Followers

03 March 2017

INI DOA PALING MUJARAB UNTUK SAKIT KRONIK YANG TUHAN SHARE DALAM AL-QURAN


SURAH ANBIYA', AYAT 83

'dan Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Image result for SURAH ANBIYA', AYAT 83
---------------------------------------
Selalunya, kita yang sihat bertahun-tahun tanpa penyakit berat tiba-tiba terkena penyakit teruk, ketika itu dirasakan hidup seakan terkena 'earthquake'.

Ada yang murung berpanjangan, ada yang menyalah takdir & paling malang, kita mula menyalahkan Ilahi. Kita sukar menghadirkan pemikiran positif saat ditimpa penyakit luar jangka.

Kita mencari doa mujarab & mula berdoa agar kesembuhan menjelma.

Sebenarnya, doa luarbiasa itu ada. Mari belajar dari Nabi Ayyub a.s. Doa mustajabnya ketika ditimpa penyakit berat telahpun di'share' Tuhan dalam Surah Anbiya, ayat 53.

Saya yakin anda tahu doanya & kerap mengamalkan doa tersebut. Tetapi malangnya, kesembuhan masih jauh dari harapan. Soalnya sekarang, apa yang kurang dalam doa kita & apa pula yang 'lebih' dalam doa Nabi Ayyub sehingga doanya dimakbulkan sementara doa kita masih K.I.V statusnya.

Mari periksa, di mana kurangnya.
Nabi Ayyub berdoa dengan pemikiran betul :
1 - pemikiran syukur : baginda tiada pun memohon kesembuhan dalam doanya kerana merasa malu, nikmat sihat bertahun yang dianugerahkan sebelum ini pun masih belum sepenuhnya disyukuri.
2 - pemikiran puji : baginda mengajar kita bagaimana cara tepat 'deal' dengan Tuhan. Jangan asyik meminta, tapi pujilah Dia. Pujilah dengan namaNya yang terbaik, Ya Arhamar Rohimin.

Jadi, kepada mereka yg ditimpa penyakit berat, mari kita tukar doa panjang dengan pujian pendek, 'Ya Arhamar Rohimin'. Mari kita berdoa dengan pemikiran syukur & puji. Kurangkan meminta kerana kita masih banyak 'berhutang' pujian kepada Tuhan. Kurangkan memohon kerana nikmat sedia ada pun masih belum banyak disyukuri.

Tuhan itu amat baik terhadap hambaNya. Dia tahu kesukaran kita. Pujilah dia dengan pujian terhebat, kelak Dia akan anugerahkan kita dengan kesembuhan luar jangka, lebih baik dari apa yang kita inginkan.

Sekian, 'Wassalamu ala manit taba'al huda'
Dan selamat & amanlahlah kehidupan mereka yang sentiasa suka menuruti petunjuk Al-Quran - Surah Toha, ayat 47.
.
.
Kredit: Ust Asraff Mohammad Asraff Ayob

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita