuk mendapatkan anak pintar tetapi sesetengah ikan mungkin tercemar dengan plumbum dan merkuri atau bahan toksin lain.
Ikan yang perlu dielakkan semasa hamil adalah tenggiri, ikan todak, ikan yu dan ikan tuna mata besar kerana mengandungi merkuri yang tinggi.
Pilihan ikan yang terbaik adalah kerapu, ikan merah, siakap, tuna sirip kuning, ikan keli, tilapia, sardin, ikan bilis dan hidupan laut seperti ketam, kapis, tiram serta sotong.
Bayi memerlukan lebih banyak DHA sehingga usia mencecah dua tahun dengan jumlah 8000 milimol/liter untuk meningkatkan minda.
Bagaimanapun, ikan yang dicemari merkuri meningkalkan kesan negatif ke atas sistem saraf, khususnya perkembangan otak janin.
Kepentingan nutrien untuk prakehamilan dan ketika hamil
Asid folik
- cegah kecacatan bayi
- cegah anemia (kekurangan darah)
Vitamin C
- kulit, rambut dan kuku
- meningkatkan imunisasi
- bersifat antioksidan
- penyerapan zat besi
Zat besi
- mencegah anemia
- menyalurkan oksigen kepada sel
Protein
- menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin/uri
Iodin
- mengawal kadar metabolik
- memberikan kesan ke atas kesuburan wanita
- mencegah goiter (pembesaran kelenjar tiriod/hipertiroidism
- pertumbuhan dan pembangunan minda
- mencegah keguguran, kelahiran pra matang dan kematian bayi
- makanan kaya iodin: makanan laut, garam yang diiodin dan seaweed
Kalsium
- fungsi tubuh normal
- tulang dan gigi sihat
Vitamin D
- merangsang penyerapan kalsium
- imunisasi
- emosi
Asid lemak
- perkembangan otak dan mata
Nak beli produk Shaklee?
Nak JOIN Ahli Shaklee?
Nak tambah duit poket dengan Shaklee?
email: mommyfarisazham@gmail.com
whatsapp: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~