Followers

26 April 2014

Normal ke Ibu Menyusu Tak Datang Haid?

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Biasa kan kita dengar ibu2 yang menyusu tak datang haid berbulan2 walaupun selepas kering darah nifas sesuatu yang normal. Ataupun datang sekali lepas tu lama...sampai berbulan2 baru datang lagi..normal ke macam tu? Betul ke normal?

Bagi ibu2 yang masih tertanya2 tu, entry saya kali nie insyaAllah akan menjawab segala persoalan anda. Jom baca!



Selepas melahirkan bayi, dan bersih dari darah nifas, tidak semua ibu-ibu yang kitaran haidnya akan terus normal. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula, biasanya tiada masalah. Haid akan datang dalam masa terdekat dan akan lebih mudah stabil.

Namun, berbeza bagi ibu menyusu. Tiada satu waktu yang khusus untuk kita anggarkan bila kitaran haid ibu menyusu akan stabil, terutama bagi ibu yang menyusu secara eksklusif (susu ibu sahaja tanpa bantuan cecair lain seperti air kosong ataupun susu formula) 6 bulan pertama, dan seterusnya penyusuan penuh sehingga 2 tahun. Ada yang mula didatangi haid selepas beberapa minggu, beberapa bulan, dan ada juga selepas setahun. Ada yang mula period apabila bayi mula makan, ataupun tidur lebih lama di waktu malam. Malah, ada sesetengahnya yang hanya didatangi period selepas bayi telah berhenti menyusu sepenuhnya (completely wean). Maka, semua situasi juga dikategorikan sebagai normal!

Apabila mula didatangi haid, ada juga kemungkinan yang kitaran haid akan menjadi tidak stabil sepanjang tempoh penyusuan. Ia bukanlah pelik jika anda didatangi haid dalam jangkamasa (kiraan hari) yang singkat atau lebih lama berbanding biasa. Malah, ia juga bukanlah perkara luar biasa jika anda didatangi haid sekali, kemudian perlu tunggu masa yang lebih lama (berbulan-bulan) untuk haid seterusnya. Semuanya normal bagi ibu menyusu!

Bilakah waktu haid yang pertama akan hadir kepada ibu yang menyusu selepas melahirkan bayi adalah bergantung kepada beberapa perkara, antaranya:
(1) kekerapan menyusui bayi secara terus dari payudara.
(2) kekerapan bayi disusukan menggunakan botol susu (susu perahan).
(3) samaada bayi ada gunakan puting (pacifier).
(4) berapa lama bayi tidur di waktu malam.
(5) samaada bayi sudah mula mengambil makanan pejal.
(6) tindak balas hormon dalaman si ibu - di antara hormon kewanitaan (estrogen) dan hormon penyusuan (hormon prolaktin), di mana keduanya ini berlawanan. Bila satu hormon tinggi, satu hormon lagi adalah sebaliknya.

Pendek kata, bila-bila masa stimulasi kepada payudara berkurangan (kekerapan penyusuan berkurangan) terutama di waktu malam, besar kemungkinan haid akan datang di dalam masa terdekat!

Apapun jangan risau. Apabila didatangi haid bukanlah bermakna anda harus menghentikan penyusuan. Malas, susu ibu juga tidaklah berubah rasa menjadi masam atau tidak baik. Malah, kandungan nutrisi di dalam susu ibu adalah sama sahaja samaada si ibu sedang didatangi haid ataupun tidak.


Mungkin akan ada yang mendapati penghasilan susu berkurangan untuk beberapa hari pertama. Ini adalah disebabkan perubahan hormon, dan kandungan kalsium di dalam darah yang berkurangan. Biasanya ibu menyusu digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium-magneisum untuk mengatasi masalah ini. Di Shaklee kami mempunyai produk kalsium-magnesium yang dipanggil Shaklee OsteMatrix. 4 biji OsteMatrix membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu. Setelah haid tamat, penghasilan susu badan si ibu akan kembali seperti biasa.

Oh ya, bulan nie promosi Ostematrix. Jom dapatkan Ostematrix bulan nie dan dapatkan keahlian PERCUMA! Jimat RM75.


Jom dapatkan hari nie!

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita