The Power of 'PUJIAN'

Hari nie saya jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Moga ia membawa manfaat kepada semua.
Kredit: https://www.facebook.com/pages/Anis-Choc-Moist-Cake/224268104297999 
**********************************************************************************
PASANGAN SUKA MENGKRITIK?

Suami kritik isteri..isteri kritik suami..Kenapa la ramai yang suka kritik pasangan? Kita nampak kesalahannya saja..Dia pun nampak kesalahan kitaaa saja..Memang betul, sebagai manusia biasa,adalah lumrah kalau kita tak sependapat..Masing-masing ada sebabnya..Tipulah kalau orang ingat kami ni tak pernah bergaduh,bertelagah..Kami pun sama,ada ketika tak sependapat..mulalahh..masing-masing diamm..tak bercakap..paling lama seharian tak bercakap..ego..Biasalah kan?..

Perasan tak? Nak cari salah orang memang senang..Mudah sangat, sebab kena ingat..kita ni manusia..kita dah maklum manusia ni sememangnya tak perfect..mesti la ada salah sana sini..First of all, kalau suami isteri yang bertengkar sebab tak sependapat dan tidak terima idea suami contohnya, please faham dulu kenapa dia buat macam tu..Selalu fikirkan, takkan dia sengaja nak buat macam tu sebab nak rosakkan bisnes anda berdua?

Paling penting, kalau pasangan buat sesuatu yang disukai atau boleh dibanggakan..adalah anda pernah appreciate mereka?Atau..adakah anda pernah memuji tindakan mereka?Bukan setakat keluar celebrate sama-sama tapi tak ada PERSONAL TOUCH? Eh..jangan salah faham pulak..maksud personal touch tu..bila pasangan kita buat sesuatu yang boleh dipuji, adakah anda pernah expresskan dengan kata-kata anda yang anda benar-benar kagum dengan kebolehannya?

Contoh kalau isteri berjaya bukak kedai atau berjaya dalam bisnes MLMnya..pernah tak anda bisikkan padanya, I kagum dengan u..Tahniah untuk isteri Abang yang tercinta...Geli ke nak kata macam tu?Memang mula-mula geli..hehe..tapi biasa-biasakanlah..Betul tau..Itu adalah RAHSIA sangat powerful dalam hubungan rumahtangga yang membuatkan suami-isteri sentiasa melekat..

Dulu kami pun sama...Mana ada nak appreciate atau praise each other..Tak biasa sebut macam tu..Kita dah terbiasa dalam budaya orang melayu..tidak diajar appreciate atau EXPRESS OUR LOVE..Dulu memang masing-masing dah faham...ibu bapa kita memang jarang sebut I LOVE U untuk anak-anak..Tapi kita tau..mak ayah memang sayang kita..sama ada dia sebut atau tidak..Kadang-kadang bila ada masalah anak lari dari rumah contohnya..barulah nak timbul perkataan tu..Mama bukan tak sayang..Mama sayang anak mama...bla..bla..bla..Anak dah lari baru nak sebut..Kalau jumpa anak tu balik ok la..Kalau dah tak jumpa? Macamana?

Seriously, kami pun baru belajar sebut I LOVE YOU pada anak-anak..Sebelum ke sekolah, kan ada aktiviti salam-salam..masa tu lah ambik peluang..Kita selalu provide makanan yang sedap, yang sihat untuk anak-anak..tapi pernah tak bagi makanan untuk mindanya?..Selalulah feed minda mereka dengan kata-kata appreciation dan love..yang akan menyanyi-nyanyi di telinga mereka sepanjang hari..Anak-anak pun mulanya malu nak sebut I LOVE U PAPA...I LOVE U MAMA...tapi lama-lama dah biasa..

Jadi..Perasan tak? Sama saja The Power of Appreciation ni..sama ada dengan anak-anak atau dengan pasanganatau dengan pekerja/boss ..Jangan kita ambik mudah atau ambik kesempatan dengan perasaan pasangan kita..Kita ingat dia mesti tahu apa yang kita rasa..tapi dia sebenarnya tak tahu pun..Dia tak tahu betapa kita menghargainya..menyayanginya..

Jangan biasakan di mulut ni nak kritik orang je..(What u give, u will get back..).Biasakan di mulut untuk memuji orang...Satu lagi contoh, kalau kita ke kedai makan...selalu kita akan berhubungan dengan tukang masak bila masakan yang kita order tu ada masalah..contohnya..jumpa rambut dalam makanan kita..Marah betul tu..suruh pelayan panggil tukang masak keluar..marah-marah dia..Perasan tak?..Dia sengaja ke buat macam tu? Adakah dia saja-saja letakkan rambut dalam makanan tu? Dia tak terfikir ke perkara macam tu boleh menjejaskan perniagaan atau pekerjaan beliau?

Tapii..kalau makanan yang kita order tu sedap tahap dewa..walllaaa...pernah tak kita panggil tukang masak untuk memuji dia?..Baru-baru ni saya ke Kemaman, singgah makan di R&R..nescaffe yang dibuat oleh adik kedai minuman tu sedap sangat..sebelum ni saya jarang order nescaffe..sebab ingat yang dibuat sendiri saja yang sedap..selalunya yang dijual tak sedap..hehe..buruk sangka la tu...

Tapi, bila dapat minuman yang sedap ni..Sebelum balik, saya terus ke kiosk tersebut, jumpa adik tu..cakapkan padanya..sedap la air yang adik buat..macam tu lah..buat sampai customer datang puji..Mula-mula adik tu heran dan takut kenapa saya cari dia..tapi bila dapat pujian, merah menyala muka dia..dia jadi sangat-sangat happy..Saya percaya lepas tu pasti dia sentiasa buat yang terbaik untuk customernya...Nampak tak The Power of Pujian?

Mengikut kajian, punca pasangan yang berpisah adalah disebabkan oleh lack of appreciation...Kerana adalah lumrah sebagai manusia biasa..manusia mencari-cari untuk rasa dihargai..Jom kita sama-sama belajar untuk start memuji anak-anak atau suami isteri atau pekerja..Cari satu sebab untuk kita memuji mereka setiap hari..Tak perlu kita cari kesalahan mereka..kerana percayalah, dengan memuji mereka setiap hari akan membuatkan kita terlupa dan lama-kelamaan akan menutup keburukan mereka..nampak yang indah-indah saja...nampak yang baik-baik saja..

Percaya lah..dengan memuji mereka,lihatlah..hidup mereka akan lebih bahagia..Bila mereka bahagia, kita akan seribu kali bahagia...What u give,u will get back more kan?Sama jugak bak kata Professor Muhaya, Bahagia dan Membahagiakan..

WALAHU'ALAM...
ALLAH MAHA TERPUJI (AL-HAMID)
Jika seseorang membaca Ya Hamid sebanyak 66 kali setelah solat Subuh dan solat Isyak, maka Allah akan memperindah ucapan dan perbuatannya.Jika seseorang memiliki mulut yang kotor,ucapannya menjadi lebih baik.



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin B-Complex

Pil Perancang yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil