Followers

27 May 2017

Kisah Anak Autisme yang Semakin BIJAK



Kisah ini adalah perkongsian daripada Puan Rozalina Md Taib.

DI SEBALIK KISAH IBU DAN FIKRI

Kenapa saya buat shaklee??

Pertama sekali kerana anak saya, anak saya autisme, umur 5 tahun baru pandai cakap, fikri anak yang sulong dari 2 adik beradik.


Related image


Sebagai seorang ibu, lama saya menunggu fikri memanggil saya ibu, saya yakin ramai ibu-ibu yang mempunyai anak-anak autisme yang berkeinginan seperti saya.
tapi apa daya, kita terima akan kekurangan mereka.


Fikri tak boleh duduk diam, sentiasa berjalan, kalau duduk pun tak sampai 5 minit,pasti akan bangun dan berjalan ke mana saja tanpa arah tujuan.


eye contact fikri dengan saya sangat lemah, bila saya panggil langsung takde respon,pintu rumah tak boleh buka, kalau buka pasti fikri akan keluar dan berlari tanpa arah tujuan, dan pernah hampir-hampir di langgar oleh kereta.suka menjerit dan emosi yang sentiasa tidak stabil.


tahun 2011, kawan saya memperkenalkan shaklee pada saya, memang saya mencari suplemen untuk anak saya,kerana anak saya terlalu cerewet dalam bab makan, obses dengan makanan ringan,tak gemar makan nasi, sentiasa mahu makan fast food.
sebelum menggunakan shaklee, bermacam2 produk telah saya cuba beri fikri, tapi gagal, kerana dia tidak suka dengan rasa suplemen tersebut. Malah kira demam pun sangat sukar untuk beri dia ubat. Fikri mudah demam, mudah di jangkiti batuk dan selsema, bila dah di jangkiti pasti berbulan-bulan untuk baik.


kawan saya memperkenalkan mealshake, b complex dan vitalea for children.
fikri cuma boleh terima mealshake dan vitalea for children sahaja,kerana rasanya yang manis seperti aiskrim.


Saya ajar fikri lepas pampers semasa fikri umur 4 tahun, memang agak mencabar dari kanak-kanak biasa, tapi saya nekad. Alhamduliah, berjaya.waktu tu fikri belum pandai cakap pun.
Selalunya, bila fikri buang air besar atau kecil, dia akan duduk berjam-jam dalam bilik air sehingga ada sesiapa saja jumpa dia dalam bilik untuk cucikan dia.
bila di kenang balik, saya sedih dengan keadaan fikri.


Satu hari dibilik air, saya duduk didalam bilik bersama adik fikri sambil ber fesbuk, tiba-tiba, saya terdengar satu suara panggil IBU!!.tercengang, sape pulak yang panggil ibu?!, terdengar lagi ibu, ibu, ibu, panggilan itu datang dari bilik air didalam billik saya, saya mendapatkan suara itu, dan...


Dengan rasa tergamam, hati berkata, benarkah fikri yang memanggil aku ibu?.
lama saya berdiri tanpa berkata apa-apa, bila fikri melihat aku berdiam, sekali lagi fikri panggil aku ibu, YA ALLAH!!!, sebak!! terharu!!bersyukur yang tak terhingga, airmata dengan secara tiba-tiba berjurai-jurai membasahi pipi.


YA ALLAH!! syukur YA ALLAH, kerana KAU telah mendengar doa aku selama ini.
Sejak saya beri fikri mealshake, banyak perubahan yang berlaku pada fikri, terutama dari bab makan, kalau dulu, memang tak gemar nasi, tapi sejak bagi mealshake semua makanan fikri makan.


bila buka pintu rumah, fikri dah tak meluru keluar dan berlari, fikri hanya melihatnya saja.Eye contact semakin baik, bila saya panggi, fikri dah bagi respon. Fikri jarang demam, batuk dan selsema. Sekiranya batuk dan selsema hanya sekejap saja, tidak seperti dulu.


Alhamdulilah, segalanya dari izinNYA, saya tidak pernah mengatakan mealshake boleh merawat autisme, mealshake adalah suplemen yang bisa membantu kana-kanak autisme dari segi kesihatan


Apa yang berlaku pada kisah saya, ia adalah satu bonus. Pada mulanya saya beri fikri mealshake bukan kerana untuk fikri boleh bercakap, tetapi adalah untuk kesihatan dia.


Saya tidak pernah bimbang beri anak saya suplemen kerana saya yakin suplemen akan mambantu meningkatkan tahap kesihatan dia, dan saya bimbang mengikut saja kegemaran dia terhadap fast food kerana saya tahu ia akan hanya menghapuskan sistem imun dalam badan dia.


kenapa saya berkongsi di dalam fesbuk??, sekadar membantu ibu bapa di luar sana yang memerlukan suplemen untuk anak mereka.


Tidak peduli apa pun tanggapan orang, yang penting, apa yang saya lakukan, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.


Alhamdulilah, fikri sekarang semakin bijak, semakin banyak perkataan yang di sebut, dan terbaru fikri dah pandai bina ayat, tidakkah itu membahagiakan hati seorang ibu??.


kini saya rasa bahagia, kerana banyak perubahan yang berlaku pada fikri, semakin hari semakin meningkat.


Kedua ialah kerana kestabilan ekonomi saya yang semakin kukuh, ketig kerana saya bebas menjaga anak-anak saya tanpa terikat dengan masa dan melancong ke mana saja bersama anak-anak saya.


# Shaklee adalah medium, Allah yang mengizin segalanya#

Image may contain: 2 people, people sitting, selfie and closeup
Semoga Puan Rozita terus diberi kekuatan untuk menjaga anak syurga ini






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita