Popular Posts

Sunday, 5 May 2013

Katak Oh Katak!

Beberapa hari lepas, ada katak masuk dalam rumah. Biasalah rumah kampung ada je katak yang tersesat masuk dalam rumah..huhu..

Nak dijadikan cerita pula, katak yang masuk rumah tu jenis katak yang kaki panjang. Kalau kawan-kawan pernah nampak, katak biasa yang kita nampak ada jalur kat belakang badan dia, mulut dia muncung tajam dan berkaki panjang. Kalau kawan-kawan tak dapat nak bayangkan takpe, saya ada gambar katak tu..hehe..

 
Haaa..tulah dia rupa katak yang masuk dalam rumah. Malam tu pula tinggal saya, Faris (anak saya), ibu dan adik saya. Mula-mula saya yang nampak katak tu. Terus panggil ibu cakap ada katak dalam rumah. Yang lawaknya, semua takut nak halau katak nie. Sebab bila katak nie melompat, tinggi pastu jauh. Tambah pula dengan kaki dia yang melekat tu..huhu...ngeri!

Nak tak nak saya juga yang kena halau. Nasib ada penyapu panjang nak halau katak nie. Dah la ngeri! Bila katak tu melompat saya yang berlari satu rumah..hahaa! Bila dah nampak katak tu melompat ke arah mana, baru sambung halau lagi. Ibu dengan adik cuma jadi pemerhati ke mana katak tu pergi bila saya lari tengok katak tu melompat...huhu..

Saya tak geli. Cuma ngeri sangat bila dia melompat. Tak tahu nak cakap macam mana..huhu.. Bila nampak dia melompat, rasa ngilu satu badan sebab ngeri. Rasa nak lari jauh-jauh sebab takut katak tu melekat kat badan..hahaa..

Modal ibu bila ada katak masuk rumah, "akak lah halau, akak kan dah pernah!" 

Memang dulu masa zaman study kat UPM, tahun akhir saya ambil kajian tentang spesies katak borneo. Mula-mula tu memang geli nak pegang katak. Tapi lama-kelamaan sebab dah terbiasa perasaan geli tu hilang. Gara-gara projek tahun akhir saya nielah, kali pertama tau saya tangkap katak pakai tangan!hahaa..masa tu kawan-kawan saya semua gelakkan saya cakap katak yang saya tangkap tu mati..huhu..
Tapi katak yang saya tangkap tu katak rumput @ kampung. Atau nama spesies dia Rana limnocharis dari Famili Ranidae. Tak ngeri sangat kot..

Katak yang masuk rumah nie pula nama dia katak pokok berjalur empat. Nama spesies dia Polypedates leucomystax dari Famili Rhacophoridae. Mengikut kajian saya dulu, spesies nie boleh ditemui dipelbagai habitat terganggu dan boleh dijumpai di merata-rata tempat termasuklah di dalam bangunan. Jadi tak hairanlah kenapa boleh jumpa dia dalam rumah..huhu..

Bila dah habis study, balik kampung..tak tahu macam mana perasaan berani tu hilang. Sekarang nie memang ngeri tengok katak. Ngeri bila tengok dia melompat!Lagi-lagi katak pokok berjalur empat tu..huhu

Kawan-kawan ada ke yang berani pegang katak? Atau ada pengalaman dengan katak? Kongsi lah pengalaman..hehe


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~