Followers

14 February 2013

Batuk Berkahak Hilang dengan bantuan Omega Guard

Masa cuti Thaipusam beberapa minggu lepas, saya sekeluarga balik rumah mak mertua saya. Meriah cuti kali nie sebab semua adik beradik suami saya balik kampung. Bila dah ramai-ramai macam nie, keluarga belah suami saya memang suka buat ayam bakar la, ikan bakar la.. Malam tu saya kenyang makan ayam bakar je..tak larat dah nak makan nasi..huhu..

Gambar dari Google


Sehari sebelum aktiviti bakar membakar tu, saya terima pelawaan mak mertua dengan biras saya ikut mereka ke pasar. Kebetulan ada pasar berdekatan dengan area rumah mak mertua saya. Suami saya kerja masa tu. Jadi kami berlima jela yang ke pasar..mak mertua saya, biras saya, adik ipar saya yang bongsu, dan termasuk saya dan Faris.

Agenda utama nak keluar sebab nak cari bahan-bahan untuk aktiviti bakar membakar esok hari sambil nak singgah jalan-jalan kat pasar. Dipendekkan cerita, masa jalan kat pasar tiba-tiba gerimis pulak. Saya dah mula gelabah dah sebab tak bawa payung! Macam mana dengan Faris? Kesian dia. Cuma dapat tutup kepala Faris dengan sapu tangan nenek. Nasib Faris pun diam je tak sibuk nak buang sapu tangan atas kepala dia. Lepas dah gerimis mula turun tu, kami pun tak lama dah kat pasar terus bergegas balik. Masa kat pasar tu, makcik-makcik Faris singgah beli air. Biasalah air kat pasar, penuh dengan ais. Sejuk. Faris dah sibuk mintak je. Saya memang tak bagi Faris minum air sejuk-sejuk nie. Tapi  Faris sibuk menangis kat pasar bila saya tak bagi. Terpaksa la saya bagi jugak.

Esoknya Faris dah mula berhingus. Meleleh je hingus dia. Petangnya, badan Faris dah mula panas. Demam. Risaunya saya! Faris dah mula batuk-batuk.

Badan Faris makin panas. Saya risau panas dia tinggi sangat. Saya dengan suami pun bawa jumpa doktor. Check suhu badan Faris 38°C. Faris memang susah nak makan ubat. Kalau bagi, memang selalu muntah balik. Bila batuk, tak berhenti. Berhenti bila dia dah muntah. Minum susu pun dah tak berapa nak, apa lagi nak makan. Saya memang risau gila dah.

Saya cuba tanya kat "kakak" saya dalam Shaklee. Supplement apa yang terbaik untuk anak saya yang tengah demam dan batuk berkahak. Dia cadangkan saya bagi Omega Guard kat anak saya.

Alhamdulillah, dua hari saya bagi Faris makan Omega tiap pagi..batuk berkahak dia dah mula hilang. Syukur sangat masa tu. Memang tiada apa yang menggembirakan hati ibu bila tengok anaknya sihat macam biasa. Dah mula nak susu dan nak makan macam biasa. Walaupun ada desakan untuk bagi ubat klinik kat Faris, saya langsung tak endah...huhu..sebab saya tahu anak saya cuma perlukan bantuan untuk tingkatkan sistem imun dia. Dan saya pilih untuk berikan dia Omega Guard.

Macam sebelum nie kalau Faris demam saya bagi dia Mealshakes. Tapi kali nie Faris demam dengan batuk berkahak memang dia perlukan Omega Guard untuk tingkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mungkin Faris banyak sangat minum air sejuk kat pasar kan sebab tu jadi batuk berkahak. Omega nie jugak dapat membantu memanaskan badan. Jadi memang sesuai kalau ada anak-anak yang ada tengah batuk-batuk atau ada asma tu amalkan Omega.


Walaupun Faris dah baik demam dan batuk pun dah tak ada, saya tetap amalkan bagi Faris 1 biji sehari tiap pagi. Memandangkan Faris baru setahun lebih, seminggu saya cuma bagi 2 biji je. Tak susah nak bagi dia supplement walaupun Omega dalam bentuk kapsul. Saya cuma pecahkan Omega tu pastu campurkan dalam susu.

Lagi satu Omega Guard nie membantu meningkatkan DHA otak kanak-kanak. DHA amat penting dalam membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak sebab ia merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Tak sabar nak tengok perkembangan Faris. 

Ok lah, cukup dulu sampai di sini entry saya kali nie. InsyaAllah ada kelapangan saya akan kongsikan pula Kebaikan dan manfaat lain Omega Guard Shaklee nie.
Boleh klik DI SINI untuk ketahui serba sedikit tentang Omega Guard Shaklee. 

Oh ya, bulan nie ada promosi untuk Omega Guard. Jadi anda berpeluang untuk merebut 1 BOTOL PERCUMA dengan setiap pembelian 6 Botol Omega Guard Shaklee.


InsyaAllah, jumpa lagi di lain waktu. Wassalam.




Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita