Mungkin ramai kenalan dikalangan kita yang sudah berkahwin bertahun2 tapi belum dikurniakan cahaya mata. Ramai dikalangan mereka hidup dalam keadaan yang tertekan samada disebabkan oleh situasi ditempat kerja, tekanan daripada ibu mertua yang inginkan cucu atau perkara-perkara lain.
Banyak kes kesuburan terjadi dikalangan pasangan muda yang berpelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik tapi hidup mereka sangat tertekan.
Mungkin kita tidak pernah menyangka tekanan dan bebanan kerja akan mengganggu kesuburan. Bila lewat datang haid kita sangka hamil. Namun, bila ujian air kencing dijalankan keputusan menunjukkan bahawa tiada kehamilan. Sudah tentu perasaan kecewa yang amat akan menyelubungi diri terutama kepada mereka yang amat menantikan kehadiran cahaya mata.
Namun, kita perlulah sedar bahawa semua ini adalah ujian daripada ALLAH SWT. Setiap daripada kita tentu akan diuji dengan pelbagai ujian, sebagaimana firman ALLAH SWT;
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat)" (Al-Mulk: 2)
Ujian2 ini harus dihadapi dengan sabar kerana kesabaranlah kita mampu menghadapi ujian dengan baik.
Mengikut kajian Dr. Zubaidi, beliau mendapati ramai pekerja wanita yang bekerja melebihi 8 jam mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Kepenatan bekerja antara 10-12 jam dan tekanan daripada penyelia untuk menyiapkan tugasan dengan kadar yang lebih cepat mengakibatkan mereka dalam keadaan yang tertekan. Belum lagi tekanan kerja-kerja di rumah setelah pulang dari tempat kerja.
Apakah kaitan stres dan ketidaksuburan?
Di dalam otak kita terdapat satu kelenjar yang dinamakan hypothalamus. Kelenjar ini berfungsi untuk mengawal emosi, selera terhadap makanan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang akan merangsang pengeluaran ovum daripada ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubung, gangguan emosi akan mempengaruhi sama ada kitaran haid akan mengeluarkan telur ovum atau tidak.
Jika stres pada tahap yang keterlaluan, hormon FSH dan LH tidak dikeluarkan secara normal dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dinamakan 'stress-induced anovulation'. Tanpa ovulasi, bermakna tiada ovum yang dikeluarkan untuk disenyawakan. Bermakna kehamilan adalah mustahil!
Stres juga turut mengganggu emosi wanita dan menyebabkan mereka kurang berminat dalam melakukan hubungan intim bersama suami.
Tanda ketidaksuburan
Bagaimana anda dapat menentukan jika anda sedang mengalami ketidaksuburan?
Kebiasaannya jika seseorang wanita sedang berada dalam fasa waktu subur, terdapat banyak lendiran jernih ibarat telur putih yang mudah keluar dari farajnya. Bagi wanita yang mengalami stres keterlaluan, lendiran yang keluar adalah sedikit untuk beberapa hari. Ini sudah cukup untuk memberitahu anda bahawa anda mempunyai tanda masalah ketidaksuburan.
Perlukah ketidaksuburan sementara ini di rawat?
Dr. Zubaidi berpendapat, jika kedatangan haid lewat beberapa hari ia tidak menjadi masalah. Stres yang dihadapi hanya mengganggu sedikit pengeluaran hormon, namun tidak menyebabkan ketidaksuburan yang kekal. Kitaran haid akan kembali normal.
Namun, jika kitaran haid terhenti untuk enam bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Tekanan perasaan yang kronik selalunya akan mengganggu kesuburan wanita secara kekal.
Ihsan Dr. Zubaidi Ahmad
Banyakkanlah bersabar jika anda sedang melaui situasi ini. Kesabaran kita dalam menguruskan stres dengan baik akan mengurangkan bebanan perasaan dan seterusnya akan mengurangkan risiko ketidaksuburan.
Bersabarlah, kerana ini adalah ujian daripada ALLAH SWT.
Ingin mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO percuma!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~