Followers

12 June 2013

Ubat VS Supplement

Saya bukanlah doktor. Cuma berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidup saya.

Sebenarnya, sejak kecil lagi saya ada alahan yang sangat teruk. Selain ada alahan di kaki, saya juga ada resdung. Tak boleh kene habuk sikit confirm bersin memanjang tak henti-henti. Memandangkan alahan di kaki sangat teruk sampai bernanah-nanah jadi saya dari kecik memang kerap makan ubat. Sebulan sekali pasti ke klinik. Kesian taw saya masa tu, tak boleh nak makan sea food..huhuu.. Terliur je bila tengok. Tapi peliknya kalau pantang makan pun tetap akan jadi teruk juga. 

Tiap kali pergi klinik pasti saya akan diberi antibiotik. Tapi macam tak beri kesan, habis je antibiotik alahan saya akan jadi balik. Sampai satu tahap saya dah bosan nak makan ubat. Sebab kesannya tetap sama. Kerap juga dulu doktor bagi saya injection bila dah terlalu teruk. Bila ke klinik lain, doktor cakap injection tu bahaya. Boleh sebabkan kerosakan buah pinggang. Mujur ayah cuba bawa saya ke klinik lain. Nak pergi jumpa pakar masa tu kami bukanlah golongan keluarga berada. Jadi cuma mampu ke klinik biasa. Tu pun tiap-tiap bulan. 

Sebenarnya ubat nie ada pelbagai peringkat. Bila badan dah immune dengan ubat, doktor akan mula naikkan dos untuk kesan yang lebih cepat. Tanpa disedari, ia juga beri kesan jangka panjang seperti:
  1. kita akan mudah dapat sakit
  2. buah pinggang mudah rosak
  3. otak jadi lembab dan lambat terima arahan atau penerimaan maklumat nudah terjejas
Berdasarkan pengalaman saya, kesan 1 dan 3 memang saya alami. Alhamdulillah, saya cepat berhenti dari terus makan ubat-ubatan. Kalau tidak mungkin saya juga berisiko untuk dapat kesan no 2. 

Sekarang bila dah ada anak, anak saya pulak memang tak suka makan ubat. Dari kecik kalau bagi makan ubat confirm muntah balik. Kalau pergi klinik, macam membazir je beli ubat. Sebab memang tak makan. Cuma kadang kalau dia demam, terpaksa juga saya bawa pergi klinik nak tau suhu badan dia. Masa kecik pun dia selalu kene ruam. Puas dah sapu macam-macam tak berkurang pun. Bila dah batuk, lagi lah saya susah hati sebab dia memang tak boleh nak telan ubat.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Shaklee. Saya mula amalkan vitamin-vitamin Shaklee pertama kali masa lepas habis berpantang. Syukur pada Allah, kesihatan saya bertambah baik. Resdung saya pun dah berkurangan. Tak la asyik bersin tak henti-henti bila kene habuk. Ruam Faris pun hilang, kulit dia pun cantik. Sebab masa dia susu badan saya amik ESP. Bila Faris dah umur setahun, saya bagi dia Meal Shakes. Sampai sekarang dia takde dah ruam. Selera makan pun makin bertambah daripada sebelum tu taknak makan langsung. Masa Faris batuk berkahak sampai muntah-muntah saya bagi Omega.  Sampai sekarang pun saya masih bagi Omega. Bukan je bagus untuk perkembangan otak, malah ia juga bagus untuk tingkatkan imunisasi anak saya.

Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Malah kesihatan adalah lambang kekayaan kita. Jadi, hargailah kesihatan anda.




Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita