Hafal Surah Dalam Beberapa Jam


Assalamualaikum.


Beberapa hari lepas, Faris beria-ia minta mainan. Dia tau mama dia nak pergi kedai mula lah dia order mainan.


Ok. Kali nie mama nak Faris hafal satu surah untuk mama. Undang-undang baru untuk Faris nie hehehe..


Sebab masa singkat, jadi mama bagi surah yang pendek aje. Surah Al-Kautsar. Ada 3 ayat aje. Mesti dia boleh hafal.


Mula lah dia menghafal tengah hari tu. Sungguh-sungguh dia hafal.

Image result for surah al kausar


Image result for surah al kausar



Petang mama ke kedai. 


Mama balik dia dah tunggu mama dah depan pintu dah... Belum sempat mama turun kereta, belum sempat mama cakap apa pun..dia terus aje baca surah Al-Kautsar tu tepi pintu kereta.


Rasa nak nangis pun ada masa tu. Terharu sangat sebab dia boleh hafal surah tu dalam beberapa jam je.


Tapi sayangnya, hajat Faris tak dapat ditunaikan sebab mainan yang dia minta tu tak ada pulak kat kedai yang mama pergi.


Sorry sayang, next time kita pergi cari ya.


Moral of the story, bila kita bersungguh pasti kita akan dapat apa yang kita inginkan. Betul tak betul? ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin B-Complex

Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil