Followers

05 April 2014

Makanan paling sedap dalam dunia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah. Baru je lepas makan lunch! Huhuuu..dah petang macam nie baru nak lunch... Gara2 minum ESP la pagi tadi nie..kenyang sampai ke petang.

Hari nie cuma tinggal berdua dengan Firas. Atok, nenek, ucu, Faris dengan ayah pergi rombongan pengantin kat Bukit Gambir, Muar. Hari nie en suami jadi pengapit! Hihii..

Malam tadi saya dengan suami masak nasi paprik & sup tulang ayam. Tapi saya cuma pembantu je lah..heeee..yang tukang masak en suami. Nampak sup tulang ayam tu masih berbaki banyak jadi tak baik membazir kan..(alasan malas nak masak!) So makan je lah apa yang ada. Lagi pun cuma berdua je dengan Firas. 

Walaupun en suami nampak ringkas je masak malam tadi, tapi rasanya macam tak boleh nak berhenti makan! Sedap. Memang sedap sampai menjilat jari..hehe.. Tulah orang kata kan, kalau masak dengan penuh kasih sayang..yang tak sedap pun jadi sedap. Nasib la en suami tak masak hari2. Kalau hari2 memang debab lah! Hehehe..

Bagi saya, masakan ibu dengan en suami la yang paling sedap dalam dunia nie. :))

** Lupa nak ambil gambar!




2 comments:

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita

Vitamin HOT untuk Wanita