Followers

11 January 2014

Amalan Mendapat Keberkatan Masa

Terima kasih pada Kak Cery yang share amalan nie.

Amalan Mendapat Keberkatan Masa



Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Antara tips2 mendapat keberkatan masa.

1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal boleh,contohnya 30 minit sebelum Subuh. Antara kelebihan bangun pagi murah rezeki

2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi 
Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Kalau tak silap saya, ada seorang ustaz pernah bgtau saya, ianya bagus utk mencerahkan hati dan muka kita gak.. maksud saya kita akan mudah utk mengetahui hati budi org

3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Pastikan anda tulis pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga 
Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” 

5. Sentiasa bawa buku bersama
Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah. Saya suka tips ni, jadi makanya selain dari bukunota kecik dan calculator yg ada dlm handbeg saya, kene tambah satu lagi iaitu BUKU untuk dibaca. 


Semoga bermanfaat untuk semua. :)


Salam sayang,
Deanna Aris

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita