Followers

25 February 2013

Kebaikan ESP untuk Ibu Hamil

Seperti yang kita tahu ESP adalah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Ujian klinikal juga telah mendapati protein soya merupakan sumber protein yang unggul.

Selain sebagai sumber protein yang utama, ESP juga mengandungi 5 vitamin B, kalsium dan isoflavon di mana semua sumber ini sangat di perlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan dapat membantu mengekalkan kesihatan si ibu.


Pengambilan protein yang mencukupi dan seimbang sangat penting untuk membantu membentuk pelbagai sel baru. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil tidak boleh mengabaikan pengambilan protein yang secukupnya kerana protein penting kepada pembetukan sel baru pada janin di mana ia merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya.

Tumbesaran janin juga memerlukan sumber vitamin B, terutamanya vitamin B6 untuk membentuk saluran penghantar isyarat atau pesanan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi si ibu pula, vitamin B ini dapat membantu mengurangkan dan mencegah mual dan muntah semasa di awal kehamilan.

Selain itu, kumpulan vitamin B yang lain seperti B1, B2 dan B3 dapat membantu proses pembetukan tenaga untuk janin dan juga si ibu. Sementara asid folik pula dapat mencegah berlaku kecacatan dalam kandungan.

Sumber zat gizi yang terdapat dalam ESP juga dapat memberi kesihatan tubuh si ibu sepanjang proses kehamilan.

ESP tidak mengandungi laktosa. Ia juga tidak mengandungi hormon seperti yang terdapat di dalam susu lembu jadi ia tidak berisiko mengganggu kerja sistem hormon si ibu atau janin.

Istimewanya ESP, pemprosesan protein soya di cuci dengan air bagi mengekalkan isoflavon demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya. Isoflavon merupakan fitoestrogen yang membantu menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Isoflavon juga bertindak sebagai antioksidan dan juga menguatkan sistem imun tubuh.

Ada yang mendakwa minum susu soya penyebab kanser otak. Pada pembacaan saya, ia memang tak mustahil jika pemprosesan protein soya menggunakan alkohol atau soya di masak pada suhu yang tinggi. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat malah ia mengubah kandungan genetik dan boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan di sebabkan rantaian asalnya sudah berubah.

ESP diperkaya dengan kalsium dan menjadi sumber keperluan kalsium semasa hamil. Kalsium amat diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembetukan otot, jantung, sistem saraf, pembetukan darah dan pelbagai aktiviti enzim.


ESP turut menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia juga sesuai untuk semua golongan memandangkan ia mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

ESP juga dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Ibu hamil pasti cepat letih kan? Jadi pengambilan ESP dapat membantu membekalkan tenaga dengan segara.

Tempoh tindak balas pembebasan glukosa ke dalam tubuh (G.I) bagi ESP adalah perlahan berbanding makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi. Kadar pembebasan yang perlahan ini akan diserap oleh tubuh lebih lambat dan membuat kita rasa kenyang lebih lama. Oleh itu, ia juga dapat membantu ibu hamil untuk mengawal berat badan mereka.



Klik DI SINI untuk ketahui lebih lagi tentang Keunikan dan Kelebihan ESP untuk anda.


Jom ikuti pengalaman ibu-ibu bersama ESP:

 

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan konsultasi dengan pengedar anda untuk maklumat lebih lanjut. 
 
* Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya. 
 
 
Ingin mencuba produk Shaklee? 
 
Hubungi saya melalui: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita