Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai
anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit.
Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink
yang seringkali digabungkan bersama?
Jawapan:
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling
dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang
pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan
pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun
dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan
vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan
jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh
demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita
pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk
kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui
penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga
lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan
antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan
jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius
mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan
ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang
sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung
berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit
degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit
yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin
penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral
lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan
ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan
anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia
diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang
berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu
mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem
reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga
kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat
memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal
penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang
ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan
pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka
yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat
dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin
C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B
seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan
sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap dalam pasaran di mana ia mengandungi 400 IU beserta selenium. Selenium amat diperlukan dalam vitamin E bagi memaksimumkan penyerapan vitamin E ke dalam badan.
Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini tetapi mempunyai kekangan kewangan, boleh email atau sms saya untuk saya bantu impian anda menjadi kenyataan! Kegembiraan anda keutamaan saya. :)
Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini tetapi mempunyai kekangan kewangan, boleh email atau sms saya untuk saya bantu impian anda menjadi kenyataan! Kegembiraan anda keutamaan saya. :)
* Ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan konsultasi penuh dengan pengedar anda.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.
Hubungi saya melalui:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~