Kosmo
Penyusuan ibu bukan sahaja menwarkan makanan terbaik buat bagi tetapi juga pengalaman menakjubkan tentang keakraban hubungan antara seorang ibu dan anaknya yang merupakan anugerah Ilahi.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, penyusuan ibu turut dilingkari beberapa tanggapan salah dalam kalangan masyarakat.
Bahkan, ada wanita yang terus beranggapan mereka ditakdirkan tidak boleh menyusukan anak sekiranya gagal melakukannya.
Menyedari hal itu, syarikat makanan tambahan, Shaklee Malaysia telah menganjurkan satu majlis diskusi pakar bertajuk Segalanya Tentang Kesuburan dan Kehamilan: Kebenaran dan Mitos di Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.
Salah seorang panel diskusi yang merupakan Perunding Penyusuan Susu Ibu Bertauliah, Dr. Nurzarina Abdul Rahman berkata, walaupun menyusu badan dianggap sebagai proses semulajadi untuk wanita, kebanyakan wanita gagal menyusu badan terus membuat tanggapan salah bahawa mereka sudah ditakdirkan tidak dapat menyusukan anak.
"Sebenarnya masih ada ruang untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu, terutamanya ibu-ibu baru tentang pelbagai faktor penyumbang yang mampu menjayakan proses penyusuan badan.
"Memang benar penyusuan ibu itu bersifat semulajadi dan normal, namun tidak bermakna ia proses yang mudah. Jadi, penting bagi ibu-ibu baru untuk mempelajari cara yang betul dalam melakukannnya misalnya dari aspek posisi bayi dan lain-lain," katanya.
Nurzarina berkata, keperluan pemkanan untuk menyusu badan adalah sama seperti keperluan semasa hamil.
Helen (dua dari kiri) bersama para panel pakar anjuran Shaklee Malaysia |
Nutrien
Bagaimanapun, wanita yang menyusu badan disyorkan untuk mengambil tambahan makanan yang kaya dengan nutrien sebanyak 500 kilokalori setiap hari berbanding semasa peringkat hamil.
"Salah satu daripada mitos yang biasa termasuklah tanggapan bahawa penyusuan yang kerap akan menurunkan pengeluaran susu.
"Sebenarnya, bekalan susu ibu adalah bergantung pada permintaan. Ini bermakna lebih banyak susu diminta oleh bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh ibu.
"Susu ibu adalah pemberian anak dan dicipta untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh bayi selagi ia diperlukan." tambah doktor di sebuah klinik di wangsa Maju, Kuala Lumpur itu.
Menurut Nurzarina, tanggapan bahawa seorang ibu itu perlu menghindari penyusuan ketika tidak sihat juga adalah salah.
Katanya, melainkan jika penyakit bersimptom yang serius, penyakit biasa seperti demam, selesema dan sakit tekak tidak seharusnya menghentikan seorang ibu itu daripada menyusukan anaknya.
"Susu ibu bukan sahaja tidak akan memindahkan penyakit kepada bayi bahkan ia mempunyai antibodi spesifik berhubung penyakit ibunya di dalamnya. Ini membantu untuk mencegah bayi daripada sakit." katanya.
Selain Nurzarina, ahli panel lain dalam majlis diskusi itu ialah Ahli Sains Penyelidikan Kanan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee Corporation, Amerika Syarikat (AS), Dr. Sonhee Park dan pakar kesuburan Dr. Mathi Arasu Muthusamy.
Turut hadir Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.
Sonhee pula menekankan bahawa kekurangan nutrien seperti vitamin B9 (folate) kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil dan menyusukan anak. Kekurangan Vitamin B9 semasa hamil dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan bayi yang dilahirkan.
"Kekurangan vitamin B9 itu meningkatkan risiko kecacatan kelahiran seperti spina bifida atau kecacatan yang serius pada otak, saraf tunjang dan jantung.
Terbaik
"Ungkapan ada menyatakan ibu sihat menjamin bayi yang sihat. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan pemakanan memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk kesuburan (pramengandung), pada peringkat kehamilan dan semasa menyusukan badan," kata Sonhee.
Sementara itu, Helen dalam ucapannya berkata, pihaknya menyedari bahawa ramai pengedar Shaklee merupakan ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi dan ternyta berjaya melakukannya.
"Kami harap hari ini, anda (para hadirin) memperoleh tip-tip praktikal bagaimana seorang ibu baru berjaya menyusukan bayi, sekaligus mengikis mitos bahwa bukan semua orang boleh menyusukan bayi, "katanya.
Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi terkemuka AS dan telah wujud dalam industri nutrisi di Malaysia selama lebih 24 tahun atau 62 tahun dalam industri global.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~