Followers

21 February 2013

Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua


Zaman sekarang nie banyak kita dengar golongan muda meninggal dunia akibat serangan sakit jantung bukan? Ternyata sekarang penyakit jantung bukan lagi penyakit yang selalu kita kaitkan dengan orang tua atau mereka yang sudah berumur. Golongan muda juga terdedah kepada serangan penyakit ini. Malah atlet yang dianggap individu yang mengamalkan gaya hidup sihat juga mungkin mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).


DEFINISI
Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasanya adalah memudaratkan dan boleh meragut nyawa mangsa.

Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda.


PUNCA

Gambar daripada google

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalka darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.

Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.

Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.

Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.


Faktor Risiko Sakit Jantung 
  1. Faktor Genetik: Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa yang menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan yang sama pada masa akan datang.
  2. Merokok
  3. Penghidap diabetes
  4. Mereka yang mempunyai kolestrol tinggi
  5. Penghidap penyakit darah tinggi
  6. Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung
  7. Emosi: tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung
Oleh itu, apa yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ini ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan. 
Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol. 

Sumber: Harian Metro &  http://www.sakitjantung.org



Sempena promosi Omega Guard pada bulan ini, anda boleh dapatkan Omega Guard sebagai salah satu alternatif dalam menjaga kesihatan jantung anda. 

Kajian telah membuktikan bahawa kandungan EPA dan DHA yang terkandung dalam Omega Guard mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental. Ia juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol, mengawal masalah obesiti dan dapat membantu mengurangkan sakit jantung. 

Anda juga boleh dapatkan gabungan ESP atau Protein Shaklee bersama Omega Guard. ESP dapat membekalkan protein perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia nya sangat penting untuk menghasilkan sel-sel yang sihat dan juga membantu merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Gabungan kedua-duanya sangat membantu dalam penjagaan jantung.

Promosi Omega Guard akan berakhir beberapa hari lagi. Jadi jangan ketinggalan untuk merebut peluang keemasan ini. Setahun hanya sekali tau!
 

* Ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada pengedar anda. 

* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 


Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita