Followers

26 April 2017

Tips Untuk Dapatkan Tidur yang Cukup dan Berkualiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Image result for tidur yang cukup


Bila naik kerja hari Isnin je, mula la rasa badan macam tak cukup tidur.
Asyik-asyik menguap saja!
Rasa letih macam tak cukup rehat.
Padahal cuti asyik membuta!huhuhu...

Saya yakin ramai yang ada masalah macam tu kan.. kan..kan... 

Tapi betul ke tak cukup tidur? Seharian tidur pun masih juga mengantuk?


Ish-ish...


Haa meh sini saya nak bagi satu tips mudah untuk dapatkan tidur yang cukup. Tips nie saya dapat daripada Dr Zubaidi.

Ramai orang yang mengeluh kerana tidak cukup mendapat masa tidur yang cukup. Padahal mereka tidak mengamalkan waktu tidur dan bangun pagi yang tetap ( pada masa yang akan melatih diri.

Jika mampu mengekalkan jadual tidur yang tetap untuk beberapa minggu, diri kita akan dilatih untuk tidur dengan cepat dan rasa segar bila bangun tidur.

Jangan tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Tubuh kita terpaksa mengubah jadual tidur pada perbezaan satu atau dua jam sehari.

Sebagai contoh, jika kita biasa bangun 6.00 pagi setiap hari, tetapi hujung minggu kita bangun 8.30 pagi. Tubuh kita akan memerlukan beberapa hari untuk menukar semula 'waktu bangun dan tidur'.

Maka kita akan merasakan kekurangan tidur sehingga hari Rabu dan Khamis.
Ok sekarang dah tau tips, boleh la amalkan ya.

Semoga membantu!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita