Followers

12 January 2013

Kepentingan Sarapan Pagi

Selamat pagi untuk semua pembaca blog Dunia Vitamin Semulajadi.
Jom mulakan setiap pekerjaan kita dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan saya doakan semoga anda sentiasa di limpahi rahmat oleh ALLAH SWT.

Sudahkah anda bersarapan pagi?

Ramai di antara kita tidak sedar yang sarapan pagi merupakan RAHSIA untuk anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Badan pun sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Sarapan juga penting bagi anda yang inginkan tubuh badan yang menawan. Bagi mereka yang kononnya nak turunkan berat badan dengan tidak mengambil sarapan pagi sebenarnya lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.

Masalah obesiti juga amat berkait rapat dengan amalan tidak mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.

Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.
Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.

Bukan sahaja mereka yang inginkan berat ideal, kanak2 yang bersekolah juga penting untuk mengambil sarapan pagi.
Pada waktu pagi, simpanan tenaga adalah rendah setelah 8-12 jam tidak mendapat makanan sewaktu tidur.

Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.
Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.
Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.

Pemilihan makanan juga perlu dititikberatkan. Anda perlulah memilih sarapan pagi yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.

Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.
Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantu menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah.
Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.

Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.

FAKTA:
Antara sumber nutrien termasuk:
Karbohidrat seperti bijiran penuh, beras perang, roti bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan.
Protein seperti produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.
Serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah.

Kepentingan bersarapan:
Kecerdasan minda terutama memori yang baik.
Keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, kedatangan ke sekolah dan mood mereka.
Tumpuan dan perhatian yang lebih di dalam kelas.
Pemakanan yang baik secara keseluruhan.
Berat badan yang ideal.

sumber: hmetro.com.my 


Ingin mecuba produk Shaklee?
Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO percuma!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita