Followers

24 January 2013

Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

 Kredit: https://www.facebook.com/PosterMuslim


Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari nie. 
Kawan2 semua dah berselawat ke atas Nabi hari nie? Bagi yang belum, jom kita berselawat dulu.

Imam al-Nasa'i merekodkan riwayat daripada 'Umair al-Ansari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa daripada umatku yang berselawat ke atasku dengan hati yang tulus ikhlas, maka Allah akan menurunkan 10 rahmat kepadanya, ditinggikan 10 darjat, dituliskan 10 pahala untuknya dan dihapuskan 10 dosa"



Sebenarnya hubungan kita sebagai umat Baginda amat rapat sekali. Kawan2 perasan tak dalam solat pun kita masih dituntut untuk berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda. Sedangkan kita tahu solat merupakan ibadah yang begitu tinggi kedudukannya di sisi ALLAH SWT. Seolah-olah ALLAH nak kita perkukuhkan ingatan, hubungan dan ikatan hati kita kepada Baginda. Tiap-tiap hari kita solat 5 waktu kan? Bermakna tiap2 hari dalam solat kita, kita membina hubungan, ingatan dan ikatan hati kepada Baginda sehinggalah hari kita mencari dan bertemu dengan Baginda di padang Mahsyar nanti.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)


Mulai hari nie, marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, kita amat memerlukan syafaat daripada Baginda.

Semoga bermanfaat untuk semua.


Ingin mencuba produk Shaklee? 

Hubungi saya melalui email mommyfarisazham@gmail.com atau SMS 013-7073943 (Deanna) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE fan page Dunia Vitamin Semulajadi untuk mendapatkan PROMOSI HEBAT & INFO PERCUMA!

1 comment:

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita