ESP & Performance Drink Membantu Saya Sekeluarga Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Bulan Ramadhan semakin hampir. Teringat saya soalan kakak ipar sewaktu berpuasa tahun lepas,

"Ana, asyik pam je tak lapar ke? Akak rasa laparnyaaaaaa lahai.."

Tahun lepas, Faris masih lagi susu badan. Cuma masa tu Faris dah tak nak DF lagi. Jadi tiap 2-3 jam sekali memang saya terpaksa pam untuk bekalkan Faris susu ibu. Faris dengan Anis (anak kakak ipar) sebaya. Cuma beza bulan je Anis lahir dulu bulan 3. Jadi saya dengan kakak ipar masih sama-sama BF anak-anak kami.

Alhamdulillah, ESP dan Performance Drink sangat membantu sepanjang berpuasa walaupun menyusukan Faris! Production susu juga tidak terjejas dan susu masih kelihatan pekat. Tambahan pula saya tidak la terlalu keletihan walaupun saya ibu menyusu. Dan yang seronoknya saya tak rasa lapar.

Memang betul berbeza bila berpuasa dengan ESP. Dulu masa sebelum BF, baru pukul 10 perut dah mula berbunyi-bunyi..huhu. Tapi bila berpuasa dengan ESP, walaupun saya ibu menyusu memang takde dah perut tu nak berbunyi-bunyi. Bukan lah tak rasa lapar langsung yea, tu macam dah tak puasa la pulak kan..hehe..

Tambah pula dengan pengambilan Performance Drink, memang kurang rasa haus. Ini kerana fungsinya yang membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Uniknya Performace Drink nie, ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu OptiCarb. Ia merupakan rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu gula dalam darah. Jadi Performance Drink sangat bagus untuk menjaga sistem tubuh badan kita dalam seharian berpuasa.

Ibu saya juga sangat sukakan ESP dan Performance Drink. Katanya tak lesu macam sebelum nie. Suami saya pulak kata, perut dia tak rasa senak lagi sepanjang berpuasa. Alhamdulillah, saya dapat berikan yang terbaik untuk keluarga saya. 

Bagi anda yang memerlukan tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa, saya amat galakkan anda mencuba ESP dan Performance Drink sebagai menu sahur anda. Jika anda punya bajet lebih, anda boleh add on Meal Shakes. Jika anda ibu mengandung mahupun ibu menyusu, insyaAllah anda juga akan berpuas hati seperti saya yang telah mencubanya!



* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin B-Complex

Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil