Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia dan pengunjung blog Dunia Vitamin Semulajadi.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk bernafas di bumi Nya sehingga ke saat ini.
Semoga kita sama2 berusaha untuk menjadikan tahun 2013 pastinya tahun yang terbaik dari tahun2 yang sebelumnya. Semoga kita juga sentiasa berada dalam naungan Ilahi.
Ok, kali nie saya nak share dengan mommies semua tentang najis bayi. Macam mana nak tahu kesihatan bayi kita melalui najis mereka.
Maaf jika post kali nie mungkin sedikit menjijikkan. Namun sebagai ibu bapa ia perlu diberi perhatian dalam memastikan anak kita sentiasa dalam keadaan yang sihat. Sudah tentu kita nak yang terbaik untuk anak kita bukan?

Apakah yang normal?
Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan
untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada
kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak.
Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi,
sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.
Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.
Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?
Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan membuang
najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna
hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan
komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan
cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah
petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik.
Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan
semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau
kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.
Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan?
Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula
adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai
julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi anda.
Setelah anda mula menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas
kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah
seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik
tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan
berketul seperti susu masam.
Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa
atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia
akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa
yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa
bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.
Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu formula?
Jika bayi anda meminum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat
atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya
kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang
diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan
sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan
najis orang dewasa.
Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar
sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih
lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar
untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.
Jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, bagaimanakah kesannya ke atas najis bayi saya?
Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi
anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini
mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa
bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit.
Dan bagi diri anda pula, ini dapat mengurangkan risiko buah dada
bengkak dan sakit. Sebaik sahaja bayi anda dapat menyesuaikan diri
dengan susu formula, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!
Apakah kesannya apabila bayi saya sudah mula memakan makanan pejal?
Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula
memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah
dibersihkan dan tidak berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal,
apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya,
apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan
berwarna jingga cerah.
Begitu juga apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan,
najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih
bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan
kacang panggang susah untuk dicerna, sehinggalah satu masa kelak apabila
sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna
dengan sempurna.
Apa yang tidak normal?
Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan
kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan
memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan
kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.
Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut: jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, pengambilan ubat, kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.
Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit
Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air
besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah
kesukaran membuang air besar dan najis yang berbentuk seperti batu-batu
kecil yang kering, sakit perut, kejengkelan, dan kadang-kala terdapat
darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat
pengeluaran najis yang keras. Bayi yang diberi susu badan jarang
mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana
susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan
kelembutan najis.
Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.

Najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi
mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu)
yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu
yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih
penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat
kuman dalam perut bayi anda.
Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah
Palitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit
kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan
rekahan pada dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan
doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab
lain.
Semoga bermanfaat untuk mommies semua ya.
Semoga bermanfaat untuk mommies semua ya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~